Wednesday, July 27, 2011

SELAMA MENYEPI



Kadang-kadang tak tahu ape yang difikirkan....tak sihat sangat...penat, letih....banyak keje?Banyak juga, tapi buat aje....Banyak cerita yang terlakar....

memikirkan masa depan....pakah yang bakal dilalui.... Risau orang yang disayangi sakit...tapi saye pun tak sihat....^^. kenelah cucuk ambil darah di hospital..emm....Kifarah....



Dalam memikirkan.....ade yang sudi menemani....



Kite same-same tengok keindahan alam....jalan-jalan tepi tasik sambil menyihatkan badan....seronok dan tenang menghayati keindahan alam. tak dapat tengok matahari terbenam, dapat lah juga tengok matahari nak meninggi....terima kasyi....^^

Berehat utk recover yang tak sihat... Dan alhamdulillah beransur pulih...Moga cepat sembuh ya...syafakillah....

Thursday, June 30, 2011

CERIA ~ SENYUM^^


Hidup ini terlalu singkat utk kite melakar kesedihan. Jadinya, kite perlulah ceria dan gembira selalu. Senyum selalu. Senyum itu mudah, tapi tak semua anggap ia mudah. Kan?^^....

Senyum seindah suria,
Yang membawa cahaya,
Senyumlah hari-hari,
Ceriamu bersemi,
Senyum umpama impian,
Dalam kehidupan,
Kau tersenyum,
Ku tersenyum
Kemesraan terjalin...

Susahke nak senyum? senang kan? hihi... tak kene bayar pun kan? hehe.... Cuba kite happy kan jiwa dan hati kita. Tengok langit, luas tak? aman tak? tengok burung, ceria tak mereka bercerita... Tengok ikan di akuarium...menari-nari tak mereka di dalam akuarium itu.... Cuba tengok people senyum... cantik tak wajah?
Kalau orang tamau senyum...tarik dua-dua belah hujng mulut die....hihi...(jangan buat, nanti kene marah pulak)...



Hidup ini terlalu singkat utk kite bersedih, berduka, menangis.... Jadinya gembiralah selalu. Doa selalu. Tanda kehambaan kita pada Allah swt. Kalau kite tak dapat ape yang kita target,nak, harapkan, ucapkanlah alhamdulillah juga. katakan pada hati... "ini jalan terbaik dari-MU untukku". Maka dengan itu, kita akan sentiasa bersyukur dan gembira selalu dalam menjalani hari-hari mendatang. Bila kita mensyukuri segala nikmatNYA, hati pasti tenang, dan senyuman pun akan mudah terukir. try lah^^....


Setiap hari, lakukan at least 3 perkara baik dalam hidup kite. Buatlah ape pun, janji amalan yang baik. Basahkan lidah dengan astagfirullah dan berselawat pada Nabi kita Muhammad saw. Jangan jemu utk sentiasa bertaubat padaNYA. Kite sering melakukan kesilapan, itu tanda kita sebagai manusia. Dan jika taubat tak jemu mengiringi, itu rasa kehambaan kita pada-NYA....^^

wallahu'alam...

Tuesday, June 28, 2011

GADIS ITU


Gadis solehah,
gadis itu wajahnya BERONA NUR IMAN .
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN....
Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN...
Dialah puteri indah RUPAWAN...
tika gadis lain sibuk menghiasi diri,
dia hias NUR ILAHI pada WAJAHnya...
gadis itu seperti MAWAR BERDURI,
indah di pandang namun sukar DIPEGANG...
mulianya kerana KETAQWAAN,
cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA ...
kerana itulah dikatakan dialah GADIS SOLEHAH.....

BILA TAKDIR BERBICARA


"Bila takdir berbicara, lidah kelu tidak terkata. Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui setiap kehendak hamba-NYA. Tarbiyah-NYA penuh hikmah.
Bila hati tawakal pada-NYA, ketenangan pasti menyinggah. Tersentuh akan nikmat kasih-NYA pada diri. Katakan pada hati, segalanya punya hikmah yang telah cantik di susun -NYA.  Senyum lah selalu walau di uji, walau hati rasa tak mampu dengan ujian. Kita perlukan-NYA lebih dari segala-galanya. Di mana DIA di hatiku? Carilah DIA disetiap langkah....."

Ya Allah, dalam langkahku, pasti ada kesilapan yang aku sendiri tidak sedari... ampunilah daku. Sucikan hatiku dalam menjadi hamba-MU. Bicara hati ini sering utkku luahkan pada-MU. Cukup bagiku diKAU memahami diriku, mendengar segala yang tersembunyi di lubuk hati kecilku ini.

Dalam samar, dalam kelam, aku mencari-MU. Dalam malam yang kesepian, yang gelita, aku masih tetap mencari-MU. Aku cumalah insan yang hina dan kerdil. Lahirku  ke dunia ini dengan kekurangan. Dan hidupku, nadiku, nafasku, degupan jantungku sempurna pabila aku merasai diKAU disisiku.

Pabila hati tak mampu berbicara, airmata hampir gugur, 'warkah cinta dari-MU' ku capai. Ku amati bait2 kata-MU. Ketenangan mula menyinggah... Sungguh lembut sentuhan-MU pada hatiku. Maafkan aku andai cintaku pada-MU tercalar. Tuntunlah langkahku. Teguhkan cintaku pada-Mu ketika ENGKAU memberiku cinta.  tetapkan cintaku pada-MU dalam aku menantinya...

Terasa agungnya kasih-MU. ya Allah.... berilah aku kekuatan yang membuahkan kerendahan diri. aku masih setia mengemis di jendela ini...terus mencari wajah diri...menadah keampunan ILAHI....

Monday, June 27, 2011

KELUARGA BAHAGIA~BOWLING @ DA CURVE

Alhamdulillah.... senyuman masih dapat ku ukirkan di wajah ini. Wajah ciptaan-MU. ketidak terbatasan cinta-MU pada hamba-MU ini. Emm... seronok dapat meluangkan masa bersama family... Terima kasih sebab melayani seperti anak sendiri^^. Alhamdulillah, suka hati ini melihat senyuman setiap wajah. Seronok. Memori itu akan tetap bersinar di dalam hati kecit ni dan terlakar di tintahati ini....

Kakak, terima kasih sebab belanja main bowling. Seronok bersama family. Pelbagai mimik muka boleh dirakam. Gud Luck kakak for tuonament bowling ^^. Semoga berjaya....

Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan nikmat yang amat bernilai ini... sesungguhnya aku mengerti setiap yang diKAU jadikan punya lakaran hikmah dari-MU yang tersembunyi. Bahagia itu bermakna pabila sesudah kesulitan dan ujian dari-MU....

Dan hari ini, buku yang ku cari selama ini..... 'Dari Penjara Taliban Menuju Iman'.terima kasih ya^^. Syukran jazilan....

Dalam telinga, terngiang-ngiang kata-kata ini.....

"tawakal kepada ILAHI....terutama mengenai rezeki...tanpa ragu-ragu,walaupun sedikit,ada jaminan pembelaan dari-NYA.
Bila taqwa pakaian kita, urusan kita dimudahkan-NYA..."


Buat diriku dan semua, bersabarlah dengan setiap ujian. Janganlah meragui kasih sayang Allah. Hari ini, hati kecit ini tersentuh oleh-MU ya allah. Tersentuh sangat. Tiupkan hati-hati ini utk lebih mencintai-MU....

Thursday, June 23, 2011

MALAM ITU....

Alhamdulillah….
Setiap hari yang kulalui ku jalaninya dengan penuh kesyukuran pada-MU. Percaya pada hati bahawa setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. Di malam yang sepi, usai sejadah itu kucium dan kusujud, terpaku ku sendirian mengenang memori silamku. Ujian yang kulaui amat perit sekali. Dalam tenungan silamku, aku tersenyum buat diriku… akhirnya aku berjaya menempuh semuanya atas kekuatan cinta dan beriman kepada Allah swt. Kasih sayang Allah dapat kurasai di saat ujian itu datang.

Deraian airmata tidak terkira. Di suatu malam….panggilan telefon dari seseorang….

Dengan tak sengaja, aku menangis… terluah segala yang terbuku di hati….

“ain jangan nangis, Allah sayang Ain. Allah uji sebab DIA sayang sangat pada Ain. Ain insan terpilih di sisinya. Mungkin saya tak rasa ape yang Ain rasa, tapi saya akan sentiasa bersama selamanya dan mendoakan Ain”

Linangan airmata itu, gugur dan gugur dengan derasnya.

“terima kasih awak…. Insya’Allah Ain akan kuat”

Tak mampu utkku meluahkan bicara. Moga kita bersama di syurga abadi....

Moga bersam-sama tegar mencari setitis cinta ILAHI.

Ya Allah….malam ini…aku redha dengan ujian dan bebanan yang telah Engkau berikan padaku. Jikalau tiada ujian seberat itu, mungkin tidak terkesan kasih sayang-MU pada hamba-MU yang hina ini. Sejadah itu kulihat, masih lagi terbentang di situ. Dialah penemanku setiap masa di saat aku bertemu dengan-MU.

Segenap sudut bilikku, kuperhatikan…. Merekalah menjadi saksi aku berbicara dengan-MU. Sungguh sunyi rasanya jika hidup tanpa-MU. Di-KAU selalu memujuk hatiku dengan warkah cinta-MU. Pabila kegundahan datang bertandang, ayat-ayat cinta-MU menyentuh hatiku. Aku tenang dengan pujukan-MU.

Ya Allah, syukurku pada setiap anugerah-MU. Anugerah yang hadir di setiap ujian. Kita takkan sedar akan sesuatu itu jika tiada ujian di sisi….

Tuesday, June 21, 2011

SYUKUR ALHAMDULILLAH…HARI INI BEGITU INDAH

Janganlah diingati kisah silam yang menyakitkan....bukalah lembaran baru,tutup buku lame rapat-rapat. Masa lalu dan kebimbangan akan memberi kesan pada hari ini. Hilangkahlah kedukaan lalu, ukirlah senyuman di wajah. manfaatkan hari ini seolah-olah kita tidak akan bertemu esok hari.

Janganlah bertangguh utk bertaubat. Kerana kita belum pasti yang kita akan hidup pada esok harinya atau tidak. Hidup adalah perubahan yang tak henti-henti. Buka lembaran baru dengan tekad dan azam yang baru. setiap hari adalah kehidupan yang baru. Jangan mengabaikan hari ini kerana hari ini adalah hari bahagia buat kita. Bersyukurlah dengan anugerah ILAHI.

Hargailah setiap anugerah-NYA. yang kita tidak tahu adakah esok kita masih dapat merasai anugerah-NYA atau tidak. Itulah nikmat mengingati mati. Kita akan sentiasa menghargai setiap yang terjadi dalam hidup kita ini.

Masa lalu adalah kelmarin yang telah mati. Kita sentiasa akan merasa bahagia jika kita sentiasa berfikiran baik. Semua manusia pernah melakukan kesilapan. Dan jangan diingati kesilapan lalu utk kita mengukir sebuah kebahagiaan hari ini. Yang lalu, biarkan berlalu. Yang dinikmati, hadapinya dengan penuh syukur dan rasa kehambaan pada-NYA.

Sunday, June 19, 2011

MAVIMARMARA

Alhamdulillah...
sungguh seronok gi MPH semalam. Tapi......tak dapat buku yang di cari. Dapat buku lain. Best juga.... Dapat buku nih...^^
 alhamdulillah ....hari ni seharian menghabiskan masa membaca buku nih. Eeee jahat sungguh Yahudi ni. Memang patut mereka di benci. Kerana khusyuk sangat membaca, sampai tertito...hehe...

semalam rasa tak puas duk di kedai buku. macam nak duduk lagi lame je...Tapi apakan daya.....pergi satu family...hihi...^^Terima kasyi sebab mencipta kenangan^^....

Moga palestin di dalam lindungan ILAHI. Kami di sini sentiasa mendoakan Palestin-Gaza....
Syahidlah pilihan penduduk Palestin....

Emmm sebenarnya diriku amat menghargai kenangan semalam.... ^^. Terima kasih ya ILAHI.....Moga semuanya di sayang Allah ta'ala....

Wednesday, June 15, 2011

YA ALLAH…KU BERSYUKUR PADA-MU

Tundukku akur akan keagungan-MU ya ILAHI.
Terasa akan kasih sayang-MU padaku….
Begitu banyak nikmat yang KAU berikan padaku…

Ya Allah…
Ku bersyukur pada-Mu kerana menganugerahkan aku sesuatu yang amat bernilai.
Sangat bernilai… Yang tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata.
Penantianku yang penuh makna…
Sujudku hanya mengharap pada-MU.
Airmata ini sentiasa bergenang di saat ku teringatkan akan kasih sayang-Mu padaku…
Begitu besar kasih-Mu padaku….

Ya Allah…
KAU terima doaku….
Kerana setiap saat keyakinanku pada-MU…
Dan sesungguhnya aku mengerti…
Mengapa ENGKAU melambatkan permintaanku…
Kerana KAU mahu mengujiku….
KAU menyayangiku….
Kerana ENGKAU mahu aku merasa manisnya kasih-MU…
Manisnya kasih sayang-MU….
Dan kerana itu aku mengetahui bahawa…
Kasih sayang-MU itu mendahului kemurkaan-MU…

Linangan airmata ini tidak mampu ku tahan….
Agungnya kasih sayang-MU…
Inilah hikmah segala penantianku…
Istiqomahkan kami di jalan-MU…
Tegar mencari cinta-MU…
Amin ya Robbal’alamin

“~Kita ibarat telapak tangan~”

SANAHELWA YA ALIF SAYANG~ 11 JUN

ALIF

Alhamdulillah, Alif dah setahun dah. Time kasyi pak ngah kerana membacakan doa di majlis kenduri kesyukuran sempena hari lahir Alif dan sempena ….In^^. Pesanan pak ngah dan mak ngah akan sentiasa In ingati.

Alif dah pandai jalan.^^. Comel sangat. Suke tenung-tenung orang. Kalau Alif marah, die akan menggigil sambil ketap gigi…hikhik… Cik In suke sangat dengki Alif….Hehe.. jangan marah tau Alif.

Pesan Pak ngah dan semua buat Alif, semoga menjadi anak yang soleh, beriman, dan bertakwa kepada Allah. Alhamdulillah, majlis kenduri berjalan dengan lancar. Sayang Alif….
SAIDATUL

Hihi…Saidatul dah cumel…. Geram jek nak kacau Saidatul tito…. Tapi…. Ibunya marah kacau die tito… Along sayang sangat dengan anaknya… Saidatul suke sangat ketawa dan nak kite bermain dengannya. Baik je… time org sibuk2 kenduri, die baring je diam-diam…. Suaranya je dengar. Geram….sebab comel sangat^^.

Maaflah Saidatul ya kalau Cik In selalu cubit pipi Saidatul.hihi….
Nanti dah beshar sikit, Cik In pakaikan reben kat Saidatul ea….then beshar sikit, pakai tudung cumel…ea….Moga Saidatul jadi anak yang solehah….

Cantik perangai seiring dengan kecantikan wajah yang dianugerah Allah swt. amin


Wednesday, June 8, 2011

DARI PENJARA TALIBAN MENUJU IMAN

Alhamdulillah…hari ini masih dikurniakan nikmat bernafas di muka bumi Allah swt ini. Terasa ingin nak mempunyai buku ini….
Dari Penjara Taliban Menuju Iman

Buku terbaru. Pabila dah baca buku BUMI CINTA, nama itu, seakan sama dengan nama dalam buku ni. Dan tak sabar rasanya nak beli buku ni…. Hidayah takkan datang dengan sendiri, kita yang perlu mencarinya. Selalu ingatkan pada hati kecit ni. Dan kalau ia datang, sekali kita biarkan, ia akan berlalu pergi dan sukar utknya datang semula andai kita tak mencarinya semula.
Hujung minggu ni hari lahir Alif...Dah beshar dah die ya... ^^...Insya'allah nanti kite jumpe ya...Hari tu tak puas main-main dengan Alif.hikhik....

Akan ku cari di mana buku itu terjual. Mesti best. Tak sabar nak beli....hikhik...

Ya Allah, pelihara imanku, ampuni segala dosa-dosaku, tuntunilah langlahku dalam menuju redha-MU...Istiqomahkan aku dalam ibadatku.amin ya Robbal'alamin....


Tuesday, June 7, 2011

ALIF DAH PANDAI JALAN & NAKAL^^


ini dia buah hatiku.... Alif teman sekali gi Hospital Melaka. Teman ayahku....hikhik... mantuk ya? di bahu shaaaape tuh? Tok Mak ya.....comel


Mak zikirkan Alif utk Alif tito...tapi...Alif yang tepuk-tepuk mak...cumelnye alif....Bijak ya....
Kita nak titokan die, die pulak yang tepuk-tepuk kita...At last, Alif mantuk, dan tertito....^^

Nengok ni, muka nakalnye....eeee geram die...peluk teddy bear tanak lepas. Penat cik In tarik....Takpe-takpe, cik In bagi Alif peluk ia puas-puas k....


hikhik, Alif nengok teddy bear... Alif cungkil-cungkil mata die... Ta bagi tuh org lain ambik...Sayang sungguh dekat teddy bear tu.... Alif, itu teddy bear kesayangan Cik In tau. Tapi disebabkan Alif berkenan, Cik In bagi Alif... Sebab.....
Cik In SAYANG Alif .....selamanya

Alif suke minum jus epal....comel
Alif juga muat seliper yang Cik In belikan...comelnye die pakai shiiiiper tu....muat....^^

SYUKUR PADA-MU YA ILAHI ~ 2 Rejab 1432H / 4 JUN 2011

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar. Terima kasih buat semua. Terima kasih kepada yang hadir. Elina, fana, meci, echa .... syukran sebab hadir pada hari tersebut. Yang penuh bermakna. Dah lame kite tak bersua kan? Rindu sangat dengan semua.

Terima kasih buat mak dan ayah, kerana merestui segalanya. Setiap yang terjadi pasti ade hikmah dariNYA yang tersembunyi. Kasih sayang ALLAH mendahului kemurkaanNYA. Percayalah. Terima kasih kakak kerana membuat Red Velvet... Dan pesanan ikhlas buat In. Akan In ingatinya selalu. Dan terima kasih juga kakak kerana menghadiahkan In buku... Sangat bermakna buku itu.

"Menjadi JAUHARI yang mengenal MANIKAM"

Syukur pada Allah swt atas segala perancanganNYA yang Maha halus dan indah.

Tetapkanlah hati kami dalam mencari Redha-MU kerana kami bertemu kerana-MU jua.

Alif...dan Saidatul..... anak buah In, terima kasih kerana keletah kamu berdua menghilangkan penat CiK In kamu ini^^. Sayang Alif dan Saidatul.

"terimalah seadanya"...setiap kekurangan adalah amanah Allah swt buat kita....

Terima kasih pada sebuah kenangan terindah^^

Thursday, June 2, 2011

MOGA REDHA ALLAH BERSINAR SELALU^^

Alhamdulillah,
Esok akan pulang ke kampung bertemu ayah dan bonda tercinta dan tersayang. Dan insya'Allah akan bertemu sahabat2 yang same-same kami menimba ilmu di SMK(A) SHARIFAH RODZIAH, MELAKA dulu. Rindu sangat dekat semua. Dah hampir 7 tahun ade yang tak bersua....

Esok cuti, dan balik kampung. Tapi...kene gi hospital dulu. Teman ayah.....eeee tak sabar nak jumpe Alif...Ade Cik In belikan Alif seliper... Alif kan dah pandai jalan sikit-sikit...Cumel sungguh seliper Alif tau....Rindunya kat teddy bear Cik In ni...^^

Selamat datang pada tarikh 4hb 6 ni^^. Hari keputeraan yang diPertuan Agong....
Moga redha Allah bersinar selalu buat semua...
Tunggu Ain kat hospital sok ea mak, ayah....

Saturday, May 28, 2011

KEKURANGAN ADALAH AMANAH ALLAH SWT BUAT KITA

"Apabila manusia tidak kenal Allah, manusia tidak akan mencintai-NYA.
Apabila manusia tidak kenal Allah, manusia 
tidak akan takut kepada-NYA.
Sedangkan cinta dan takut kpd Allah itu sumber segala kebaikan.
Tanpa cinta Allah, tidak ada cinta sesama manusia...."
 
Alhamdulillah....
Bersyukur kepada Allah swt kerana masih diberikan nikmat bernafas dan berjalan di muka bumi Allah swt ini. Rindu pada tintahatiku ini... Lame sangat rasanya tak menulis..Tulisan dan diriku tidak dapat dipisahkan. Alhamdulillah, barui habis berkursus di Kompleks Tabung Haji. Banyak input yang diperolehi.
 
Terdetik utk menulis, dan memang selalu In pesan pada diri ini. Kekurangan adalah amanah Allah swt buat kita. Kita jangan sedih atas kekurangan yang kita ada ataupun kekurangan yang terdapat pada insan yang kita sayang. Kerana, kekurangan itu adalah amanah Allah swt buat kita. Dan kekurangan kita adalah amanah Allah swt buat dia. 
 
Allah swt sangat sayang pada kita. Tanpa kita sedar, segala yang kita lakukan DIA selitkan  banyak hikmah yang baik buat kita. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang tersayang. Buat sahabat-sahabat yang menemani dan teman yang menyayangi. Kehadiran semua melengkapkan diri ini sebagai hamba-NYA.
 
Jangan sedih pada diri kita yang jahil dahulu....Kerana mungkin kerana diri kita yang jahil dahulu, kita tak jadi baik macam sekarang.Segalanya punya hikmah. Allah tahu setiap yang terjadi. Kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNYA. Pabila memperkatakan tentang cinta Allah, rasa sayu dan sebak sangat.
 
Lagi besar suatu ujian itu, itulah besarnya sayang Allah swt buat kita. Buat insan yang dipilih Allah untuk menghadapi ujian tersebut.Wahai Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kami. Lindungilah kami dari perbuatan yang mengundang kemurkaan-MU.
Terima kasih Ustaz Nordin pada ilmu yang dikongsi semasa kursus.