Alhamdulillah, hari ni rasa tenang je... Pagi-pagi tadi macam berat je nak meninggalkan bantal strawberyku... =) Tapi tak boleh, tanggungjawab mesti dilaksanakan... Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Sampai-sampai je office, tak sabar-sabar rasanya nak baca tazkirah dan karya-karya yang menarik buatku di sebuah website. Rasa terpaut pada setiap kata-kata dan renungan buatku. Em ye lah, bile dah bekerja ni, bukan seperti zaman belajar dulu. Dan lagi pula takut-takut kalau kesibukan kerja mengambil masaku untuk bersama-NYA... Na'uzubillah.
Masih teringat lagi sebuah kata-kata dari seseorang. "Hidayah takkan datang dengan sendiri, tetapi kita yang perlu mencarinya."
Wahai hati.... kuatlah dalam menimba ilmu.
Wahai hati.... Terpujuklah pada tarbiyah cinta-MU.
Wahai hati... terpegunnya aku pada rahmat kurniaan-MU.
Peliharalah ia di dalam jagaanMU...
Tatkala terkenangkan kisah silam,
Aku terpaku pada takdir-MU,
Aku bersyukur atas segala rahmat-MU,
Engkau mentakdirkan kebahgiaan dan ketenangan hati buatku,
Walau berat mata yang memandang,
Aku masih mampu tersenyum, ketawa, dan gembira,
Walau seketika aku kalah pada dugaan-MU...
Aku pasrah dan redha setiap yang Engkau takdirkan..
Aku tahu....
Engkau tidak mentakdirkan sesuatu itu dengan sia-sia...
Engkau ciptakan sesuatu yang manis di sebalik kepahitan...
Rasa bersyukur tak terhingga buat-MU,
Janganlah pula lekakan aku pada perkara yang melalaikan,
Hati sentiasa berbisik, aku terpegun pada takdir-MU...
Terima kasih ku panjatkan kesyukuran....
Moga segalanya di dalam redha-MU...
Kekalkan aku pada tarbiyah dan ikatan ukhwah sesama insan2 yang kusayangi....
Bakal suamiku....
Jadilah mujahid sejati...
Yang sentiasa membawaku ke pintu syurga...
Membawa aku ke dalam redhaNYA...
Jika ujian datang menjelma,
Kembalilah berfikir sejenak,
Segala yang datang, hanya dariNYA,
Kerana cinta-NYA membahagiakan,
Kerana Dia kita bertemu...
Didiklah aku yang lemah ini menuju redha ILAHI...
Moga teguh di pintu jihad...
Mengharap cinta dan kasih ILAHI...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment