Alhamdulillah, semakin tenang dan bahgia je rasa hati ni. Selesai juga segala yang patut yang menjadi kewajipan dalam kehidupanku seharian. Ya Allah, jangan kau alpakan ku dengan duniawi yang sementara ini. Rasa tenang je hati ni. Emm cinta dan kasihNYA sentiasa terbuka buatku. Cuma kadang-kadangkala mungkin diri ini tidak perasan akan cintaNYA. Astagfirullahal'azim.
Dia tidak pernah mengecewakan umatNYA. Walau berapa banyak dosa yang telah diri ini lakukan, pabila kuamati, doaku dan harapanku sering dimakbulkan. Walau lambat, tetap termakbul. Dan aku tahu, pastinya diKAU pernah kecewa denganku, tetapi Engkau tidak pernah mengabaikanku. Terima kasih ya ILAHI. Kebahagiaan dan ketenangan yang dirasai sekarang.
I leave it to YOU and I also put my trust on YOU.
Subhanallah, terasa bahagia dan tenangnya. Seolah diri ini melihat pantai di hadapan...
Friday, November 19, 2010
Tuesday, November 16, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Aidiladha datang lagi... Emm hati ni masih tercari-cari jawapan utk membuat keputusan. Hajat di hati nak balik rumah. Nak beraya dan sembahyang raya dengan mak ayah. Kalau tak balik, ni la pertama kalinya beraya sendirian. Rindunye pada semua.
Walaupun hari raya haji cuma, tapi bagi In raya juga. Selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua. Emosi yang suram sudah kembali stabil. Itulah, betul sekali bahawa cinta ILAHI membawa ketenangan. Utk apa berharap pada manusia kerana kepastian hanya terletak padaNYA.
Bersederhanalah pada apa jua pun, insya'Allah hati kan tenang. Yang penting sandarkan harapan padaNYA. Dia mengetahui segala yang terbaik buat hambaNYA.Bersyukur padaMU...
Sesungguhnya dari DIAlah datangnya ketenangan....=)
Monday, November 15, 2010
SANDARANKU
Semua orang pernah buat silap. Dan Allah itu Maha Pemaaf. Tetapi kesedaranlah yang mampu menenangkan hati. Terima kasih wahai Allah kerana menyedarkanku akan segalanya.
Pabila kesunyian datang menjelma, perkara pertama adalah perlu megingatiNYA. Hanya Dia yang menerima diri ini seadanya. Tetapi tidak hambaNYA.SAndaran hati ini hanya padaNYA. Sesungguhnya hati kecil ini mengetahui bahawa Allah mentakdirkan sesuatu yang terbaik buatku. Kalau takde semua dugaan dan ujian hidup, mungkin diri ini tak macam sekarang. Biarlah dikatakan diri ini keras, kerana DIA diri ini begini dan hati ini amat yakin dengan perancanganNYA.
Ya Allah, Engkau mengetahui apa yang tersirat di hati ini. Engkau mengetahui apa yang hambaMU ini suka, tak suka, sayang dan segalanya. Dan aku hanya berserah dan bersandar padaMU. Sampaikanlah khabar hati ni, kerana diri ini tidak berdaya melakukannya sendiri. Dan ianya tak pernah berubah sejak dahulu. Dan aku juga mengetahui sejak dahulu hingga kini. Sandaranku hanya padaMU.
Sebaknya hati, genangan airmata sahaja yang mampu aku buat. Tapi aku tahu, Engkau memelihara hatiku dan maruah diriku... Terima kasih Ya ILAHI... Hanya Engkau sahaja yang mengetahui segalanya...
Friday, November 12, 2010
ALLAH MAHA BESAR, MAHA MEMAAFKAN
Alhamdulillah, hati ni rasa tenang je. Teringat pada insan-insan yang bertahta di hati ini; family dan sahabat-sahabat yang sangat baik dengan In.
"Cinta Allah amat membahagiakan dan Dia adalah Maha Memaafkan setiap kesalahan hambaNYA"
Moga ketenangan hati ini berpanjangan selamanya atas nama cintaMU. Memang In adalah seorang yang bersahaja, bila sedih-sedih tu, terus je katakan pada hati... Allah ada bersama.Jangan risau. Dia merancang yang terbaik buat In. Allah sayang hambaNYA dan Dia ada cara utk membuktikan sayangNYA pada hambaNYA yang disayangi.
Terima kasih pada sesiapa yang memberi pandangan dan nasihat. "Persahabatan yang ikhlas lebih bernilai buat In". buat sahabat terbaik, terima kasih kerana banyak mendengar luahan dan akhirnya memahami situasi In. Semasa In menerima berita yang sahabat In tahu apa yang In rasa, tenang dan senyum je hati ni. Emm sejak dahulu lagi die tahu kisah In hinggalah kini. Tapi pershabatan kami ini sangat unik.
Terima kasih kepada sebuah keikhlasan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya dan In yakin dengan Allah. Kite tak pernah jauh walau berkenalan secara tidak sengaja.... Dikaulah sahabat, teman, kawan buat In. =)
Wednesday, November 10, 2010
ANDA SUDAH CUKUP MULIA JIKA ANDA MUSLIMAH SEJATI
"Emasmu adalah agamamu, perhiasanmu adalah budi pekertimu, dan hartamu adalah sopan santunmu"
"Memadailah Allah sebagai penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"
Jangan berputus asa menyaksikan p'edaran hari, kerana ia adalah ketetapan dan ketentuan Allah.
Sebenarnya apa sahaja bentuk dan jenis musibah yang menimpa kita, maka ia berlaku dengan kehendak Allah, dan ia akan menjadi kaffarah bagi dosa kita pada hari kiamat. Perhatikanlah apa yang dikatakan dlm hadis Rasulullah s.a.w berikut ini:
"apabila seorang perempuan taat kpd Tuhannya, mendirikan sembahyang yang 5 dan memelihara maruahnya, maka ia akan masuk syurga."
Perkara-perkara sebegini adalah mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah. Justeru itulah saudariku, laksanakanlah amalan-amalan yang agung tersebut, supaya kita dapat menemui Tuhan Yang Maha Pemurah; berjalanlah sesuai dengan Al-Quran dan sunnah Nabi-Nya, nescaya kita akan menjadi seorang muslimah sejati. dan itu adalah kemuliaan dan kebanggaan yang tidak luar biasa.
Adapun orang-orang yang dilahirkan di negara-negara kafir, tidak kira sama ada sebagai seorang Nasrani, Yahudi, Komunis, ataupun agama lainnya yang menyimpang dari Islam, mereka tidak bertuah seperti kita. Sementara kita dipilih utk menjadi seorang muslimah, utk menjadi salah seorang pengikut Muhammad saw yang mengiku jejak langkah Asiyah ra, Khadijah ra, dan Fatimah ra.
Tahniah kepada wanita yang mendirikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, melaksanakan ibadah haji dan memakai hijab. Tahniah untukmu!
KARANGAN BUNGA BUAT WANITA
Di dalam LRT, In mengambil masa utk mengisi rohani ini. Sementara utk sampai ke destinasi, In ada terbaca,
KARANGAN BUNGA UTK WANITA
Bunga 1: Contohilah serangga lebah yang hanya hinggap di atas bebungaan yg sedang mekar & di ranting-ranting yg runcing.
Bunga 2: Berjanjilah dengan diri anda bahawa tidak sekali-kali akan mengungkap dan mencari-cari kekurangan dan kesalahan orang lain.
Bunga 3: Ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama anda, jika tidak ada sebab utk anda merasa takut, tetapi jika anda memusushi Allah maka tidak ada lagi tempat anda bergantung harap.
Bunga 4: Gejolak kedengkian akan merugikan diri sendiri,sedangkan api kecemburuan akan membakar apa sahaja.
Bunga 5: Lakukan apa yg sepatutnya anda selsesaikan hari ini, kerana hari esok belum tentu berpihak kepada anda.
Bunga 6: Jauhilah setiap tempat yang mudah menjadi medan permusuhan dan perbalahan.
Bunga 7: Jadikanlah dirimu memakai akhlak mulia supaya anda lebih indah berbanding jambangan bunga.
Bunga 8: Jangan bosan dan jemu utk berbuat baik, maka anda akan mendapat pujian dari mana-mana.
Bunga 9: Serahkanlah urusan makhluk kepada Pencipta, jangan peduli kepada setiap pendengki dan orang yang suka mencari musuh.
Bunga 10: Kesenangan dari sumber yang haram akan mendatangkan penyesalan, kehinaan, dan penderitaan yang luar biasa.

Tuesday, November 9, 2010
JADILAH SEORANG LELAKI YANG.........
Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Jadilah seorang lelaki, Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.
Monday, November 8, 2010
CETUSAN RASA
Sementara menunggu kerja yang datang, In pun mengisi ruang itu dengan membaca buku motivasi. "Be a Happiest Women". Walaupun dah beberapa kali In khatamkannya, tetapi hati ni tidak jemu mengulangnya. Seolah-olah hati terpujuk. Betapa agungnya kebesaran ILAHI. Betapa lembutnya kuasa Allah.
"Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau"
Teringat dan terkenang di suatu ketika dahulu, hati ni teramat sedihkan akan sesuatu yang menimpa hidup. Datanglah seorang hamba Allah yang telah menghadiahkan sebuah buku buat In. Sebenarnya In sangat suka akan buku tu, tetapi pada waktu tu, belum ada kesempatan utk membelinya. Belum sempat in membelinya, buku itu telah dihadiahkan kepada In. Mulia sungguh hati insan itu. in mengucapkan ribuan terima kasih padanya.
Ada sekali, hamba Allah itu bertanya pada In,
"Ain ni senyum dan happy je, macam orang tak de masalah".
In pun senyum je lah, dan In jawab, takkan nak tunjuk kesedihan itu. Tetapi di dalam hati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Die pelik dengan In, kenapa In masih mampu tersenyum.... Sebenarnya, kekuatan itu Allah yang beri..
"Jika ada sedih datang merubung, duka lara menggunung. Ucapkanlah La ilaha illallah"
Peliharalah hubungan dengan Allah jika hubungan yang lain bermasalah. Bermunajat kepada-NYA dan melakukan perkara-perkara yang menyebabkan keredhaan-NYA akan membuat kita bahagia.
Pastinya kadang-kadang pembaca pelik, kejap Ain, kejap In. Actually, dua-dua digunakan. Mostly kawan-kawan rapat panggil In, di office, officemate panggil Nurul. =) Mane-mane pun boleh...

BERSAMA KESAYANGANKU...MUHAMMAD DANIEL ALIF
Salam sayang Alif... Alhamdulillah, dapat juga Cik In bertemu Alif. Dah beshar dah rupanya die. Mase cik In balik-balik je malam tu, Alif tengok je muka Cik In ni. Lame tak jumpe ya?tak kenal dah ya sayang? Pastu Alif nangis.
Berpanjangan sampailah pukul 1 am lebih. Puas Atok ngan Cik In pujuk Alif. Bila bagi susu, eh2, nak main pulak. Ketawa-ketawa. Dah kenal Cik In la tu.Then, Cik In dah la tak larat kepenatan malam tu. Cik in pun bawa Alif tido sekali dengan Cik In. Cik In tutup lampu, bagi bantal busuk Alif, biar Alif golek-golek, main sorang-sorang.Cik In tak larat sangat Alif sayang.
Bila Alif tengok muka cik In je, Cik In tutup mata. Hehe, nanti Alif tak nak tido if Cik In celik mata. Nak main.Alif, Alif...comel...Suke sangat ketawa.
Balik kali ni, Alif dah pandai meniarap. Alif dah beshar... Rindu sangat dengan Alif.

![]() |
| tengok tu, Alif suke sangat ketawa...Geram je |
![]() |
| Tu buat ape tu...gigit bantal bushuk ea...Alif baik, duk diam je.Waktu ni Cik In nak masak.comel |
![]() |
| Ha...main la Alif sorang-sorang. Cik In ngan Ibu nak wat keje-keje rumah dulu.. |
![]() |
| Cik In geram tengok kaki Alif yang comel ni... Ade kasut utk Alif cik In kaitkan...=) |
![]() |
| Comelnye die... |
Alif...bile lagi Cik In dapat bertemu Alif sayang ni. Masa Cik In nak balik semalam, Cik In singgah tengok Alif jap kat tilam. Alif dah berpusing 180 darjah. Amboi! lasaknye tido. Alif tengah tido. Cik In tak dapat pangku Alif, takut Alif terjaga. Cik In cium Alif banyak kali. Rindunye pada Alif... Emmm rindu nak pangku and beri Alif minum susu... Sesungguhnya Cik In sangat-sangat menyayangi Alif... Salam sayang Alif...
Thursday, November 4, 2010
I-CITY WITH DIYANA AND FAIDA
Malam tadi, Ain bersama housemate ke I-City. Memandangkan Diyana last minggu ni kat rumah, we created the sweetest moment together. But Mida was not around becoz she was not at home. Perancangan yang tiba-tiba membuahkan kenangan yang indah. Dapat juga kuar bersama. Ambil gambar banyak-banyak dengan Diyana and Faida.
Syukran Diyana and Faida. Hopefully Diyana will be back to our home. Bertolak sesudah selesai solat Isya', menyelesaikan urusan yang wajib, dan pergi ke sana dengan hati yang tenang. Sampai-sampai pun dah nak dekat pukul 9 lebih. Puas jugalah ambil gambar. Walaupun Ain bukanlah pertama kali ke sana, utk kenangan bersama, we drew the moment there. Moga ukhwah yang terjalin kekal selamanya.Melihat gelagat-gelagat orang di sana, bergelak ketawa, tersenyum, tersengih, berangan, bermain-main, adalah apa yang kami buat di sana. Seronok pabila melihat rakan-rakan tersenyum gembira. Maaf kerana tak dapat bertemu rakan-rakan di Shah Alam, insya'Allah, kite pasti akan bertemu....
Wednesday, November 3, 2010
PESANAN LUQMAN AL HAKIM
Tazkirah awal pagi semalam, selesai sahaja bacaan doa, ustaz berkongsi bersama semua ahli Lembaga Tabung Haji tentang.....
10 Pesanan Lukmanul Hakim Kepada Anaknya. Ianya amat menyentuh hati kecil ini. Betapa bergantung harap pada Allah adalah sangat bermakna.
10 Pesanan Lukmanul Hakim Kepada Anaknya. Ianya amat menyentuh hati kecil ini. Betapa bergantung harap pada Allah adalah sangat bermakna.
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:
“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” QS. 31:13
Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semuga jadi pegangan.
1. Wahai Anakku yang ku sayangi…
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.
2. Wahai anakku yang ku sayangi…
Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.
3. Wahai anakku yang ku sayangi…
Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.
4. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.
5. Wahai anakku yang ku sayangi…
Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
6. Wahai anakku yang ku sayangi…
Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT
7. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.
8. Wahai anakku yang ku sayangi…
Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.
9. Wahai anakku yang ku sayangi…
Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan.
10. Wahai anakku yang ku sayangi…
Makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya
ALIF KESAYANGANKU....
Salam sayang buat Alif. Rindunya Cik In pada Alif... Pastinya Alif dah besar sekarang kan? Bile Cik In called atok Alif, terdengar je suara Alif. Rindunya hati ni nak jumpe Alif. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa rindunye Cik In terhadap Alif.
Alif kesayanganku, nantikan kepulangan Cik In ya. Salam Sayang dan rindu buat Muhammad Daniel Alif
Alif kesayanganku, nantikan kepulangan Cik In ya. Salam Sayang dan rindu buat Muhammad Daniel Alif
SELEPAS BERMUHASABAH
Hati ini sedar, segalanya milikNYA yang ESA. Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah jualah yang menentukan segalanya. Mak selalu berpesan,
Terima kasih mak. Wajah ini tersenyum dalam linangan airmata. Ya Allah, tabahkan hati kecil hambaMU yang hina ini. Sesungguhnya aku mngerti bahawa setiap perancanganMU adalah yang terbaik buat hambaMU ini. Jika sesuatu itu baik utk diriku dan agamaku, Kau dekatkanlah ia utkku, dan jika sebaliknya, Kau jauhkanlah ia dariku. Aku redha segalanya. Kerana aku hanya makhluk ciptaanMU yang memerlukan-MU menuntun langkah kecilku ini.
Terasa mahu berjalan ditepian pantai, menguis kaki di pasir, melihat keindahan pantai ciptaan yang Maha Esa. Sinaran senja yang berlabuh menenangkan hati kecilku ini.Aku ibarat setitis air laut yang sangat kerdil. Jika diam baik utkku, rapatkan bibirku dari berkata-kata. Jika bersendirian baik utkku, hindarkan aku dari pergaulan buat sementara waktu ini.
"sayang Allah, sayang diri"

Walau berat kaki melangkah, hati kecil ini tenang pabila mengingati keagunganMU. Ya Ilahi Robbi....
Tuesday, November 2, 2010
'IKTIRAF
Wahai TUHAN ku tak layak ke syurga-MU
Namun tak pula aku sanggup ke neraka-MU
Ampunkan dosaku terimalah taubatku
Sesungguhnya ENGKAU lah pengampun dosa-dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat-MU ampunkan daku oh TUHAN ku
Wahai TUHAN selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepada-MU
Suburkanlah cinta kami kepada-MU
Kamilah hamba yang mengharap belas dari-MU
Monday, November 1, 2010
HAPUSLAH AIRMATA KESEDIHAN...
Ain mahu berjalan di muka bumi Allah swt ini dengan penuh kebahagiaan dan ketenangan. Airmata...
Ianya takkan habis dek waktu,
Ianya pasti akan mengalir lantaran kesedihan dan kegembiraan...
Tiba-tiba pada hari ini, hati terdetik utk menanamkan azam. Selalunya orang berazam di awal tahun, tetapi tidak bagi Ain. Ain tidak kisah, asalkan terdetik di hati, dan cuba utk mengubah sesuatu kepada yang terbaik. Insya'Allah.
Hari ni ingin Ain tanamkan azam...
Selagi terdaya dan termampu, Ain akan cuba lakukan yang terbaik utk menjaga keharmonian dan ketenangan hidup ini. Kita hidup di dunia ini hanyalah sementara. Itulah cara Ain utk menghapus kesedihan dalam hidup Ain. Kerana hati ini yakin dan sentiasa yakin bahawa DIA selalu bersama pemilik hati ini.

- Menjadi umatNYA yang bertanggungjawab
- Menjaga solat Dhuhaku
- Mengukirkan senyuman setiap masa kerana senyuman adalah sedekah yang amat mudah.Bersedekahlah wahai hamba-NYA.
- Menjaga lisan Ma'thuratku setiap hari
- Membaca dan memahami ayat-ayat Al-Quran setiap hari walaupun sedikit
- Solat-solat sunat
- Sentiasa bersangka baik padaNYA
- Tidak terlalu emosi
- Beristigfar senantiasa...buat penghapus dosa-dosaku
- Berzikir dan bertahmid
- Menjaga auratku
- Menjaga hati insan sekeliling
- Amanah dalam segala tugasan
- Menjadi cucu,anak, adik,kakak, dan aunty yang baik
Selagi terdaya dan termampu, Ain akan cuba lakukan yang terbaik utk menjaga keharmonian dan ketenangan hidup ini. Kita hidup di dunia ini hanyalah sementara. Itulah cara Ain utk menghapus kesedihan dalam hidup Ain. Kerana hati ini yakin dan sentiasa yakin bahawa DIA selalu bersama pemilik hati ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)