Friday, September 24, 2010

BUAT INSAN YANG TERISTIMEWA....

Alhamdulillah... hari ni terbuka pintu hati untuk mecoretkan di tintahati ini...Khas buat Muhammad Daniel Alif. Cik In rindu sangat dengan Alif.Alif sihat? Hari tu balik dapat peluk Alif sekejap je. Bila menatap wajah Alif, hati ni rasa tenang je. Alif sangat suci... Allah sayang Alif. Cik In sangat suka bila riba Alif, Alif pasti senyap dan senyum je... Kadang-kadang Alif pandai memberi respon. Alif, Cik In doakan Alif jadi anak yang soleh. Menjadi mujahid cinta Allah. alif pasti nak tengok wajah Alif sewaktu kecil kan?
 Alif selepas beberapa hari dilahirkan.....

Alif pasti nak lihat gambar ibu di hari yang penuh bersejarah.... Cik In sempat upload yang ini buat Alif... waktu tu Cik In tak nak ambil gambar banyak-banyak sebab mak( tok mak alif) baru je lepas menitiskan airmata selepas meredhakan ibu menjadi isteri ayah Alif. Dan cik In tak sempat nak ambil gambar ayah Alif waktu tu. Maaf ya Alif...

Ni ibu Alif selepas akad nikah...yang memakai selendang blink2

Cantikkan ibu Alif? Cik In suka tengok ibu main-main dengan Alif... Sebab ye lah, ibu Alif anak last, macam keanak-anakan... Bila ibu bergurau dengan Alif, terhibur je... Ibu pandai jaga Alif... Sanagt sayang dengan Alif. Ibu sanggup bersusah payah kerana Alif. Alif jadi anak yang baik ya... Di sebelah kiri gambar sekali tu adalah Mak Long Alif, diikuti tok mak Alif, Ibu, dan cik In...

Alif pasti nak lihat gambar Alif lagi kan? Yang mencuit hati Cik In... Mase tu semua tergelak masa Cik In cakap, Alif tengah fikirkan ape lah tu=)

comel je Alif tido..
Alif dalam pangkuan

Semua sayang sangat dengan Alif. Kerana Alif sangat istimewa... Sangat-sangat istimewa..

Wednesday, September 22, 2010

SANDARAN CINTA....

Menelusuri denai kerinduan ini
Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi
Perjalanannya tak seindah bicara
Penuh onak berduri harus ku tempuhi


Di tengah rimba kehidupan
Menjalar akar perasaan
Malar kecintaan atau kebencian


Segar cinta bertunjang keimanan
Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa


Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula melata di jiwa


Ku mengimpikan kuntum cinta
Harum mewangi penuh warna
Kembangnya dibaja taqwa kepadaNya


Kan ku sunting ia jadi hiasan
Serikan kesuraman taman hatiku selamanya...ooo...


Namun cinta sejati, suci dan abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi
Raih cintaNya syarat menuju firdausi
Sandaran cinta pada Tuhan Yang Esa


Tenang dirimbun kasihnya mengubat lara
Tak ketemu kecewa hanyalah bahagia

Tuesday, September 21, 2010

ALLAH SAYANG KITA....

 فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا...
kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). (Annisa:19)


Ayat di atas membuat hatiku terpaut... Setiap apa yang dikurniakan Allah adalah yang terbaik buat kita. Mungkin kita sendiri yang tidak perasan... Pernah satu ketika dahulu, diri ini pernah ditimpa musibah yang tak terjangka oleh hati... Berkat kesabaran dan kekuatan kasih Allah, hati ini redha walaupun kadang-kala hati ini menangis.

Dan pernah satu ketika seorang sahabat bertanya Ain, meminta pandangan Ain tentang rakannya yang ingin ditinggalkan dek kerana mungkin ada kekurangan yang dia sendiri tidak mampu menerimanya... Emmm lame Ain termenung...Terus Ain mengungkapkan....

"Jangan tinggalkan dia, dia perlukan seseorang di sisi utk menemani dia ke jalan Allah.Kadang-kadang manusia ni nak berubah, tapi mungkin dia malu, dan memerlukan kekuatan tempat utk bergantung. Kekurangan dia adalah amanah Allah buat awak. "

Ain pun menceritakan tentang apa yang telah Ain alami pada sahabat Ain ni.

"Ain ada juga hamba Allah yang serba kekurangan... Kita perlu ada cara utk rapat dan membawanya ke jalan Allah. Ain tak menyesal dan sedih dikurniakan dia dalam hidup Ain. Malah Ain sayang dia. Kerana kasih sayang kita akan membuat dia terpaut pada jalan yang sedang kita tuju. Pimpin tangannya utk bersama kita..."

Pada waktu itu, airmata bergenang di kelopak mata Ain dan sahabat Ain...

"emmm... Ain tahu, bukan mudah nak terima insan yang bukan sejalan dengan kita... Tetapi cuba kita renungkan sejenak, jika dia sanggup terima kita seadanya, why not kita? Mungkin ada kelebihan dia melengkapkan kekurangan kita, dan kelebihan kita melengkapkan kekurangan dia... Allah Maha Mengetahui... Mungkin itu cara Allah nak lengkapkan iman kita dan juga dia"

Emmm masing-masing terdiam...

"Allah jadikan semua yang terbaik buat kita... Allah sayang kita...."

Ain belajar terima semua ni pun setelah pelbagai musibah dan ujian Ain lalui... Dari situ Ain dapat rasa kasih sayang Allah dan kasih Allah pada hamba-NYA...

Jangan pernah menyesal pabila Allah takdirkan kita menerima seseorang yang kekurangannya kita ternampak... Ia adalah amanah buat kita... Bersangka baiklah pada Allah, pasti akan terasa kemanisannya...Ustaz Ain pernah berpesan, senantiasalah menucap Astagfirillahal'azim, memohon keampunan pada Allah...

Ain bersyukur atas segala kurniaan ILAHI... everything happened for the good reasons....

Monday, September 20, 2010

JANGAN MENANGIS LAGI

Rasa tersentuh pabila terbaca coretan ini....

Saat hati benar-benar di landa gelisah... gundah.. ada sesuatu yang mengganggu fikiran... atau sakitkah hatimu..?? atau peritkah hatimu..?? atau mungkin hatimu derita di kala ini...

kenapa aduhai hati..??

apakah yang menyebabkan sakit hatimu..? atau derita hatimu..? ataupun fikiran keliru..

wahai hati.. bila engkau memandang segalanya dari Allah.. yang mempercepatkan segalanya.. yang menimpakan ujian.. yang menyebabkan sakitnya hatimu, membuatkan keinginanmu terhalang.. pastinya damailah hatimu jika engkau mengetahui.. kerana masakan Allah sengaja mentadbirkan segala2nya dengan sia-sia...
bukan Allah tidak tahu betapa deritanya hidupmu.. pecahnya hatimu..
mungkin itulah yang Dia mahukan..
Kerana Dia tahu, hati yang sebegini lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat denganNya..

wahai hati..
berjalanlah dengan penuh harapan kepada Allah semata-mata..
walaupun hidup ini tak selalu bahagia..
sedekahkanlah satu senyuman walau d hatimu tak mampu lagi bertahan..
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..
hiduplah dalam iman walau hidup d penuhi godaan..
dan berpeganglah kepada Allah walau dia tidak kelihatan..
Bukti kasihNya, kita wujud d dunia pinjaman..

wahai hati..
ingatlah..bahawa orang yang soleh tidak gembira apabila mendapat sesuatu kesenangan..
Juga hatinya tidak berduka andai tidak mendapat apa yang di impikan..
Kerana dunia tiada di hatinya..
Yang ada hanyalah pengharapan kepada Allah semata-mata..

syukran kepada salah seorang ustazah saya.. yang mengingatkan saya..
"Jangan biarkan wujudnya pengharapan di hati kita kepada manusia.. Mengaharaplah kepada Allah semata-mata.."

aduhai hati..contohilah para sahabat Nabi saw..
Apabila di beri kesenangan, ahati pasti gelisah..
Di pohon kepada Allah agar mendatangkan kesempitan..
kerana hati mereka bimbang andai terleka dengan kesenangan..

Bertahun-tahun cuba ku pujuk hati sendiri..
aduhai hati..ketahuilah bahawa hidup bukan hanya di sini..
Di sana kekal abadi..
Aduhai hati..yakinlah Allah sentiasa bersama hambaNya yang inginkan cintaNya..
Bukankah keperitan itu juga dari Allah..?
Bukankah kesakitan itu juga dari Allah..?
Bukankah kesempitan otu juga dari Allah..?
Aduhai hati..yakinlah kasih Allah itu kasih sejati..
Aduhai hati..ingatlah, janji Allah janji yang pasti..

Wahai hati..manangislah penuh pengharapan kepada Ilahi..
Pasti kan kau temui jalannya nanti..
Wahai hati..usahlah bersedih lagi..
carilah redhaNya, sematkan di setiap sudut hati..
Moga kasihNya, menyinari hari-hari y menanti..

Friday, September 17, 2010

DARI HATI KE HATI

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih di kurniakan hidup ini padaku... Emmm... kenapa kadang-kadang hidup ni rasa serba tak kene. Wahai hati, cuba kenangkan semula apa yang telah dilakukan sebelum-sebelum ni? Ha! ntah-ntah ada dosa yang kita tak perasan yang telah kita buat... Sedar tak? Emmm lumrah, kadang-kadang hati ni rasa sedih, gembira, sunyi, rindu dan macam-macam lagi... Tapi semua tu adalah fitrah kita sebagai insan dan sebagai hamba-NYA...

Emmm... minggu ni rasa macam nak balik rumah... Tapi drive sorang2.... emm tu yang menyebabkan my bonda tak izinkan.... Emmm nak tak nak, kenalah ikut cakap mak... Nanti mak marah baru tau =)...

Emmm... berbalik kepada hati ya... Kesian hati ni... kadang-kadang, hanya kerana hati, kita menzalimi badan kita. Ha! jahat kan hati ni... Eh! tak2, hati tak jahat.... maaf ya wahai hati... Ain ni, bila sedih2 tu, cepat2lah ingat Allah. Allah kan ada... Ni tak, kadang-kadang tu, duk layan lah sedih die tu sampai terlupa yang Haq...

Mengada sungguh =)... Ei, readers2, jangan gelakkan Ain...Tak baik... Emm..

Ain tu memang, kadang-kadang hati pun tak faham die =)... Ape-ape pun hati sentiasa bersama Ain...Sebab hati ada dalam diri Ain.... hehe... Mesti pening kepala readers ni... Maaf2. Ain ni memang suka cakap sorang-sorang.... Bukan gile atau ape ya, tetapi sekadar utk menghiburkan hati... Ye la, sape lagi yang nak pujuk hati sendiri kalau tak diri sendiri kan? Kepada readers2, kalau nak rasa terpujuk, try la... Muhasabah balik segala apa yang telah kita buat. Mungkin dosa-dosa kecil yang kita lakukan itu yang mengganggu hati dan perasaan kita... Percayalah! Wah! macam tajuk lagu Siti pulak, Percayalahhhhh... =)

Ooooo suasana kat luar ofis ni gelap je... hujan rupanya...Lebat sangat... hujan rahmat di pagi Jumaat... Ok lah, Ain nak melengkapkan apa yang belum terlengkap lagi... Moga Allah pelihara segala apa yang Ain lakukan... Dan segala apa yang hati rasai....

Senyum selalu wahai wajah dan hati.....=)

Wednesday, September 15, 2010

TAMAT SUDAH NOVEL JAJA & DIN

Alhamdulillah, selesai sudah novel yang amat bermanfaat buat Ain. Novel Jaja & Din itu amat bermakna buat Ain. Emm jihad di jalan Allah memang amat sukar, tetapi manis dan sangat manis dihujungnya. Ain terpaut pada satu kata-kata dalam novel itu

" Tidak adil untuk saya ubah Faiza jadi perempuan seperti orang lain hendak. Yang penting saya tak ada apa-apa hendak kompelin tentang Faiza. Saya terima Faiza macam ni sebagaimana Faiza terima saya macam ni. Kenapa kita kena korban perasaan kita untuk beri orang lain puas hati? Kasih sayang itu anugerah, saya tak paksa kalau Faiza tak boleh! Tapi, Faiza cubalah. "
Novel ni amat bermakna untuk mujahid-mujahid Islam. Betapa besarnya pengorbanan seorang wanita bernama isteri... Tapi zaman sekarang, rata-rata mahukan seseorang yang dia sayang ubah untuk jadi apa yang dia nak. Sebenarnya ia silap, kekurangan adalah amanah Allah. Terimalah insan itu seadanya, lengkapkan segala kekurangannya, bukan menjadi bahan yang mengikut sahaja kehendak yang dia inginkan tanpa mengira hati dan perasaan pasangannya. Tidak akan ada kebahagiaan di situ.
Allah itu Maha Adil. Tahu apa yang hamba-Nya perlukan dan tidak perlukan. Dan Islam itu saling melengkapi antara satu sama lain. Sampai masanya sudah, Ain pasrah pada segala ketentuan. Diri ini hanya milik Allah. Kerana itu Ain redha atas setip yang terjadi. Emmm kesedaran yang Allah kurniakan itu amat mengusik hati ini. Ya Ilahirobbi...
Ain tahu, ranjau yang berduri ni tidak akan sunyi.... Apa-apa pun Ain perlu laluinya... Ain redha andai ini takdirnya buat Ain... Wallahu'alam.

Monday, September 13, 2010

MUHASABAH CINTAKU

Hari ni Ain rasa sayu je hati ni... Emm sempena lebaran yang mulia ini...
hati ni terpaut pada 1 lagu ni...Lagu yang sedang dimainkan dalam blog ku ini... Tersentuh sangat hati ni...

"Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku"

Emm... hati ni sungguh mudah tercuit dan terleka... Ya Allah, pelihara hati ini dari berpaling dari-MU... Emm... ampuni khilaf salahku...

Layakkah aku ke syurga-MU. Menurut seseorang, hany kita sahaja yang tahu menilai kita layak untuk ke syurga atau tidak... Takutnya pada azab-MU...

Ampuni daku.... Takutnya........ :'(

Wednesday, September 8, 2010

SEHARI LAGI NAK RAYA


I'm in my office.... Esok keje lagi..... Nampaknya bila takbir bergema baru sampai rumah. Insya'Allah sampai malam esok juga... =) Tak sabar rasanya... Hari ni hari terakhir berbuka puasa di KL ni... Esok pastinya di dalam kereta.... Harap-harap dapat sampai sebelum Maghrib... Kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan.... Tak sabar rasanya....
Di kesempatan ni, saya nak mengucapkan SALAM LEBARAN buat pembaca blog saya....
Moga Lebaran tahun ni menghadirkan kenangan yang indah buat semua....
Salam Aidilfitri....
Mak, ayah,along,adik,alif, Tok Mak, Tok Ayah,dan semua...nantikan kepulangan insan diperantauan ni...=)

Monday, September 6, 2010

MEMULIAKAN AIDILFITRI

Pengisian ceramah tadi amat bermakna buatku....
Terima kasih Ustazah... Terisi juga rohaniku hari ini...Tercuit hati-hati yang menghadirkan diri di sesi itu...

Yang pertama kita perlu mengenali diri kita... Kita sebagai apa di Bumi Allah ini... Kita cuma hambaNYA... HambaNYA yang lemah. Aidilfitri yang bakal menjelma ini, perlu bersihkan hati kita. Perlu bersangka baik atas setiap perkara yang terjadi. Aidilfitri bukan untuk kita bersedih dan berduka. Ia adalah hari kemenangan buat kita dari Allah swt. Bersyukurlah sebagai hamba-NYA yang terpilih untuk merayakan Aidilfitri.

Jangan hiasi Aidilfitri kita dengan tangisan duka. Jangan bersedih andai tiada baju raya atau kuih raya... Kita masih yang lama. Di kesempatan hari kemenangan itu, jadilah diri kita yang baru. Jadinya dalam bulan Ramadhan inilah masa untuk kita polishkan diri kita. Menjadikan diri dan hati kita terbaik buat Allah swt.

Rasa tercuit ceramah ustazah tadi.... Ye lah, selama ni mungkin kita tak sedar dan perasan apa yang kite sedihkan dan terasakan... Sebenarnya kita tak layak untuk memarahi sesiapa...Tak berhak untuk berkecil hati dengan sesiapa, dan macam-macam lagi. Kerana kite semua sama sebahai hamba-NYA...

Pasport untuk kita di dunia ini adalah sebagai hamba-NYA, dan cable kita adalah La'ilaha'illallah....

Ustazah ada juga menyatakan, Kaum hawa ni akalnya 1, nafsunya 9. Sebab itu ia boleh buat pelbagai kerja dalam 1 masa. Tetapi kaum ajnabi akalnya 9, nafsunya 1. Dan kerana itu mereka hanya boleh fokus pada satu perkara sahaja dalam 1 masa. Dan purata umur ajnabi adalah 60-65, kerana mereka ini kerap memendam dan jarang meluahkan.... Ustazah menasihatkan supaya kaum ajnabi ni rajin-rajinlah memujuk dan meluahkan... Jika pendam je sakit nanti...
Itulah kata-kata terakhir ustazah....

Wallahua'lam =)

SENYUM SEINDAH SURIA

Minggu ni last week Ramadhan.... emmm sedihnya... Ramadhan kali ni berlalu dengan cepat. Mak dan Ayah dah terima kad raya... =) Alhamdulillah... Mak ayah mesti suke...hihi Tak sabar nak balik rumah, nak jumpe semua...
Emm ya, hari ni ada ceramah khas sempena Ramadhan di Lembaga Tabung Haji... Nanti boleh lah share same... =) Tajuknya Memuliakan Aidilfitri....
Hari Khamis, hari terakhir Ramadhan, aku baru pulang ke kampung. Emm tak sabar rasanya.... Emm... Sama-samalah kita menikmati Aidilfitri yang menjelang tiba... =)
Sesungguhnya Redha, ketenangan dan kebahagiaan dari-Mu yang kudambakan.... =)

Friday, September 3, 2010

Emmm.... Kelmarin housemate ada menganalisis hidupku melalui tarikh lahir. Katanya dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah. Aku hanya mampu tersenyum semasa die menerangkan segalanya tentang apa yang berkaitan dengan analisis itu. Itu bukan jangkaan akan datang, tetapi dari analisis itu, boleh tahu apa yang telah kita lalui dalam hidup kita. Ada benarnya....Aku sedari semua itu... Aku redha. Mungkin itu yang terbaik buatku.....
Rindunya zaman kanak-kanak.... Hi... Rutin harianku terjaga je...Terima kasih tok mak, tok ayah. Bila kutermenung sejenak, memang benar, Allah tidak mentakdirkan sesuatu itu dengan sia-sia... Segala yang terjadi ada hikmahnya.

Cintakan manusia,
Manusia kan pergi,
Cintakan harta,
Harta akan diwarisi,
Cintakan bunga,
Bunga kan layu,
Cintakan Allah,
Cinta yang hakiki,
Kekal selamanya..

Aku tahu, bukan mudah untuk menggapai kejayaan. Dan bukan mudah mengukir senyuman jikalau hati tak kuat. Kadang-kala terasa diri ni kosong je. Aku perlu mencari sesuatu buat rohaniku. Kerana aku tahu, imanku cuma sebagai hambaNYA yang biasa.

Ya Allah...
Janganlah Kau palingkan wajahMU dari hambaMU ini...
Tika ujian datang,
Tabahkan aku menghadapinya,
Berdiri teguh, berjalan dengan mensyukuri nikmatMU...
Maafkan aku andai ada kesalahan yang mungkin ringan bagiku, tetapi berat bagiMU...

Senyumlah wahai wajah.... Senyum=)
Allah sentiasa ada di sisi... Lupakan segala kenangan silam yang pahit...
Kenangkan kenangan yang indah2...
Redhalah wahai hati...
Aku mahu sendirian mencari ketenangan hati...
Mengembalikan senyuman dan tawa riaku yang dahulu....

Thursday, September 2, 2010

WAHAI HATI-HATI

Alhamdulillah, hari ni rasa tenang je... Pagi-pagi tadi macam berat je nak meninggalkan bantal strawberyku... =) Tapi tak boleh, tanggungjawab mesti dilaksanakan... Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Sampai-sampai je office, tak sabar-sabar rasanya nak baca tazkirah dan karya-karya yang menarik buatku di sebuah website. Rasa terpaut pada setiap kata-kata dan renungan buatku. Em ye lah, bile dah bekerja ni, bukan seperti zaman belajar dulu. Dan lagi pula takut-takut kalau kesibukan kerja mengambil masaku untuk bersama-NYA... Na'uzubillah.
Masih teringat lagi sebuah kata-kata dari seseorang. "Hidayah takkan datang dengan sendiri, tetapi kita yang perlu mencarinya."

Wahai hati.... kuatlah dalam menimba ilmu.
Wahai hati.... Terpujuklah pada tarbiyah cinta-MU.
Wahai hati... terpegunnya aku pada rahmat kurniaan-MU.
Peliharalah ia di dalam jagaanMU...

Tatkala terkenangkan kisah silam,
Aku terpaku pada takdir-MU,
Aku bersyukur atas segala rahmat-MU,
Engkau mentakdirkan kebahgiaan dan ketenangan hati buatku,
Walau berat mata yang memandang,
Aku masih mampu tersenyum, ketawa, dan gembira,
Walau seketika aku kalah pada dugaan-MU...
Aku pasrah dan redha setiap yang Engkau takdirkan..
Aku tahu....
Engkau tidak mentakdirkan sesuatu itu dengan sia-sia...
Engkau ciptakan sesuatu yang manis di sebalik kepahitan...
Rasa bersyukur tak terhingga buat-MU,
Janganlah pula lekakan aku pada perkara yang melalaikan,
Hati sentiasa berbisik, aku terpegun pada takdir-MU...
Terima kasih ku panjatkan kesyukuran....
Moga segalanya di dalam redha-MU...
Kekalkan aku pada tarbiyah dan ikatan ukhwah sesama insan2 yang kusayangi....

Bakal suamiku....
Jadilah mujahid sejati...
Yang sentiasa membawaku ke pintu syurga...
Membawa aku ke dalam redhaNYA...
Jika ujian datang menjelma,
Kembalilah berfikir sejenak,
Segala yang datang, hanya dariNYA,
Kerana cinta-NYA membahagiakan,
Kerana Dia kita bertemu...
Didiklah aku yang lemah ini menuju redha ILAHI...
Moga teguh di pintu jihad...
Mengharap cinta dan kasih ILAHI...

Wednesday, September 1, 2010

TERPAUT SEKETIKA- AKU JATUH CINTA-

Alhamdulillah hari2 yang ku lalui segalanya tenang dan happy, insya'Allah.... Tiba-tiba hati terpaut pada sebuah artikel dan puisi ini.... hatiku terusik, sebak, mengalir airmata kesayuan.... Indahnya... Subhanallah... Aku Jatuh Cinta

CINTA..
Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku,
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUimu..
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGanmu..
Andai saja kau JAUH dari diriku,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku..
Andai saja kau HILANG dariku..
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!

Cinta..
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatmu..
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan..
Biar harta dan jasad terkorban..
Kerana cinta ini yang ku damba!

Cinta..
Menyebut namamu takkan pernah jemu..
Mengingatimu takkan pernah lupa..
Memujimu takkan pernah rapuh..
Janjimu sentiasa teguh..
Cinta sehidup dan selepas mati..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu!
Aku hidup kerana cinta itu!
AKu mati kerana cinta itu!

Cukup bagiku cintamu..
Itulah pelindung yang memeliharaku..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku..
Itulah kebahagiaan yang menyinariku..

Engkau yang selalu ada..
Engkau yang sentiasa bersama..
Saat suka dan duka..
Aku cinta padamu..
Aku cinta pada takdirmu..
Aku cinta pada jalanmu..

Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..

Monday, August 30, 2010

PERSALINAN PUTIH BUATKU.... DAN SEBENTUK CINCIN YANG ISTIMEWA

Cuaca pada petang ni hujan, guruh dan kilat di sekitar bandar Kuala Lumpur. Bagaimanakah untuk aku pulang nanti? Harap-harap hujan akan kembali reda. Amin... Lebat juga hujan kali ni. Handphone pulak tak de bateri. Tadi mak call, tapi tak sempat nak pick up.... bila nak call balik, bateri dah empty... Langsung tak boleh on. Emmm bagaimana harus aku hubungi mereka yang aku ingin confirmkan untuk berbuka puasa sama... Number phone langsung tak kuingati... Inilah the weaknesess of handphone...
Cuaca di luar ni seakan sama dengan diriku.... =)... Tapi aku masih mampu tersenyum sebab aku tahu, segala yang terjadi ada hikmahnya. Apalah khabar mak. Nanti jap lagi, after office hour, I try to find public phone. By hook or by crook, I have to find public phone to call my beloved parents. Memandangkan kesihatan mak dan ayah asyik terganggu sekarang ni, walau mungkin jasad tak mampu dekat dengan mereka, tetapi kabar dan suara mereka dekat denganku. Terasa rindu sangat dengan mereka. Tahun ni tak dapat langsung berbuka puasa bersama mak dan ayah juga along dan adik. Untuk yang pertama kalinya....

Terima kasih pada sepasang persalinan putih... Raya tahun ni, aku memilih warna putih sebagai pakaian hari rayaku. Putih yang tiada langsung corak di atasnya... Sucinya putih. Tenang sahaja.... Kadang-kadang terasa sayang untuk memakainya kerana aku takut rosak. Mungkin ia hanya berwarna putih, tetapi bagiku warna dan ia amat bermakna buatku. Moga Ramadhan dan Syawal 1431h ini mengungkap kenangan yang indah buatku dan juga insan-insan yang aku sayangi.

Ingat lagi, tok mak pernah hadiahkan satu persalinan telekung buatku. Telekung yang di beli di Tanah Suci, Makkah. "Tok mak, kite pakainya senantiasa."

Emmm.... sebentuk cincin ukiran namaku "AIEN" amat bermakna buatku. Mungkin harganya tak semahal mana, tetapi insan yang menyebabkan cincin itu hadir amat bermakna buatku. Setiap duit pemberian tok mak dan tok ayah, akanku simpan dan kupaterikan kepada sesuau yang dapat kujadikan kenangan buatku. Cincin itulah hasil dari kumpulan duit yang tok mak dan tok ayah beri padaku...=)Terima kasih tok mak, tok ayah... Tok mak, tok ayah sentiasa dekat di hati ini. Sayang pada keluarga membawa hingga ke akhirat. Sayang keluarga menenangkan hati, sayang pada keluarga membuat hidup di redhai selalu. Selagi ibu kita masih hidup, disitulah terletaknya redha Allah buat kita....
Salam sayang buat semua yang kusayangi... Rasa bersyukur dengan apa yang ada... hati ini kembali tenang, setenang lautan ciptaan-MU....=)

ASSALAMUALAIKUM HATIKU

Sayunya hati ini.... Berikanku kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang aku lalui... Bila melihat ketenangan tasik di Sri Rampai pada Sabtu yang lalu, hatiku terusik dan terdetik.... Apakah yang harus aku lakukan? Adakah apa yang telah aku buat selama ini salah? Adakah benar segala yang aku putuskan? Untuk siapa aku lakukan semua ini? Ya Allah, aku lemah tak berdaya. Sesungguhnya aku mengharap petunjuk dan dorongan dari-MU. Jangan biarkan aku terkapai-kapai.... Layarkanku ke arah cinta-MU....
Tenangkanlah hatiku ini.... Aku hanya ingin menangis di hadapan-MU sahaja ya Allah.... Bahagiakan hatiku ini.... Ya, hidayah takkan datang dengan sendiri, kita sendiri yang perlu mencarinya... Dengan keyakinan di hati, Allah akan menunaikan segala permintaan kita, Allah juga akan yakin dengan kita.
Rasa sedih di hati ni kerana kadang-kala aku kalah pada perasaanku sendiri. Ya Allah, aku tertewas juga :'(.... Lindungi aku dalam segala yang aku lakukan. Aku ingin mencari ketenangan yang hakiki. Aku serahkan hanya pada-MU... Ya Allah, tabahkan hatiku...Kuatkan imanku.... Redhakan hati ini..... Kadang-kadang aku tak tahu kenapa aku lakukan... Lemahnya imanku...
Lindungilah yang aku sayangi di dalam jagaanMU... I leave it to YOU ya Ilahi.... Aku pasrah dan redha....