Tuesday, March 1, 2011

RENDAH DIRI

Kenapa ya people alwez look at someone mistake? Apa lah salahnya kita saling mengingatkan bahawa kita manusia ini tidak sempurna. Dan apalah salahnya jika kita buat sesuatu perkara untuk kebaikan semua. Hari ni terasa hati ni kurang tenang. sesungguhnya saye benci pada kegusaran hati. Saye tak sukakan sifat dengki dan saling tak puas hati antara semua.
kita hambanya yang hina ini sering lupa akan ketidaksempurnaan kita kan? apa lah salahnya ada sikap rendah diri. Saling hormat menghormati antara satu sama lain dan sebagainya. Nobody perfect.
Kadang-kadang saye nak bersuara, tapi saye takde kekuatan.
Emm selagi saye di bumi Allah ini, saya just follow the flow yang telah ditetapkan Allah. Menjaga utk yang hak dan akan diberi hak kite nanti dariNYA.
Rendah diri......
Adakalanya insan merasa rendah diri kerana terlalu rasa dirinya hina. Adakalanya insan merasa rendah diri kerana bersikap sederhana. Tetapi saye pelik, ada juga insan yang sombong di atas muka bumi ini.
Wahai umat, bersangka baiklah pada setiap sesuatu yang terjadi. Bersangka baiklah dalam setiap perkara. jalankankanlah tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita dengan ikhlas. Bila tiada keikhlasan, hati rase penat, stress, dan sebagainya. Kerana apa? Kerana kemanisan berkat itu kita tidak dapat rasainya.
Sesungguhnya keberkatan adalah yang penting dalam kehidupan kita seharian.
Keberkatanlah yang menjadikan seseorang itu merasa bahagia dan ceria.
Saye sendiri pernah merasa rendah diri sangat-sangat. Tetapi saye tahu, Allah sentiasa di sisi. DIA sentiasa ada bersama hambanya yang bersabar. Bersabar di jalan Allah.
saye juga bukanlah sekuat mana, tetapi saye juga tujukan entry ini utk diri saye dan para pembaca. Sesungguhnya Cinta dan Kasihnya yang amat membahagiakan hati kecit kita ini....

No comments: