Monday, May 19, 2014

Wednesday, May 7, 2014

kETENANGAN

Alhamdulillah....ketenangan kembali menerjah. Itu bermakna Allah bersamaku...alhamdulillah. Yang aku harapkan hanya pada Allah. Kerana Dialah yg menentukan segalanya. Ketenangan adalah suatu perkara yang amat berharga. Sukar utk digambarkan dan diperkatakan. Betullah apa yang disyariatkan.,,,,jika kita sentiasa ingat pd Allah, hidup dilandasan Allah, hati akan sentiasa tenang shj. Tak percaya, lakukanlah. Ianya pasti. Itu adalah janji Allah.

Dalam hati ini, hanya Allah shj yg tahu. Jiwa tak. Oleh berkata-kata, hati tak boleh menjerit, dan muka tidak boleh menipu. Segalanya adalah dari Allah juga. 

Buat anak didikku, jadilah anak yg baik, yangsoleh dan solehah. Moga ilmu yg diberikan bermanfaat utkmu...

Buat anakku....ummi sayang kamu dunia akhirat. Adiklah penyejuk ht ummi....rindu dini selalu^^

Saturday, May 3, 2014

HATI INI ALLAH SAHAJA YANG TAHU

Tuhan...ku bersujud hanyalah padaMu yang tahu segalanya...
Kadang-kala keadaan yang mengajar kita utk bertindak dan berubah. Hanya Allah sahaja yang tahu atas segalanya.... Dalam minggu ini, hati ini memang tidak tenang. Memang Allah sangat-sangat mengujiku. Benarlah apa yang di kata, berbuat baik berpada-pada. Tapi tak mengapalah. Aku redha. Ada ketika, aku memandang anakku, sambil menyatakan "dini....ummi sedih".... Sambil aku menangis depan ankku. Dini seolah-olah memahami lalu memelukku. Aku faham apa yang Dini katakan utkku..." Sabar ummi, sabar...Allah ada bersama kita".

Memang Allah mengujiku. Aku tidak sangka, mudahnya hati seorang kawan berubah dan memfitnahku. Tanggungjawab yang diberikan, yang sepatutnya dipikul bersama, hanya di atas bahuku seorang. Aku berkorban utk tinggalkan ankku utk tanggungjawabku, kenapa mudahnya dia melepaskan hanya padaku. Dengan nak interview SPP lagi pd waktu tu. Hanya Allah sahaja yang tahu. Fitnah yang di bawa.... Ya Allah, aku redha. Semua ini membuatkan aku kuat. Aku serik utk percaya. Insan yang selalu berkongsi masalah denganku, sampai masa aku ditindas dan di fitnah. Tak mengapa, aku redha. Mungkin mereka anggap aku lemah. Tapi tidak. Sampai masanya aku bertindak sehingga seorang hamba Allah yang baik dengan ku thumbs up demganku.

Maaf sangat wahai semua. Inilah saya. Memang saya nampak lembut, tetapi ketegasan sy jangan di cabar. Berbaliklah pada falsafah pendidikan islam. Apa tanggungjawab kita sebagai pendidik. Terpulanglah pada masing-masing. Sebab masing -masing da matang. Boleh berfikir dengan waras. Terima kasih kepada semua krn membuat sy sedar.

Ya allah...
Moga interview SPP ku lulus dan inilah yang terakhir yang aku mampu buat. Dan inilah kerjaya sebagai pendidik agama yang aku inginkan. Dengan menjadi seorang Ustazahlah, diriku terjaga dan aku terasa dipelihara olehMu. Bersyukur sangat padaMu ya Allah kerana menyelamatkan pada duniawi semata.

Dini.....abang.....
Doakan ummi ya. Ummi redha ummi di aniaya dan difitnah. Biarlah aku hina dimata manusia yang menfitnah, tetapi aku tidak hina di mata Allah. 

Ya Allah, perkenankan doaku...ameeen....

