Monday, November 8, 2010

CETUSAN RASA

Sementara menunggu kerja yang datang, In pun mengisi ruang itu dengan membaca buku motivasi. "Be a Happiest Women". Walaupun dah beberapa kali In khatamkannya, tetapi hati ni tidak jemu mengulangnya. Seolah-olah hati terpujuk. Betapa agungnya kebesaran ILAHI. Betapa lembutnya kuasa Allah.

"Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau"

Teringat dan terkenang di suatu ketika dahulu, hati ni teramat sedihkan akan sesuatu yang menimpa hidup. Datanglah seorang hamba Allah yang telah menghadiahkan sebuah buku buat In. Sebenarnya In sangat suka akan buku tu, tetapi pada waktu tu, belum ada kesempatan utk membelinya. Belum sempat in membelinya, buku itu telah dihadiahkan kepada In. Mulia sungguh hati insan itu. in mengucapkan ribuan terima kasih padanya.

Ada sekali, hamba Allah itu bertanya pada In,
"Ain ni senyum dan happy je, macam orang tak de masalah".
In pun senyum je lah, dan In jawab, takkan nak tunjuk kesedihan itu. Tetapi di dalam hati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Die pelik dengan In, kenapa In masih mampu tersenyum.... Sebenarnya, kekuatan itu Allah yang beri..

"Jika ada sedih datang merubung, duka lara menggunung. Ucapkanlah La ilaha illallah"

Peliharalah hubungan dengan Allah jika hubungan yang lain bermasalah. Bermunajat kepada-NYA dan melakukan perkara-perkara yang menyebabkan keredhaan-NYA akan membuat kita bahagia.

Pastinya kadang-kadang pembaca pelik, kejap Ain, kejap In. Actually, dua-dua digunakan. Mostly kawan-kawan rapat panggil In, di office, officemate panggil Nurul. =) Mane-mane pun boleh...

No comments: