Tuesday, June 21, 2011

SYUKUR ALHAMDULILLAH…HARI INI BEGITU INDAH

Janganlah diingati kisah silam yang menyakitkan....bukalah lembaran baru,tutup buku lame rapat-rapat. Masa lalu dan kebimbangan akan memberi kesan pada hari ini. Hilangkahlah kedukaan lalu, ukirlah senyuman di wajah. manfaatkan hari ini seolah-olah kita tidak akan bertemu esok hari.

Janganlah bertangguh utk bertaubat. Kerana kita belum pasti yang kita akan hidup pada esok harinya atau tidak. Hidup adalah perubahan yang tak henti-henti. Buka lembaran baru dengan tekad dan azam yang baru. setiap hari adalah kehidupan yang baru. Jangan mengabaikan hari ini kerana hari ini adalah hari bahagia buat kita. Bersyukurlah dengan anugerah ILAHI.

Hargailah setiap anugerah-NYA. yang kita tidak tahu adakah esok kita masih dapat merasai anugerah-NYA atau tidak. Itulah nikmat mengingati mati. Kita akan sentiasa menghargai setiap yang terjadi dalam hidup kita ini.

Masa lalu adalah kelmarin yang telah mati. Kita sentiasa akan merasa bahagia jika kita sentiasa berfikiran baik. Semua manusia pernah melakukan kesilapan. Dan jangan diingati kesilapan lalu utk kita mengukir sebuah kebahagiaan hari ini. Yang lalu, biarkan berlalu. Yang dinikmati, hadapinya dengan penuh syukur dan rasa kehambaan pada-NYA.

No comments: