Kadang-kala keadaan yang mengajar kita utk bertindak dan berubah. Hanya Allah sahaja yang tahu atas segalanya.... Dalam minggu ini, hati ini memang tidak tenang. Memang Allah sangat-sangat mengujiku. Benarlah apa yang di kata, berbuat baik berpada-pada. Tapi tak mengapalah. Aku redha. Ada ketika, aku memandang anakku, sambil menyatakan "dini....ummi sedih".... Sambil aku menangis depan ankku. Dini seolah-olah memahami lalu memelukku. Aku faham apa yang Dini katakan utkku..." Sabar ummi, sabar...Allah ada bersama kita".
Memang Allah mengujiku. Aku tidak sangka, mudahnya hati seorang kawan berubah dan memfitnahku. Tanggungjawab yang diberikan, yang sepatutnya dipikul bersama, hanya di atas bahuku seorang. Aku berkorban utk tinggalkan ankku utk tanggungjawabku, kenapa mudahnya dia melepaskan hanya padaku. Dengan nak interview SPP lagi pd waktu tu. Hanya Allah sahaja yang tahu. Fitnah yang di bawa.... Ya Allah, aku redha. Semua ini membuatkan aku kuat. Aku serik utk percaya. Insan yang selalu berkongsi masalah denganku, sampai masa aku ditindas dan di fitnah. Tak mengapa, aku redha. Mungkin mereka anggap aku lemah. Tapi tidak. Sampai masanya aku bertindak sehingga seorang hamba Allah yang baik dengan ku thumbs up demganku.
Maaf sangat wahai semua. Inilah saya. Memang saya nampak lembut, tetapi ketegasan sy jangan di cabar. Berbaliklah pada falsafah pendidikan islam. Apa tanggungjawab kita sebagai pendidik. Terpulanglah pada masing-masing. Sebab masing -masing da matang. Boleh berfikir dengan waras. Terima kasih kepada semua krn membuat sy sedar.
Ya allah...
Moga interview SPP ku lulus dan inilah yang terakhir yang aku mampu buat. Dan inilah kerjaya sebagai pendidik agama yang aku inginkan. Dengan menjadi seorang Ustazahlah, diriku terjaga dan aku terasa dipelihara olehMu. Bersyukur sangat padaMu ya Allah kerana menyelamatkan pada duniawi semata.
Dini.....abang.....
Doakan ummi ya. Ummi redha ummi di aniaya dan difitnah. Biarlah aku hina dimata manusia yang menfitnah, tetapi aku tidak hina di mata Allah.
Ya Allah, perkenankan doaku...ameeen....

No comments:
Post a Comment