KUNFAYAKUN
Pada mulanya, hubby bangun-bangun je tido, bacalah mesej di handphone nya. Then terus dia send kat saye...Saye pun pelik, apa benda yang di send nya tu. Then, dengan mata yang rabun dan mamai, bacalah sms tu. Rupanya dari KPM. Hubby dalam bilik air, terus saye ketuk pintu bilik air, saye cakap, "knp tak bagitahu tentang ni?"
Hubby jawab, tentang apa? saye jawablah tentang tawaran ni. Mase tu hari Isnin bersamaan 7hb Januari 2013. Semalamnya baru je balik dari kampung. Terkejut sangat-sangat. Yang kelakar sangat tu, hubby jawab,
"abang ingatkan abang yang dapat"
saya jawab,
"knp pula abg nak dapat, abg tak apply. Kan syg letak number hp abg mase syg daftar mtest hari tu"
eeee sabar je kan. Boleh die tergelak kat dalam toilet tu.
Masa tu saye dah tak tahu nak fikir ape. Tak sempat nak happy, runsing semua ada. Pagi-pagi nak bersiap g keje lagi. Berbelah bagi samada nak ke tempat kerja atau nak g IPG. Dalam sms tu kata, kene gi IPG hari tu juga utk pendaftaran. Saye peliklah, macamana saye boleh dapat sedangkan saya pragnent. Dalam kalut-kalut tu, saye terus forward pada mak mertua mesej tu. Mak terus call. Mak kata, g je dulu IPG, sahkan. mana tahu rezeki.Kalau dapat, alhamdulillah.
Dalam tak tahu nak fikir dan nak buat apa tu, terus hantar sms pada supervisor kat tempat kerja, mengatakan saya datang lewat ke office. Saya beritahu hal yang sebenar. Dia pun tumpang happy, katanya takpe, selesaikan mana yang penting tu. Dah sahkan, bagitahu.
Masa tu memang sangat kalut, hubby pula tak dapat nak temankan. Lepas je hubby sampai office, saye ambil kereta gi sendiri ke IPG. Mujur IPG dekat. IPG Bahasa Melayu Lembah Pantai. Memang berdikari sendiri sangat-sangat. Gi sorang-sorang, buat macam tahu je nak ke mana. Saya lihat ada yang pakai baju putih kain hitam. Saya dengan berjubah hitam dan selendang. Saya ke kaunter tanya Puan tu, terangkanlah situasi saya, saya ada bagitahu yang saya pragnent masa saya interview tu.
Rupa-rupanya, saya yang mengandung ni memang diterima. Ada juga sorang kakak ni dalam situasi saye juga. Kami dtg nak sahkan je, tapi memang betul layak program ni. Puan tu pujuk supaya jangan tunda. Masuk je. Alhamdulillah. MAsa tu, seolah-olah macam mimpi sangat. Saye tak tahu nak buat ape. Then Puan tu tanye, ade bawa semua? Saya tanye, "semua apa puan?". Jawabnya, "baju-baju dan dokumen2 asal?"
Saya jawab, "taklah puan, saye dtg nak sahkan ingatkan tak dapat.saye bawa sijil2 asal je, yang lain tak bawa".
Puan tu jawab, ""takpe, rumah awak dekat kan, awak balik, ambil baju dan buat semua, hari ni daftar, hari ni masuk kampus juga"....
Terperanjat saye...
"Ha! kena masuk kampus ke?bape lame"
jawabnya..." seminggu"
Lepastu....saye sudahkan bicara dan minta nak balik semua.
Saye terus tak tahu nak buat apa. Saya call mak, bagitahu. Mak pun terperanjat dan bersyukur sangat-sangat. Call suami, suami pula tak dapat nak amik EL atau cuti. Emmm sedihnya, memang kene buat sendiri semua. Bila saye cakap dengan hubby, seminggu duk sini...die terus terperanjat. Macam tak percaya saye dapat dan kene duk hostel.
Memang tak sempat nak hepi, teruja sangat-sangat.
Bila da setle semua, masa magrib tu, duk kat tikar sejadah, termenangis saye. Betulkah semua ni...Seolah-olah bagai mimpi.
Semua terkejut.
Bila Allah said, "KUNFAYAKUN"....
maka terjadilah....
Hubby rindu...datang jumpa saye di hostel malamnya...ye lah, kami tak pernah berpisah..nak2 saye tengah pragnent ni...Doakan semuanya selamat...
Sekarang saya sedar, semua yang saya impikan menjadi kenyataan. Cuma saya perlu banyak bersabar kerana ia tetap terjadi mgkin cuma lambat. Ia sampai tepat pada waktu dan ketikanya. Alhamdulillah ya Allah...
Lepas je settle di IPG, saye g ofis, saye bg notis 24hours. Semua terkejut...Terima kasih semua kerana mendoakan saye dan turut gembira dengan kegembiraan saye....
Buat mak dan ayah.....hadiah buat mak dan ayah juga tok mak dan tok ayah.
Buat hubby...ini yang terbaik yang syg lakukan buat abg....
Buat mak dan abh...terima kasih segalanya dan banyak membantu dan ini kegembiraan buat mak dan abah juga kan....
Jazakallhukhairankathira






