Thursday, April 14, 2011

DATING VS MAGGA MADU^^

Usai waktu bekerja semalam , kuteruskan langkahku bersama dia utk pulang... Berdating dengan dia... rasa seronok ukhwah yang diukir kerana Allah swt. Niat di hati, mahu singgah di pasar malam. Kerana kegemaranku pada mangga madu (Chokanan). minat yang sama dikongsi bersama Kak Siti.

Setibanya di pasar malam, kami tertanya-tanya...
"kita ni ade muka student tak kak?" tanyeku..

"Ade-ade, insya'Allah^^", jawab Kak Siti.

Kami pun senyum dan ketawa bersama. Macam biasa.... kami jalan sampai hujung dulu, nanti patah balik, beli terus. tercari-cari mangga madu yang kami beli minggu lepas. Hampir setiap minggu beli mangga^^. Sampai sahaja di tempat mangga, plastik yang depan mata pun tak nampak. tak perasan. Asif pakcik^^.

Ku menghulurkan mangga yang telah kupilih kepada penjual mangga itu.

"adik, abang cukupkan sekilo setengah. Abang bagi RM5. Sebab adik belajar lagi. Abang faham.
kalau adik dah kerja, abang bagi RM6."

Kami tersipu-sipu dan agak terkejut juga^^. kami muka student? tersengeh pada Kak Siti. Kak Siti pun sama. Dapat harga yang sama. Kami tak mampu berkata-kata. hanya tersenyum sahaja. Hikhik...

Kami tak nampak tua ya? Sampai nak beli ayam pun, masih terngiang lagi kata-kata penjual mangga tadi. dan cepat-cepat istighfar takut-takut terlupa akan diri. Astaghfirullahal,azim...

Mangga-mangga.....

Tapi memang ramai semalam student di pasar malam tersebut. Mungkin mereka baru habis exam. Adik-adik di UIA, teruskan perjuangan kalian ya... semoga semua berjaya.

Kenangan berdating bersama kak Siti, inilah yang terindah^^. nanti kite gi pasar malam lagi bersama ya... Indahnya ukhwah kerana Allah swt ni...

Hihi...kak lang kak Siti pun suke mangga tu. mangga madu.....

HARI YANG AMAT BERAT

Aku meniti perjalanan hidupku dengan  penuh persoalan. Kulihat kicau burung, awan yang indah tersenyum padaku. Aku inginkan setenang itu... Ya Allah, tuntun langkahku. Jangan biarkan aku sendirian dalam ranjau ini... Hatiku menangis... hiba.... Mampukah aku mengorak langkahku yang lemah ini?

Kasih sayang dibelai kesetiaan
Pertautan hati dicapai dengan sama-sama berjuang
hatiku dan hatimu
islamlah yang mengingatinya
jiwaku dan jiwamu
ALLAH lah yang mempertautkannya

Dan ketika itu tiada lagi yang terbuku
Segala terlerai tulus di kalbu
Segala-galanya terlerai demi ukhwah
Segala-galanya terungkai kerana mujahadah
Lalu di antara kita tidak ada antaranya lagi!

Dalam diam ku berbisik, adakah aku masih lagi diuji? Hidup ini punya nikmat. Walau ujian itu, nikmat. Hatiku lembut seperti tisu. Bukannya keras seperti batu. Aku tidak mahu menzalimi, tapi aku cuma manusia biasa. Yang bisa melakukan kesilapan. Kerana aku bukan malaikat yang tak pernah buat silap. Maafkanku andai ada tindakanku menimbulkan kemurkaan-Mu ya Robbi. Pimpinlah daku. Jangan biarkan aku bertatih atau tertatih ke dlam jurang dosa-MU. Sesungguhnya Engkau mengetahui segala yang terbaik utkku. Aku redha segala takdir hidupku.

Walau dalam kelam, aku kan tetap mencari-MU. Leraikanlah segala kekusutan. tuntunlah aku dalam membuat keputusan. Harumkan wangian hidupku seharum mawar putih yang kukucup semalam. Suci warnanya menggamit ketenanganku...

Wahai mawar putihku.... walau engkau telah layu, akan kuabadikanmu sentiasa. Kerana aku menerimamu dalam keadaan cantik, dan tak mungkin aku membuangmu pabila kelayuan menjemputmu. Akan ku jadikan hiasan potpouri ku. Akan kuwangikanmu selalu. Agar engkau tetap harum bersamaku...

Segalanya ini, lahir dari hati kecilku ini....
hatiku berbicara lagi pagi ini...

Tuesday, April 12, 2011

SAPAAN SI KECIL SETIAP HARI

Dalam detik pagi yang sejuk. Embun jatuh menyembah bumi, aku meneruskan langkah utk ke taman kerjaku. Dan setiap pagi juga, si kecil itu akan menyapaku. Menyalam tanganku. Sungguh mulus kulitnya. Sungguh comelnya dia, mahu kucubit pipinya. Dan tidak ketinggalan, pagi ini juga si kecil telah bangun utk bertemuku sewaktu langkahku menuruni tangga.

Setiap hari juga, emosi ku dimulai dengan keceriaan si kecil. Awalnya dia bangun. bisik hati kecilku. Rajinnya neneknya mengemas dan menyapu rumah. Pagi semalam si kecil aerobic mengikut siaran tv di hadapannya. pagiku sentiasa terhibur dengan sapaan si kecil.^^

Pabila letih pulangku dari kerja, si kecil menyapa lagi pabila sampainya aku di pintu rumahnya. Acapkali dia menyebut "kakak....shelamat mlm"^^ so sweet my dear. Dan aku pasti mengusap pipinya. sungguh comel....
pabila bersapa dengannya, kuteringat Alif. Rindunya hati ini pada Alif kesayanganku. Insan istimewa bertahta dalam hatiku....

Hilang lelahku di kepulangan kerja melihat akan riak langkah dan tari si kecil. Si kecil adalah bangsa cina^^.
Tapi sangat pandai berbahasa melayu. terimbau kenanganku duduk bersama tok mak dan tok ayah. begitulah diriku dahulu sewaktu di jaga oleh mereka.

pabila ku bersua dengan si kecil, pasti aku terpandang diriku dahulu. dan pastinya petang ini si kecil menungguku di pintu rumahnya^^....

KU BERSAKSI

Aku melihat dunia pada mengenalMu
Namun tak hentikanku untuk terus mencariMu
Sampaiku rasa ada suatu yang berbeza
Kehampaan di jiwa terjawab sempurna

Di sini ku temu kan kedamaian
Tiada yang lain kan menggoyahkan
Ku ikrarkan sungguh sepenuh hatiku
Sepenuh hatiku..

Aku bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah
Penguasa Alam semesta
Dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad utusanNya
Bagi seluruh manusia di dunia

Keyakinan hati ini membuatku memilih jalan ini
Selamanya akan aku pasrahkan
Hidup dan mati kepada Mu Tuhan

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah
Penguasa Alam semesta
Dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad utusanNya
Bagi seluruh manusia di dunia

Ku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah
Penguasa Alam semesta
Dan Nabi Muhammad utusanNya
Bagi seluruh manusia di dunia

Tiada tuhan selain Allah
Nabi Muhammad utusanNya

Monday, April 11, 2011

SATU MALAM

Malam itu gelap, jangan lebih digelapkan oleh dosa-dosamu, berilah ruang utk lebih menabur pahala.

Di kedinginan malam, aku terpaku tergigit ujian yang kulalui. Hatiku rimas diamuk gelombang krisis yang datangnya waktu demi waktu. Suasana malam yang tenang bagaikan satu sindiran buatku.

Jari-jemari ini terus menari-nari mengolah setiap detik hatiku. Detik hati yang takkan pernah berhenti di batasan waktu sampai ajal menjemput kembali. Mengapa aku tidak tenang ketika diusap rintik-rintik hujan ini? “hati resah kerana dosa!”, Ya dosa yang meruntuh kukuh hatiku, hingga ia bocor dan ternoda oleh kemungkaran dan maksiat.

Mengapa anggotaku tidak bermaya ya TUHAN. Aku ingin merintih dan mendengar segala pujukan-MU agar hati ini dekat dan ingat pada-MU ya ALLAH.

Pesan ulama, “dirikanlah sembahyang jika ingin bercakap-cakap dengan Allah”.
“Bukalah Al-Quran dan bacalah ayat-ayatNYA jika kau ingin dengar ‘suara-NYA’. Wahai diri, gelapnya hatiku. Dan betapa tinggi gunung dosa yang bertakhta di hati di dalamnya.

Di luar, hujan kian reda. Kilat dan guruh sudah hilang kekuatan yang dipinjamkan padanya. Dingin malam ini seolah-olah memujuk hatiku yang merajuk. Dingin air wudhuk yang mencecah wajah, bagai air hujan yang kian lembut membelai malam di pentas bumi yang masih basah.

Ya latif, aku dambakan kebaikan
Yang melahirkan kebaikan
Aku pohon ketenangan
Yang memberikan ketenangan
Pinggirkan segala sengketa
Hampirkan semua cinta
Tanpa dendam
Tanpa prasangka
Jika benar yang kau di Raudhah itu
Hanya ALLAH…

KATA-KATA LAHIR DARI HATI AKAN JATUH KE HATI

Ya ALLAH Pilihlah aku utk ikhlas

Kita memberi bukan utk menerima
Menabur budi bukan utk dianggap berjasa
Tulus, putih dan murni hati kita
Memberi adalah kerana-NYA jua

Tidak mengapa jika tidak dikenang
Asalkan segalanya memberi satu ketenangan
Menyebut kebaikan meragut keikhlasan
Bukan kerana kelebihan kita

Dalam samar mainan rasa
Kekadang datang jua serpihan bangga
Mengharap adanya balasan
Mendamba hadirnya kemasyhuran

Bukan itu yang diburu sejak mula
Ditagih kasih rasa di depan-MU
Bila terasa segalanya daripada-MU
Rebah segala daripadaku yang hina

TUHAN…
Dunia ini tidak panjang
Tahun terasa detik di putaran usia
Mengharap yang abadi
Kan lenyap segala ilusi
Bantulah aku
Dalam memahami rahsia itu…

Kerana IKHLAS itu rahsia

BILA BERSENDIRIAN

Bila bersendirian
Jangan rasa kesepian
Walau tanpa teman
Kita tetap diperhatikan

Dalam gelap atau terang
Ada mata yang sentiasa jaga
Melihat perlakuan dan rasa
Mencatat dosa @ pahala

Bila bersendirian
Jangan katakan ‘sunyi’
Sebaliknya selalu bisikkan di dalam hati
Pada diriku sentiasa
Ada Pemerhati

Bila bersendirian
Teruji keikhlasan
Tanpa kejian atau pujian
Apakah terus ada kesetiaan
Berfikir dan berzikir
Dengan tulus kesunyian!

Sunday, April 10, 2011

SETENANG AIR PANTAI

CAHAYA HATI

Bila hati payah mengingati ALLAH
bila hati tak syukur dgn kesenangan
bila hati tak sabar dgn kesusahan
bila kurang terkesan oleh peringatan
bila cintakan diri lupakan kawan
bila cenderung pd yg haram & dosa
suka menzalim & menganiaya
itulah petanda hati telah buta...

Paksalah hati mengingati TUHAN
belajarlah syukur dgn yg ada
hasil bersabar dgn apa yg tiada
dekati sumur ilmu cedoklah titisan peringatan
jauhilah yg haram dan syubhat
carilah bimbingan solihin terdekat
bersahabatlah dgn org yg baik
pemurah, pemaaf dan bersedekah...
nescaya hati kan bercahaya semula

Ingin kumelihat yang indah dan cantik
sayangnya ketika segalanya sudah nyata
akan jadi buta utk melihatnya
mata berselubung keindahan ilusi
hati terlindung keindahan hakiki
cahaya atas cahaya....
itulah cahaya yang di hati
cahaya lindung cahaya...
itu cahaya yang di mata
aku terkesima!

Rasa tenang je pabila terlihatkan keindahan pantai di waktu senja. Dan tak siapa tahu apakah yang dilakukan oleh hidupan pantai.... Mereka seronok berenang-renang, menari-nari bersama, berkejar-kejaran bersama... ^^

Alhamdulillah, bertambah lagi koleksi buku In^^. Sukenya tak terperi. Buku yang bertambah adalah

"Di mana DIA dihatiku?"
"Bercinta sampai ke syurga-aku terima nikahnya 2"

Friday, April 8, 2011

PEMBERIANKU PADA YANG LAYAK

Andai Cinta ingin diberi…berilah kepada seseorang yang benar-benar layak,yang boleh digelar
suami …

1.Kuat agamanya.Walau sibuk macam mana pun,dia tetap memelihara solat fardhu.Mampu menjadi imam untukku dan untuk anak-anakku.Mampu untuk membimbingku ke jalan yang diredhai Allah.

2.Mempunyai akhlak yang baik.Percakapannya yang lembut mampu menyejukkan hati aku yang sedang marah.Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak ansur.Sopan tutur kata dan mempunyai hati yang mulia.Mempunyai rasa hormat kepada warga tua.
3.Menghormati ibu bapaku.Dia harus faham biarpun ketaatan seorang isteri selepas berkahwin hanyalah hak mutlak suami tetapi aku mohon untuk membalas jasa budi ibu bapaku yang telah mendidikku sejak dari kecil.Izinkan aku menjaga ibu bapaku walau dalam apa jua keadaan pun.Maafkan aku bila aku meletakkan kepentingan Ibu bapaku di tangga yang teratas.Tetapi itu bukan bermakna aku akan mengabaikanmu,tidak sama sekali.

4.Tegas mempertahankan maruah.Dia tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang menjatuhkan maruahnya sebagai seorang Islam.

5. Amanah dan tidak boros.Dia tidak pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja.Dia bukanlah seorang yang kedekut tetapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6.Menundukkan pandangan mata ketika melihat perempuan.Sekiranya matanya liar memandang perempuan lain dia bukanlah calon yang sesuai untuk aku.Sebab aku adalah pencemburu berat.
7.Mempunyai pergaulan yang terbatas dengan perempuan.Aku tidak kisah dia mempunyai kawan lelaki dan kawan perempuan tetapi aku tidak mahu dia menjadi fitnah orang.

8.Bertanggungjawab.Dia hendaklah seorang yang mementingkan ibu bapanya.Yang sentiasa menjenguk ibu bapanya.Yang sentiasa mengambil berat akan ibu bapanya.Jika ibu bapanya sedang hidup melarat dan dia hidup hebat…say good bye laaa

9.Mempunyai wajah yang tenang.Wajahnya tenang setenang waktu dia bercakap dan bertindak.
10.Jujur & berterus terang.Aku menerima apa adanya,tetapi tolong berterus-terang dengan aku.Sebab aku tidak mahu kepercayaan yang aku beri 100% hanya tipu semata-mata.

Aku sendiri kurang pasti dengan masa depan ini,Cuma aku menetapkan criteria-kriteria ini bukan bermakna aku terlalu memilih tetapi aku harus memikirkan masa depanku,untuk ibu bapaku dan untuk anak-anakku…

SAYA SEDAR HADIRNYA DIA PADA SAYA

Tiada siapa mampu mengubah takdir. segalanya telah tersurat di sana.. Hanya kita sahaja yang mampu atau tidak menerima takdir itu. Qada' dan qadar Allah itu. Sejauh mana kita usaha, kalau tidak diizinkan Allah, tidakkan jadi juga. dan sejauh mana kita bertelagah, if ada keizinan Allah, akan tetap terjadi.

Dulu sewaktu In nampak hamba Allah ni, In mengelak utk dikenali olehnya. Sebabnya in malu dan segan. Sangat segan. Dan secara tak sengaja, terberbicara juga. Bila dah mula berbicara jadi makin rapat dan makin rapat. Dan semakin alhamdulillah.  Kami sangat baik. Adakalanya balik keje bersama, dan gi jalan-jalan juga bersama. hidupku terisi.

Berterima kasih dan bersyukur sangat pada Allah swt kerana hadirkan dia.... Dia banyak memberi bimbingan dan membetulkan segala kesilapan....  Dan menguatkan diri ini. Terima kasih kerana kita bersama menyulami cinta pada ILAHI... Hadirnya dia pada In, membawa banyak hikmah. terasa bahagia di hati.
Emm... banyak yang dah dilalui. dan terasa indah hidup ini. Hidupkan indah jika segalanya kerana Allah.

Ya Allah, tenangkan hati hamba-MU ini. Walaupun hati ini pernah terasa kecewa, namun kupasti cinta dan kasih-MU yang kusulami akan membahagiakan ku. Aku yakin itu. Dan aku pasti. Segalanya kuserahkan padaMU ILAHI...
Dialah Kak Siti yang Allah hadirkan dalam diri ini diketika ini. Terima kasih kakak :)...
dan In tahu, ape hikmah dan sebab Allah takdirkan kita bertemu. Allah sayang kita ^^...
Rahmatilah kami ya Allah...

Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku
Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku
Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu
Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untukMu

MENANGISLAH DI BAHUKU


Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Kutahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah …
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah … (dibahuku ku disini untukmu)
Menangislah … (dibahuku kerna ku sahabatmu
)

Thursday, April 7, 2011

HIDUP PERLU REDHA

salam wbt...^^
Tenang je dengar nasyid ni. CINTA ILAHI lagi. Dah selalu dah mainkan lagu ni dalam pc sambil2 buat keje. Dalam kete pun. sebabnya bila In suka satu lagu tu, pasti In akan dengar je selalu. As long as tak melalaikan^^. Bukan mudah nak buat keputusan terbesar dalam hidup kan?^^ hati perlu redha. Serahkan segalanya pada ILAHI. Emm insya'Allah, hati takkan berdendam pada sesiapa pun.
Innallahama'ana. Redha dan redha... itu menenangkan.


Emm....
Ya Allah, leraikanlah segala beban di dunia ini....
Semalam makan durian atas suggestion tempat oleh Kak Siti. Sedap kak^^. Manis... Suke2. insya'Allah minggu ni nak tengok jubah cotton. nanti kite cari same-same ea kak?...hikhik... Dan malam ni juga housemate kepingin nak makan pulut bersama durian. Shedapnye.....^^ hikhik. Kite makan je. nanti kite buat kastad berkuah lagi k.

Dah lame tak rasa semua tu.
Emmm walaupun kerja banyak sangat, tak boleh merungut. Hidup perlu redha dan sabar. Insya'Allah hati pasti tenang^^. Allah tahu yang termampu oleh kita... rasa macam sekejap sahaja masa berlalu. Dah nak hari Jumaat. Macam baru semalam Isnin. Astagfirullahal'azim, jangan membilang hari. sebaliknya hadapi hari ini dengan penuh mujahadah dan ketakwaan padaNYA^^.

ya Allah, izinkan aku menyentuh cintaMU dan menggapai cintaMU. Bila dengar lagu CINTA ILAHI ni, terasa kuat. Emm kesian hati ni. Hati pun nak sajian kan, utk jadi kuat.^^.

Maafkan pada segalanya. Maafkan pada segala kekurangan^^

Wednesday, April 6, 2011

KEWAJIPAN SEORANG MUSLIM

* MEMBACA AL-QURAN
 "al-Quran adalah sajian Allah, oleh itu terimalah sajiannya sekadar yang kamu boleh,"
(Riwayat al-Hakim drpd Ibn Mas'ud)

*MEMPERELOK BACAAN AL-QURAN
Maka tidaklah mereka menghayati (bertadabbur) al-Quran
(surah al-Nisa, 4:82)

*MEMPELAJARI SIRAH DAN SEJARAH SALAFUSSOLEH.
Di dalam kitab & sunnah t'dapat petunjuk. Didalam sirah terdapat qudwah.

