Monday, November 1, 2010

SEBUAH UKHWAH YANG BERNILAI

Dengan rasa bersyukur kepada Allah swt, aku memulakan langkah pada hari ini dengan senyuman. Ukhwah yang terjalin moga kekal selamanya. Bintang, kerlipan cahayamu yang sangat cantik menerangi bumi Allah swt ini. Secantik pasir di lautan tatkala cahaya rembulan memancarkan sinarnya di butiran pasir. Hidupku kembali ceria setelah adanya bintang dari-MU ya ILAHI. Aku redha atas segala yang telah ditakdirkan utkku. Aku sedar tanggungjawabku pada sebuah ukhwah.


Lakaran senyuman yang diukirkan amat bermakna buat hamba-NYA ini. Ya Allah, aku sedar akan anugerah-MU yang tak ternilai ini. Yang pada mulanya aku tidak tahu apakah tanggungjawabku pada sebuah hubungan.Lantaran dek waktu yang mengorak langkah, jarum saat yang tak henti-henti meneruskan perjalanan, aku sedar segalanya setelah segalanya berlaku dalam hidupku.


Sesungguhnya aku mengetahui bahawa ENGKAU tidak mentakdirkan sesuatu itu dengan sia-sia.Aku bernyukur pada-MU.Semoga diberkati Allah dan ukhwah kekal selama-lamanya...Di bawah lembayung rahmatMU.amin

No comments: