Monday, November 1, 2010

HAPUSLAH AIRMATA KESEDIHAN...

Ain mahu berjalan di muka bumi Allah swt ini dengan penuh kebahagiaan dan ketenangan. Airmata...
Ianya takkan habis dek waktu,
Ianya pasti akan mengalir lantaran kesedihan dan kegembiraan...
Tiba-tiba pada hari ini, hati terdetik utk menanamkan azam. Selalunya orang berazam di awal tahun, tetapi tidak bagi Ain. Ain tidak kisah, asalkan terdetik di hati, dan cuba utk mengubah sesuatu kepada yang terbaik. Insya'Allah.



Hari ni ingin Ain tanamkan azam...
  • Menjadi umatNYA yang bertanggungjawab
  • Menjaga solat Dhuhaku
  • Mengukirkan senyuman setiap masa kerana senyuman adalah sedekah yang amat mudah.Bersedekahlah wahai hamba-NYA.
  • Menjaga lisan Ma'thuratku setiap hari
  • Membaca dan memahami ayat-ayat Al-Quran setiap hari walaupun sedikit
  • Solat-solat sunat
  • Sentiasa bersangka baik padaNYA
  • Tidak terlalu emosi
  • Beristigfar senantiasa...buat penghapus dosa-dosaku
  • Berzikir dan bertahmid
  • Menjaga auratku
  • Menjaga hati insan sekeliling
  • Amanah dalam segala tugasan
  • Menjadi cucu,anak, adik,kakak, dan aunty yang baik
 Wallahua'lam...
Selagi terdaya dan termampu, Ain akan cuba lakukan yang terbaik utk menjaga keharmonian dan ketenangan hidup ini. Kita hidup di dunia ini hanyalah sementara. Itulah cara Ain utk menghapus kesedihan dalam hidup Ain. Kerana hati ini yakin dan sentiasa yakin bahawa DIA selalu bersama pemilik hati ini.

No comments: