Alhamdulillah...tanggal 8hb July 2012, diri ini telah bergelar sebagai seorang isteri kpd suamiku, Mohd Zafri Bin Mohd Rosli. Ketika sebelum majlis, hujan turun. Bersyukur pada-Mu kerana sejuk pada waktu itu. Pada waktu bertunang pun dahulu hujan. Semuanya penuh nikmat.
Ketika Lafaz sakinah di lafazkan, tersentak hati ini ketika saksi mengatakan sah. Secara tidak kusedari, airmataku gugur. Alhamdulillah, aku sudah bergelar seorang isteri.
"Terima kasih abang kerana memilih sayang sebagai isterimu dunia akhirat. "
Ketika doa di aminkan, aku terdengar tangisan ibuku yang berada disebelahku. Mak terharu.
Saat aku membaca kata-kata seorang isteri, tidak tertahan airmata ini. Suaraku bergetar. Di tengahan ayat, aku terhenti, tidak tertahan sebak di hati.Aku melihat airmata suamiku juga bergenang ketika di saat itu. Dan rupanya sahabat-sahabat uia ku yang berada di majlis itu juga sebak pada ketika itu.
terima kasih kepada semua yang merestui kami.




4 comments:
alhamdulillah selamat da semua..:)
tahniah ye dr kak sha n abang..:)
Abg SAYANG & CINTAKAN sayang selamanya dunia akhirat hingga ke syurga. Abg nak jaga sayang. Hari2 rindu & x sabar nak duk dgn sayang. SAAAAAAAAYNG SGT2! Mmmmmmuah!
terima kasih kak sha dan suami^^
terima kasih abang utk segalanya...terasa nikmatnya solat ketika abang mengimamkan...alhamdulillah... moga kita bersama menuju ke syurga firdausi...amin...keluarga yang sakinah
Post a Comment