Sunday, April 20, 2014

WANITA SYURGA BIDADARI DUNIA


Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah..
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa
Laksana surga di dunia
Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Ketangguhan dirimu yang terbingkai solehah
Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa
Sejukmu mententeramkan jiwa

Engkau wanita syurga 
bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga
bak permata berharga
berbinar indah dalam kesucian jiwa


Tuesday, April 15, 2014

MENANTI DETIK

Tak tahu nak baca apa ya utk interview SPP ni....macam banyak benda yang perlu di baca. Habis da ustaz observe. Memang sje minta ustaz habiskan awal. Kerana da malas nak fikir da^^. Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar. Ustaz pun baik, semua ok. Takde rasa stress langsung dlm praktikum ni. Buat macam biasa sahaja. Seronok mengajar. Seriously...sgt seronok.
Moga Allah permudahkan segala urusankan pada masakini dan masa akan datang. 
Ni tgh duk tunggu masa nak ke surau sempat lagi titipkan memori di sini. Rindunya pada si kecit ummi yang di rumah tu. Makan weetameal jgn lupa ummi ya. Ummi suka weetameal. Dini pun ikut ummi juga ya^^....hihi....

Ummi sekarang ni tgh berpuasa...hihi...alhamdulillah rezeki Dini sentiasa ada. Dini masih breastfeed...rezeki dini murah. Allah memperkenankan doa ummi. Banyak ummi nak kena ganti^^. Maklumlah, ummi kan berpantang di dalam bulan puasa. Rindu sgt ummi pada dini...Semalam ummi balik, dini peluk ummi kuat-kuat. Taknak lepas.... So comel anak ummi ni tau. Adik adalah ahli syurga. Kupu-kupu syurga.

Alahai rindu sgt dgn anak ummi ni. Teringat lesung pipit adik yg same macam ummi ni....you are so cute my little princess...ummi love u so much honey.... Be a good girl ya. Muslimah solehah...seorang yang hafizah ya...amin...,

Monday, April 14, 2014

MENGEJAR KESEMPURNAAN

Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah swt ini.....
Tatkala aku sedang bersendirian, aku tersedar bahawa terlalu byk nikmat yg telah Allah berikan kepadaku. Syukur alhamdulillah...
SemAkin hari aku cuba utk menjadi yg sempurna baik sebagai seorang ummi, isteri , anak dan juga sebagai hambaMu ya Allah. 
Aku perlu kuat utk istiqomah dijalanMu... Perlu ada pengorbanan dan pelbagai lagi. Buat yg di luar sana, tidak salah utk menjadi yg sempurna kerAna kt mmg tidak sempurna. Tidak salah nak jadi baik, kerana itulah jalan yg patut kita susuri. Kisah silam itu biarkan berlalu...biarkan ia bernoktah di situ. Kita tidak kuat, tp krn Allah kita kuat... Segalanya dengan Allah swt.
Dalam sibuk jari jemariku menari di ipad, anak dan suami sedang lena diulit mimpi. Sungguh kasihnya aku pd dua insan ini. ya allah, kekalkan kami hingga ke syurga firdausiMu.amin

Thursday, April 10, 2014

TINTAHATIKU

Pada waktu kini, di kala insan sedang lena dibuai mimpi indah, aku masih berjaga. Setelah menyiapkan semua kerja-kerja rumah, tenang rasanya melihat wajah si anak dan si ayahnya. Rindu bertamu walaupun dekat di mata. Semakin hari semakin rindu. Kadang-kala tu... Gi kerja sahaja pun..rindu hanya Allah yg tahu. Sentiasa kudoakan agar terlindung di dlm rahmatMu.

Ya Allah, jgnlah Kau palingkan hagi kami dr lalai mengingatiMu. Peliharalah kasih sayang kami hingga ke syurga abadi. melihat keletah si anak....masha'allah...comel sungguh kupu-kupu syurga ini... Walau kadang kala sayang ummi ni bad mood....sayang ummi ni tetap comel.

Semalam.....
Aku perasan yg suamiku merenungku lama dgn genangan air mata.Aku tdk tahu mngapa. Saje kutidak memandang wajahnya krn aku takut...aku yg akn menangis....

Kenapa abg?......
Insyaallah, sayang abg ni kuat. Allah bg sakit sbb Allah sayang.Moga syg xleka, x lalai. Jgn risau...sikit shj....abg kan kuat...jd kuatkan syg jg^^...

Tinta hati ini akn tercoret utk diabadikan untuk yg tersayang....

Friday, January 31, 2014

KASIH

Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah swt ini. Buat anak ummi yang ummi sayang sgt, terima kasih hadir dalam hidup ummi. Ummi sayang sgt pada Dini. Dunia akhirat ummi sayang dini.
Buat suami tersayang, dalam ht ini hanya Allah swt shj yang mengetahui kasih sayangku padamu. Saban hari aku kan tetap menanti kepulanganmu dari kerja. Setiap waktu teramat rindu padamu. Memandang wajah ank kita, teringat kan kamu. 
Terima kasih juga kerna menikahiku. Alhamdulillah, kita bahagia.moga kekal hingga ke syurga abadi. Dini sayang ummi, jadilah anak yang solehah. Yang beriman, yang sentiasa menyebut kalimah Allah setiap masa. Ummi ayah sayang dini dunia akhirat.

Kasih yang Kau telah berikan ini, amat kuhargai sebagai hambaMu. Alhamdulillah, segalanya punya hikmah. Setiap ketentuanMu aku redha. Kerana ini yang terbaik buatku.

Peliharalah insan yang amat kusayangi ini di dalam redha dan rahmatMu ya Allah. Satukan kami juga di syurgamu nanti. 
Amin
Alhamdulillah....

Wednesday, January 15, 2014

KASIH SAYANG YANG TIADA TANDINGAN

Saban hari aku lalui hidup ini dengan dikelilingi yg amat kusayangi dan juga yang menyayangiku. Walau berenggang seketika, aku pasti rindu yang teramat sangat hingga menitis airmata. Segalanya terjadi dengan izin Allah swt. Ihdini Nurullah...dialah permata hatiku dan suami. Bila kulihat ke dalam matanya....ya Allah, sayang sangat aku padanya. Aku renung ke dalam matanya....oh anakku, wahai ahli syurga...terima kasih kerana hadir dlm hidup ummi dan ayah sayang.

Aku berharap, setiap apa yang aku lalui hari-hari dan yang akan aku lalui, ia tidak mengabaikan tanggungjawabku sebagai seorg ibu dan juga isteri. Aku ingin masuk ke syurga bersama insan yang aku sayangi. Aku juga tidak sanggup kehilangan insan yang amat ku sayangi. Hadirmu suami dan juga anak, adalah pelengkap hidupku. Yang mmg aku harapkan aku akan berrgelar ibu dan juga isteri.

"Masuklah wanita di mana-mana pintu syurga selagi dia melakukan solat lima waktu dan taat kepada suaminya"

Maafkan segala kekurangan ummi , dini. Maafkan segala kekurangan syg abg. Dini adalah hadiah yang amat berharga buat syg. Sayang Dini dan abg dunia akhirat. Moga kasih sayang kita berpanjangan hingga ke syurga.amin.....

Friday, January 3, 2014

BEGITU INDAH BERSAMAMU ANAKKU

Dalam hati ini hanya Allah swt sahaja yg tahu perasaan ummi terhadap Dini.Setiap mlm pasti ummi rindu sgt dgn dini.Sampaikan ummi peluk baju dini. Bila doctor kata...chicken pox ummi da kering dan takkan berjangkit dgn org,ummi lega sgt. Bagi ummi...itulah peluamg ummi utk nak bersama dengan dini...tapi......ummi sedih. Tak apelah...biar ummi simpan je dlm hati.

Ade masa ummi cerita dgn dini face to face ya.ummi sayang dini tau.ummi sayang dini sangat-sangat. Allah je yg tahu sayangnya ummi pd dini. Org lain mmg takkan dapat rasa apa yg ummi rasa dini. ummi yang mengandungkan dini...ummi yang bersama dengan dini sentiasa. Kalau ummi sedih...dini tahu...tiada apa yg ummi rahsiakan dari dini. Trust me.

Dini....
Ummi ayah sayang dini. Takkan ade siapa yg boleh pisahkan kita kecuali Allah..... Ummi akan sentiasa bersama dini....





Monday, December 30, 2013

UMMI RINDU DINI



Ummi rindu Dini sangat-sangat. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ummi rasa. Sewaktu jari-jemari ini menari di atas keyboard, airmataku bergenang menunggu jatuh. Terasa rindu sangat dengan anak ummi ni. Allah uji kita Dini. Ummi tak sihat. Ummi lakukan ini, kerana ummi sayangkan Dini sangat-sangat. Kalau Dini nak merajuk dengan Ummi pun tak mengapalah, pabila Dini besar nanti, Dini da pandai membaca, Dini boleh baca warkah dari Ummi ni utk anak Ummi yang sangat ummi sayang.

Bila Ummi rindu, ummi tengok gambar Dini. Pagi tadi, Ummi tak tahan rindu sangat dengan Dini, Ummi menangis juga. Ummi sayang Dini. Dunia akhirat Ummi sayang Dini. Teringat ummi selalu kata pada Dini, sambil Ummi tarik tangan Dini, "Dalam hati Dini ada ummi & ayah. Dalam hati Ummi ada ayah dan Dini".

Dini masih ingat kan. Doaka ummi cepat sembuh ya sayang. Ummi tak sabar nak tidur dengan Dini...Ummi rindu Dini... Warkah ini hanya untuk Dini anakku...

Thursday, June 20, 2013

LAHIRNYA PUTERI HATI KAMI ~IHDINI NURULLAH~

Assalamualaikum wbt....

Sangat lama rasanya tak update blog. Sejak sibuk dengan kelas.....
Tanggal 27 Rejab 1434h... bersamaan dengan 6hb Jun 2013 lahirnya puteri hatiku ....
Yang sepatutnya puteri ku lahir pada 18 Jun 2013....

Segalanya bermula....
Dini...anak ummi.... ummi gi kelas di Maktab seperti biasa...Walaupun kadang-kala ummi rasa kurang selesa, ummi diamkan....Setiap hari ummi berdoa agar Dini sihat dan selamat lahir ke dunia. Bila setiap kali org tanye, bila nak bersalin, ummi jawab ni tengah tunggu hari je ni... Ada yang tanya, "nt macamane exam?"... bila sampai part soalan tu, ummi jadi stress. Ummi jawab " Apa yang terbaik dr Allah lah, yang penting baby selamat"... itu je yang mampu ummi jawab... Kadang-kadang ummi naik geram bila org selalu tanya... Ummi jadi stress... 

Ummi berulang dari rumah ke maktab. Ayah tak bagi ummi duk hostel dan lagipun ummi tanak...Ummi tak boleh berjauhan dengan ayah...^^... Stiap hari ummi akan bercakap dengan Dini...Ummi selalu cakap..."anakku, lahir dengan selamat ya, cukup sifat, kuat imanmu, jd insan yang solehah"... Sambil jalan sorang-sorang kat maktab tu ummi selalu cakap dengan Dini...

Ayah, setiap hari tanya ummi, bila baby nak keluar. Tak sabar nak tengok die.... Ummi selalu jawab "esok"... Setiap hari ayah tanye, ummi jawab esok...hihi... Ummi dah x fikir xm dah. Yang ummi fikir cuma anak ummi ni... Ummi sayang Dini... Sangat-sangat...kerana Allah sayang....

Pada 5 Jun 2013...
Ummi habis kelas da lewat...Ayah macam biasa jemput ummi...Malam tu ummi da rasa lain macam. Tak seperti biasa...Tak sakit, cuma tak seperti biasa je. Ummi banyak mendiamkan diri... Ayah perasan ummi diam je tak banyak cakap sepanjang balik ke rumah... Ayah tanya... "knp diam je ni, sayang tak banyak cakap malam ni"... itu lah ayah asyik tanye ummi...

Malam tu ummi tak dapat tido sangat. Tak tahu knp...

6 Jun 2013
Esok paginya pun ummi bangun awal. Ayah tengah mandi, ummi da bangun....Ayah pun terkejut ummi da bangun awal. Pagi tu pun ummi tak banyak cakap sepanjang perjalanan. Ayah da mula risaukan ummi...Ayah asyik tanya "sayang ok?" ummi jawab... "sayang ok".... "tapi sayang diam je knp?" ayah tanye... "xda pape la abang...syg ok je"....ayah da risau dah...

Pagi tu seperti biasa, ayah hantar ummi sampai ke kelas...ummi diam je tak banyak cakap....Ummi belajar macam biasa sampai pukul 10 pagi...Ummi mesej mak, minta pendapat...ayah pula duk email ummi sentiasa risaukan ummi... Habis je kelas pukul 10 tu, ummi keluar kelas. Ummi minta ayah jemput. Ummi x sedap ht sebab macam lain macam je. Tapi x sakit langsung pun. Sepanjang minggu interaksi tu, ummi duk menghafal surah Al-Insan ... Sambil-sambil ummi hafal, ummi usap-usap perut ummi, nak baby dengar sekali....

Ayah cepat-cepat datang dari ofis bila ummi cakap nak gi hospital. Ayah sangat risau. Ummi kata... "abang, xyah bawa laju-laju....sayang x sakit lagi...ok lagi"... Ayah kembali ok...
Sampai je di Hospital Damai... Doctor cek...Rupanya dah 3cm bukaan jalan....Ummi tak rasa sakit pun. Ummi sempat lagi gi makan...dan baru masuk wad. Memang ummi takde tanda pun....Mak pun pelik...

Ummi masuk wad dalam pukul 1 tengah hari... Duk di wad, ayah teman sepanjang tu. Doctor datang selepas Asar tengok ummi... Bila nurse cek jalan, dah buka lagi.... tapi air ketuban tak pecah lagi...Nurse cek, Dini macam dah yak sikit dalam perut ummi.... Tu yang Doctor pecahkan air ketuban....Banyak sangat air....Tapi darah tak keluar...

Dalam pukul 5 lebih, baru contraction mula datang...Sakitnya contraction tu hanya Allah yg tahu... Tapi ummi masih mampu tahan lagi...Tangan ayah ummi tak lepaskan. Setiap kali contraction ummi genggam tangan ayah kuat-kuat...Pukul 6 lebih je, dah tolak masuk bilik bersalin... Masa tu contaction makin kerap....Ummi amalkan zikir Lailahailla anta, Subhanaka inni kuntuminazzolimin.... dan ummi baca ayat kursi berulang kali... Selepas sahaja azan Maghrib, Ummi dah tak tahan dah...Dah tiba masanya utk Dini keluar....

Bila contraction da makin teruk, ummi da tak tahan nak Dini keluar...Ayah terus panggil doctor, dan ummi diminta push...Sepanjang menunggu kelahiran Dini, ayah sentiasa di sisi ummi memberi semangat. ayah seorang yg mabuk darah, tapi sewaktu ayah temankan ummi melahirkan Dini, ayah sangat kuat bg semangat. Masa melahirkan Dini, alhamdulillah ummi memang tak rasa sakit...Cuma nafas ummi tak panjang. Ummi tak lunch. Ummi takde tenaga. Ummi sempat minta segelas air pada nurse....
  
Doctor minta ummi curi nafas, sbb ummi mmg lemah...Masa nafas yang terakhir tu, memang sehabis nafas ummi lepaskan...tepat 8.02pm, tiba-tiba dengar tangisan Dini...Ummi ingat lagi yang ummi tersenyum melihat Dini... Doctor terus letak Dini atas dada ummi. Ummi usap pipi Dini....Ayah pun usap...ayah gembira tak terkata dengan penuh syukur...Sewaktu Dini selamat dilahirkan, azan pun berkumandang. Nurse on kan azan tanda baby da lahir dgn selamat... Syukur alhamdulillah...

Dini jangan risau, semua perempuan yang menyambut dini bersama ayah^^

Ummi sayang Dini sangat2....Ayah pun.....
Inilah puteri hati kami...

 IHDINI NURULLAH BINTI MOHD ZAFRI....


Thursday, April 25, 2013

CINTA KASIH

Alhamdulillah......
KASIH sayang yang bertaut di antara kami Tetap utuh sehingga sekarang. Semakin hari semakin rindu.bersyukur atas segala anugerah driNya.Sambil tulis ni baby pun menendang-nendang.sgt comel.
Kehadiranmu Wahai anak membahagiakan dan melengkapkan KASIH sayang antara ummi dan ayah. Tak sabar Akan kehadiranmu....inilah CINTA KASIH ummi dan ayah....
Setiap mlm ayah memperdengarkan ayat al-Quran utkmu anakku.....respon darimu Wahai anak membuat kami terasa kehadiranmu....moga CINTA KASIH yg bertaut ini kekal ke syurga abadi.....Amin

Friday, April 12, 2013

OUR BABY^^

 Eeeee.....
Semalam...duk sorang-sorang lepas isya, sementara menunggu suami tercinta balik, tiba-tiba macam ade bonggol kecik terbonjol tibe-tibe tepi perut ni, saye tahu tu ape. Naluri ibu mngatakan itu tangan baby...hihi...
Nak main-main ya...tangkap tangan comel tu nt baru tau...geram je rasa. Terkejut ummi baby nih tau.
Kalau ayah nengok, mesti ayah terkujut.... Tak habis lagi beli barang baby...Nanti nak sambung beli kat Tangkak plak. Wan banyak belikan barang baby....Wan dan Tok sayang baby. Tak sabar nak tunggu kelahiran baby...Semangat wan.... Ni ummi selalu nengok perkembangan baby....jadinya ayah, boleh baca di bawah ni ya...Nt kite main suluh-suluh lagi ya^^....
From Baby Centre:

Paru-paru bayi anda dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi anda mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan beratnya sampai masa dia dilahirkan.

Pada minggu ini, bayi anda terus menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya.


Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan -
bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan gambaran perkembangan ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata.

Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan
sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda.


Tuesday, April 2, 2013

SAYANG & KASIH

Salam'alaik....


semalam gi check up....scan sekali...cumel nye ummi tengok die...nampak jelas kaki dan tangannya...jari-jari die pun nampak. Baby ni pemalu...berat baby dah 1.3kg...ikutkan 29 minggu ni 1.1kg, tp berat baby lebih. alhamdulillah, maknanya baby sihat walafiat. suke ummi nengok baby...rasa nak nangis je... tu nampak...kepala ke bawah...kaki atas....eeeee comel

Then semalam gi consult di tempat yg ummi pilih utk bersalin nt. alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Takut pun ada ni...ummi mengumpul kekuatan ni....moga dipermudahkan segala urusan....amin ya rob...

Sekarang ni ummi sibuk buat assignment...Banyak sangat assignment...Tak terlarat ummi. Baca-baca tertido....tringat zaman-zaman belajar ummi dulu. Insya'allah weekend ni ummi nak g library...baby sentiasa teman ummi. ayah pun same. kalau ayah keje, ayah teman juga, ayah teman kite dalam hati....jadinya kite takleh lasak-lasak, nt ayah tahu^^...hihi

Seronok lihat dan tahu perkembangan baby...Kuasa Allah itu sangat menakjubkan. Kalau tiba-tiba ummi rasa sedih, cepat-cepat ummi ingat DIA. Dialah yang mencipta segalanya...nt hati ummi akan tenang...kalau menangis yg boleh menenangkan, ummi nangeslah...tak malunya ummi nak nangis depan ayah ke....cumanya....org lelaki je ni malu nak nangis depan perempuan...hihi...ego...marah ayah nt....
nt tulis lagi...nak sambung buat assignment yg tak siap ni...hihi