Alhamdulillah...sangat-sangat bersyukur pada ALLAH kerana telah memakbulkan permintaan kami... Inilah hadiah buat suami tersayang.Tiada apa yang membahagiakan seorang wanita melainkan menjadi seorang isteri dan ibu.... Pada mulanya dapat tahu.....rasa nak menangis je. Abg lagi lah.... terus buat sujud syukur. Tidak putus-putus berdoa pada-NYA... Alhamdulillah... Moga zuriat yang di anugerah Allah ini soleh solehah.amin...
Ni abg keje malam. Sambil teman mak tengok Master Chef, saje nak coret something kat sini...Nt abg bleh baca sementara bekerja. Sepanjang tak update ni, sibuk sangat. Sibuk dengan kerja dan nak prepare utk test. Moga2 test tu berjaya dan dapat tunaikan impian ku juga.
Tadi lepas je Maghrib, sementara menunggu Isya tadi, luangkan masa membaca al-Quran. Tenangnya hati ni.... emmmm banyakya impian.... Alhamdulillah terasa bahagia sekarang dan moga kekal hingga akhirat. Bidadari sangat cemburu kepada isteri2 yang solehah dan wanita solehah....
Sunday, October 21, 2012
Friday, September 7, 2012
SETIA SEORANG ISTERI
Dedication for me from hubby^^
Di sebalik redup mata mu
Tersimpan satu rahsia
Terbuku di ruangan hati mu
Di sebalik senyuman mu
Tersirat simpulan
Deritanya hanya kau yang tahu
Tersimpan satu rahsia
Terbuku di ruangan hati mu
Di sebalik senyuman mu
Tersirat simpulan
Deritanya hanya kau yang tahu
Kau setia menanti
Kau setia mengharungi
Kau setia mengharungi
Biarpun ribut badai melanda
Kau teguh berdiri
Walau deras angin menderu
Kau tetap di sisi
Kau teguh berdiri
Walau deras angin menderu
Kau tetap di sisi
Setia mu kuhargai
Kaulah isteri yang ku sanjungi
Kerana kaulah bidadari
Kan bersemi di hati
Kaulah isteri yang ku sanjungi
Kerana kaulah bidadari
Kan bersemi di hati
Ku doakan agar kau kan bahagia
Ku doakan agar tiada lagi derita
Moga Tuhan kan merahmati mu
Di syurga yang selayaknya
Untuk seorang isteri yang setia
Ku doakan agar tiada lagi derita
Moga Tuhan kan merahmati mu
Di syurga yang selayaknya
Untuk seorang isteri yang setia
Thursday, September 6, 2012
BERCINTA SAMPAI KE SYURGA
Keseorangan lagi? hihi...tak pe ah, abg mesti bace nye blog ni^^... Duk buat ape tuh di office?Mahap ya if ganggu. Time kasyi sebab jaga isterimu ini...yang sangatlah mengada dan manja bila tak sihat. Hihi...Alhamdulillah dah beransur pulih dah. Nanti minggu depan g office dengan sihat. terima kasih sebab jaga isterimu ini...
Emm ade teka-teki lai tak utk esok? actually banyak je, tapi takut nanti tergelak-gelak tak sudah. Nak simpan dulu utk akan-akan dtg. Masa kecit2 dulu, duk kampung, dengan Tok Mak, Tok Ayah, Pakngah, Along dan adik...bila Takde elektrik je, "org kg cakap, takde api" ape lagi, letak pelita tengah-tengah, main teka-teki dgn pak ngah. Sangat kelakar. Memang tergelak besar.
Bila takde api, tv mestilah tak dapat tengok. Yang seronoknya, kalau terkena time mak ayah balik, mak ayah pun join sekali. Kelakar sangat. Pak ngah la, teka-teki die lagi mengarut.
Berbalik dengan hubby plak, seronok tergelak same-same dgn hubby. Memang sangat sweet. Sambil hubby kemas-kemas dapur, duk la kacau die...hari ni tak sempat nak bergurau senda...sebab hubby penat sebab kerja malam tadi. Pagi tadi br tiba rumah....
Emmm manisnya bercinta selepas kahwin ni.... Bercinta sampai ke syurga...amin...
Wednesday, September 5, 2012
BERSYUKURLAH
Saat kamu tak suka jadi diri kamu, ramai sebenarnya teringin menjadi seperti kamu... Bersyukurlah :)
^^... sambil menunggu Maghrib, siap sume kerja-kerja rumah... Betul tak ape yg ayat di atas ni? Memang betul. Kesimpulannya kita perlu sentiasa bersyukur dgn setiap apa yang kita perolehi dan siapa diri kita. Allah lebih tahu segalanya.
Tadi ayah telefon, tanye, apakah yg dibuat oleh suami. Apa lagi....tengah menyapu lah. Emm rajin sungguh. Terima kasih kemas rumah. Sambil-sambil tu isterinya ini lipat baju. Suami dah buat semua, jadi dari duduk diam, baik lipat baju. Nt tak lah workload...^^...
Tadi...main teka-teki dengan suami...
"abang, nak tanye, knp penggali kubur, gali kubur tak pakai seluar dalam?" haha, suami pelik. Tanye pulak mane tahu...
Then saye pun jawablah dgn selamba....
"sbb penggali kubur gali kubur pakai cangkul lah^^" hihi...
tergelak besar abg...hehe....
Ape2 pun, alhamdulillah, syukur atas segalanya.....
Tuesday, September 4, 2012
SUARA HATI
Malam ni sendirian lagi....Baru je lepas balik dari Clinic...Doctor bg MC seminggu terus. Duduk2 ni, suka cari-cari info di website. Banyak yang memberi manfaat. Walau sehebat mana pun kita, kita tetap makhluk Allah. Takde ape yang membahagiakan melainkan menjadi hambaNYA yang terbaik. Hidup perlu ceria.
Dulu sebelum kahwin, hidupku penuh dgn kisah duka. Hanya keluarga dan shabat terdekat sahaja yang tahu.
Boleh dikatakan setiap hari menangis je. Banyak juga bahan bacaan yang cuba kudapatkan utk menyembuhkan hati yang luka. Mak dan ayah juga sangat kuat dalam menangani musibah dan mehnah. Apa yang berlaku 5 tahun yang lepas banyak mengajar kami sekeluarga erti kehidupan yang sebenar.
Hanya sahabat dan teman-teman yang memahami sahaja yang tahu diari hidupku.
Apa yang aku perhatikan,
segala kehendak aku, memang aku akan dapat memperolehinya, Allah memang tetap makbulkan. Cuma lambat. Dan yang pasti, memang aku akan memperolehinya. Dan sebab Allah nak aku sedar yang DIA tidak akan menghampakan pencintaNYA.
Masa kecik, nak masuk sekolah Agama tepi pantai, dapat juga. Then nak g Matrik, dapat juga. Dan nak UIA pun dapat juga.
Dan dalam urusan jodoh pulak, semuanya tanpa disangka-sangka.
Dan sekarang, kehidupan yang kulalui alhamdulllah bahagia. Senyum sahaja ketika kaki melangkah ke office. Kerana ape ya?Sbb cuma 1 niatku, hanya utk suamiku....
Rindunya nak Qiyam...
Semalam bila dapat call dr suami, baru lepas solat sunat semua...alhamdulillah...Same-same kite dekat dgnNYA ya... Terima kasih krn menjadi imam buat isterimu ini....
Setiap kedukaan,pasti akan ada kebahagiaan. Saye hidup utk hari ini dan akan dtg. Bukan utk semalam....
Ya Allah, kuatkan hatiku utk Qiyam di setiap malamMU setelah aku sihat nt...Insya'Allah
Monday, September 3, 2012
AKAD DAY ~8hb July 2012~
Baru dapat pic dari photographer. Terima kasih for the sweet moment...
Kenangan yang sangat indah...
On the Akad Day....
Kenangan yang sangat indah...
On the Akad Day....
saye suke warna ni...^^
......
sebelum upacara pembatalan air sembahyang....
terima kasih ....
Sunday, September 2, 2012
SUAMI & ISTERI....
Dah tiba KL dah dr Kampung.MC 2 hari. Isnin dan Selasa...Dari hr Rabu lagi tak sihat. Terima kasih buat suamiku kerana menjagaku sepanjang ketidak sihatan ku... Alhamdulillah. Bila tak sihat ni, kadang-kadang emo. Maafkan isterimu ini ya^^. Minggu ni shift malam. Keje elok-elok. Coretan ini peneman buat abg di ofis.
Siap sume dah prepare sebelum hubby gi kerja. Tinggal nak hidang je nanti selepas Maghrib. Biar abg kenyang sebelum gi ofis. Habis je tengok Liga Ilmu di Astro Oasis ni, terus capai lappy ni, nak coretkan sesuatu. Emm esok MC, Lusa pun MC, kalau dapat gi kerja kan best. Tapi tak pelah, Allah nak kita rehat.
Tiba-tiba teringat kata-kata officemate ni, jadi isteri ni mudah nak masuk syurga. Taat pada perintah suami dan Allah, kemudian pilih saje mane-mane pintu syurga. Dan mudah juga utk masuk neraka. Dan jadi suami ni, banyak tanggungjawabnya. Solat memang mudah nak jaga (bagi sesiapa yang memang menjaga solat 5 waktunya), tapi baca Al-Quran setiap hari? Belum tentu boleh kan? Tadi sementara ingin melelapkan mata, dengar alunan bacaan Al-Quran dari suami, terlena sebentar. Terima kasih abg.
Terima kasih sahabat kerana berkongsi dengan saye.
Ni part lain pulak....
Semua jenis tudung pernah saye pakai...hihi....Tapi bukanlah tudung saji ya.
Tudung ni tudung mudawwar...Suke pakai tudung ni....sejuk je... Sape kata pakai tudung besar panas, tidak pun, sejuk je.... Org tudung labuh tak pandai berfesyen? Siapa cakap...hehe...
Pandai je...Cuma tak expose...
Selain tudung ni, saye juga suka pakai macam ni...tudung kupu-kupu
Tudung macam ni...memang selalu saye pakai...dan saye juga suka pakai selendang^^
pakai selendang pun mudah je...hihi...pakailah tudung yang boleh menutup aurat kita... Tak ksahlah macamane pun...yang penting ia menutup aurat.......Cantik luaran dan dalaman....Mata dah pedih...Beransur dulu
Siap sume dah prepare sebelum hubby gi kerja. Tinggal nak hidang je nanti selepas Maghrib. Biar abg kenyang sebelum gi ofis. Habis je tengok Liga Ilmu di Astro Oasis ni, terus capai lappy ni, nak coretkan sesuatu. Emm esok MC, Lusa pun MC, kalau dapat gi kerja kan best. Tapi tak pelah, Allah nak kita rehat.
Tiba-tiba teringat kata-kata officemate ni, jadi isteri ni mudah nak masuk syurga. Taat pada perintah suami dan Allah, kemudian pilih saje mane-mane pintu syurga. Dan mudah juga utk masuk neraka. Dan jadi suami ni, banyak tanggungjawabnya. Solat memang mudah nak jaga (bagi sesiapa yang memang menjaga solat 5 waktunya), tapi baca Al-Quran setiap hari? Belum tentu boleh kan? Tadi sementara ingin melelapkan mata, dengar alunan bacaan Al-Quran dari suami, terlena sebentar. Terima kasih abg.
Terima kasih sahabat kerana berkongsi dengan saye.
Ni part lain pulak....
Semua jenis tudung pernah saye pakai...hihi....Tapi bukanlah tudung saji ya.
Tudung ni tudung mudawwar...Suke pakai tudung ni....sejuk je... Sape kata pakai tudung besar panas, tidak pun, sejuk je.... Org tudung labuh tak pandai berfesyen? Siapa cakap...hehe...
Pandai je...Cuma tak expose...
Selain tudung ni, saye juga suka pakai macam ni...tudung kupu-kupu
Tudung macam ni...memang selalu saye pakai...dan saye juga suka pakai selendang^^
Saturday, August 25, 2012
BERAYA SEBAGAI SEORANG SUAMI & ISTERI
Alhamdulillah...sungguh meriah di hari raya tahun ni. Beraya sebagai seorang suami dan isteri. Seorang suami yang memahami dan mertua yang memahami. Beraya di perantauan di satu hari raya yg tidak pernah berenggang dengan family adalah suasana yang baru buat diriku. Mujur ada suami dan mertua yang memahami. Kesedihan cuma sedikit, tapi kegembiraan melebihi kesedihan. Kegmbiraan menyambut kedatangan syawal sebagai seorang isteri buat suamiku tercinta.
Bahagia terasa. Kebahagiaan yang dikecapi ini tidakkan kami persiakan. Segalanya seperti mimpi. Menuju ke masjid utk solat sunat Aidilfitri bersama suami tercinta. Balik dari masjid, singgah di rumah sebentar, bersiap nak ke rumah mertua. Sampai di rumah mak abah, ambil2 gambar dan saling bermaafan semua...Tatkala bersalam dengan suami tercinta, gugur juga airmata suami dan diriku...Mungkin ade salah silap yang kami perasan atau tidak.
Ni budak kecit Mamar....Comey kan adik...hihi...Baju pokodot....Tomey ah die...geram nye mak ngah....Adik pakai baju purple warna kegemaran makngah....eeee jeles.
Bahagia terasa. Kebahagiaan yang dikecapi ini tidakkan kami persiakan. Segalanya seperti mimpi. Menuju ke masjid utk solat sunat Aidilfitri bersama suami tercinta. Balik dari masjid, singgah di rumah sebentar, bersiap nak ke rumah mertua. Sampai di rumah mak abah, ambil2 gambar dan saling bermaafan semua...Tatkala bersalam dengan suami tercinta, gugur juga airmata suami dan diriku...Mungkin ade salah silap yang kami perasan atau tidak.
Kemudian bertolak ke rumah nek dan atok bersama semua. Rumah nek dan atok, tak jauh mane pun. Di Kuala Lumpur juga. Sampai ke malam. Malam sampai sahaja di rumah, bersiap-siap barang utk nak balik ke Johor pulak.
Ingat nak bergerak pagi, tapi sibuk mengemas-ngemas rumah, dalam 10 lebih juga bertolak. Sebelum balik, singgah rumah mak abah dulu. Merah menyala abah dan mak kata...^^...Inilah warna kegemaran ain dulu mase kecit2...Dan suami pun suke shaye pakai warna merah^^. Siap shaye kenekan syarat, nak isterinya ini pakai merah, die kene pakai merah juga.
Ni, sempat gi beraya rumah sahabat...Member di universiti dulu. hihi....Raya kali ni sangat seronok...Now heading to KL bersama suami, mak dan ayah...Moga selamat sampai...Abang, hati2 drive....^^
Friday, August 17, 2012
SEBAGAI SEORANG ISTERI
Alhamdulillah....
Tak sempat nak update di tintahati ni.Sebagai seorang isteri, tumpuan tertumpu pd suami tercinta. Memiliki anugerah yang amat bernilai tidak mungkin akan ku persiakan. Inilah anugerah Allah yang amat indah sekali. Kebahagiaan seorang wanita adalah pabila dia bergelar seorang isteri dan seorang ibu.
Pada saat ini, teman suami bertugas di office. Seronok dapat teman suami di sini.Malam terakhir sebelum raya. Dan raya tahun ni sebagai seorang isteri adalah saat yang paling membahagiakan.
Terima kasih buat suami tercinta kerana memahami hati dan perasaan ini. Raya ke dua balik kampung di johor bertemu mak dan ayah.
Tak sempat nak bershopping raya lagi.Esok baru nak gi membeli belah dengan hubby. Seronok dan tak sabar nak bershopping bersama.
Salam sayang dan rindu buat hubby^^
Saturday, July 28, 2012
KHAS UNTUK ISTERI TERCINTA
Semalam dah terlewat gi keje. Last2 kami decide naik kete je la. Tapi terfikir nak menempuh jamed plak nt waktu balik keje. Then kami gi je keje nak kereta.
Dalam tengah-tengah bekerja, tengoklah phone di locker. Dapat mesej dari suami...
"Sayang..hari ni kite berbuka kat luar tau. Kite dating berdua. Special utk sayang. Saaaayang isteri abg ni. Khas utk isteri tercinta"
Bila baca je mesej tu, tersenyum sendirian^^. Terima kasih suamiku. Di bulan Ramadhan ini, terasa indahnya puasa bersama. Alhamdulillah. Terima kasih kerana memahami isterimu ini.
Berbuka di Restoran Nelayan...moment yang sangat indah waktu berdating bersama abang. Abang kata, isteri ni mudah masuk syurga dan mudah masuk neraka. Utk masuk syurga, taat pada suami dan juga perintah Allah. Terima kasih^^...
Sangat ku syukuri anugerah Allah swt ini. Buat suamiku, terima kasih utk segalanya...Dan terima kasih kerana menjadi imam di setiap solatku...
Sunday, July 22, 2012
ALHAMDULILLAH...SAAT LAFAZ SAKINAH
Alhamdulillah...tanggal 8hb July 2012, diri ini telah bergelar sebagai seorang isteri kpd suamiku, Mohd Zafri Bin Mohd Rosli. Ketika sebelum majlis, hujan turun. Bersyukur pada-Mu kerana sejuk pada waktu itu. Pada waktu bertunang pun dahulu hujan. Semuanya penuh nikmat.
Ketika Lafaz sakinah di lafazkan, tersentak hati ini ketika saksi mengatakan sah. Secara tidak kusedari, airmataku gugur. Alhamdulillah, aku sudah bergelar seorang isteri.
"Terima kasih abang kerana memilih sayang sebagai isterimu dunia akhirat. "
Ketika doa di aminkan, aku terdengar tangisan ibuku yang berada disebelahku. Mak terharu.
Saat aku membaca kata-kata seorang isteri, tidak tertahan airmata ini. Suaraku bergetar. Di tengahan ayat, aku terhenti, tidak tertahan sebak di hati.Aku melihat airmata suamiku juga bergenang ketika di saat itu. Dan rupanya sahabat-sahabat uia ku yang berada di majlis itu juga sebak pada ketika itu.
terima kasih kepada semua yang merestui kami.
Sunday, June 24, 2012
MAJLIS WALIMATUL URUS ZAFRI & AIEN
ASSALAMU'ALAIKUM WBT
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
"YA ALLAH,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini."
Alhamdulillah, dengan doa & restu mak ayah, mak abah, keluarga, sahabat handai, pendidik dan semua,
dengan inzin-NYA kami menjemput semua bersama ke hari bahagia kami....
***Walimatulurus di Ledang,Tangkak Johor(sebelah Perempuan)***
AHAD, 8hb Julai 2012 bersamaan 18 Syaaban 1433H
DEWAN KG ANJUNG BATU 1, LEDANG, JOHOR.
9.00am (Majlis Pernikahan)
11.00am-4.00pm (Jamuan Makan)
***Walimatulurus di Kuala Lumpur (sebelah Lelaki)***
SABTU, 14hb Julai 2012 bersamaan 24 Syaaban 1433H
DEWAN MASJID SALAHUDDIN AL-AYYUBI, TMN MELATI KL.
12.00pm-4.00pm (Jamuan Makan)
Semoga dengan kehadiran serta iringan doa & restu semua akan menyerikan & memeriahkan lagi majlis kami.
Insya'Allah.
Saturday, June 16, 2012
TERMENANGIS
selangkah kita ke jalanNYA...Allah bukakan pelbagai pintu rahmat buat kita...Kadang-kala rahmat dan anugerah yang datang, tanpa diduga...Pabila terkenang, termengalir airmata ni...cinta dan kasihnya DIA pada umatNYA...Syukur alhamdulillah...
Pagi tadi, di meja ofis...terkenangkan diri...termenangis sendirian.... banyaknya anugerah Allah yang tanpa di sangka-sangka sejak dahulu hingga kini. Selangkah aku mendekatiNYA, tarasa banyak sangat rahmat dan anugerah buatku...Banyak pintu rahmat terbuka utkku...
Memang kasih sayang Allah mengatasi segalanya... Emmm bergenang airmata ni ketika mencoretkan ini... Memang pada mulanya payah atas dugaan dan ujian yang datang. Tetapi tetap yakin padaNYA...Memang tanpa disangka-sangka. Satu kisah rahsia hati yang tak mampu kucoretkan di sini...Kerana ia sangat bermakna...Akan tiba masanya akan kuceritakan....
Sayang sangat insan-insan yang menyayangiku...terima kasih kerana sentiasa bersamaku, memahamiku...dan menguatkan aku akan kasih dan sayangNYA...
Moga rahmat dan anugerah Allah akan sentiasa bersamaku...amin
MUHAMMAD DANISH HAIKAL
Alhamdulillah...Along dah selamat melahirkn baby boy di dunia milik Allah swt ini. Tahniah Along. Dah sepasang dah anak along. Kata Along, 2 2 die sayang. Sayang sangat. Yang pertama, Saidatul Mardhiah, dipanggil adik. Yang Muhammad Danish Haikal, di panggilnya baby...Ala....comel sangat.
Tanggal 12 June Along melahirkan Haikal... Yang sepatutnya Haikal lahir 9hb Julai 2012...Sehari selepas majlis. Tapi Haikal nak juga kuar awal sebab nak turut serta majlis la tu...hihi...
Dah 3 orang dah buah hati shaye...Sekejap je masa berlalu. Moga Haikal jadi anak yang soleh, dan Mar jadi anak yang solehah. Setiap tahun kami beraya bersama org baru. Dah 3 tahun berturut-turut. Alhamdulillah...
Rezeki Allah yang tidak disangka-sangka...Cinta dan kasih Allah mengatasi segalanya...
Thursday, June 14, 2012
SUKE TUDUNG KUPU-KUPU
Alhamdulillah...
Di suatu malam...termenangis akan muhasabahnya diri...
Terima kasih kerana terfikir sejenak...Kuasa Allah tiada siapa yang tahu... Hatimu terusik, begitu juga hatiku...
Didiklah daku menjadi wanita syurga......Akan ku cuba menjadi wanita syurga yang terbaik , dan juga dicemburui oleh bidadari-bidadari syurga...
Terima kasih utk segalanya...
Sesungguhnya hati ini terasa kebahagiaan...
Subscribe to:
Posts (Atom)




