*MENJAGA KESIHATAN
"dan seorang mukmin yg kuat adalah lebih baik dan lebih disayangi oleh Allah drpd seorang yg lemah. Dan pd setiap mereka ada kebaikan," (Riwayat Muslim)

*MENEPATI JANJI
"sesungguhnya dia seorang yg menepati janji" (surah Maryam 19:54)

*BERSEDIA, BERANI MEMIKUL TANGGUNGJAWAB. SEMULIA-MULIA KEBERANIAN: BERTERANG-TERANGAN DGN AL-HAQ. SIMPAN RAHSIA, MENGAKUI KEASILAPAN DIRI, INSAFI DIRI DAN MENGAWAL MARAH.
"sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku," (
Surah Yusuf 12:86)
"Bukanlah kuat itu org yang dapat mengalahkan musush, tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat mengawal diri ketika marah," (muttafaqun alaih)

*BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM SUATU PERKARA YANG TIDAK SAMPAI SAMPAI MENGHALANG UTK BERGURAU YG BENAR DAN TERSENYUM
Dasar kehidupan Muslim serius, gurauan rasulullah hanya ibarat garam pd makanan sedikit sekali.

*PEMALU, HALUS PERASAAN, MUDAH PEKA PD YANG BAIK DAN BURUK. MERENDAH DIRI KERANA HINA ATAU LEMAH
"Malu itu satu cabang iman" (Muttaqun alaih)

*BERSIFAT BELAS KASIHAN

*BERUSAHA MEMBACA DAN MENULIS DGN BAIK

RAHSIA HATI INI...KENANGAN IA... CINTA ILAHI

Kutahu pasti
Cintamu dalam dan murni
Namun mengapa sulit untukku
Mendapatkan cinta darimu

Hidupku ini
Terasa hampa dan sepi
Tanpa belaian kasih sayang-Mu
Cintailah hamba-Mu ini
Ya Allah

Allah
Leraikanlah segala beban di dunia ini
Hanya padamu
Yang kuharap hanya cinta ikhlas-Mu
Merasuk ke dalam kalbu
Allah dengarkanlah hamba-Mu

Allah
Dengarkanlah
Bisikan suara hatiku
Hapuskan noda dan dosa di kalbu
Hanya padamu
Agar aku dapat menggapai cinta-Mu
Cintaku pada-Mu ya Allah
Ya Allah

Ku bersujud kepada-Mu
Mengharapkan cinta suci-Mu

Emm rahsia hati ini, tak siapa yang tahu... Hanya Allah swt sahaja yang tahu. terima kasih tok mak dan tok ayah, mak & ayah kerana mendidik In. mengangkat agama yang tertinggi dan segala budi perkerti yang mulia diterapkan dalam diri ini. Insya'Allah. In akan ingat segala pesanan semua. In nak jadi kebanggaan semua. Insya'Allah

Pabila setiap kali habis helaian WARKAH DARI-NYA di baca, In pasti akan mengalunkan doa yang di ajar oleh Tok Mak setelah habis baca Quran. ianya tetap In amalkan dan buat sampai sekarang. Doa yang dialunkan Tok Mak, In masih ingatinya lagi. ya Allah, terasa akan kasih-Mu kepada kami. Pabila terlihat naskah al-Quran, pasti teringat Tok Mak dan Tok Ayah. sebabnya mereka yang menjaga In dari kecik. Mereka yang ajar In mengaji. sampailah pandai. terima kasih tok mak dan tok ayah. mase tu tak dapat duduk dengan mak& ayah. Mak dan ayah duk jauh. Tapi tak pe ^^ In faham. Walau ape pun, In sayang mak ayah juga.

Emmm pastinya usai solat Maghrib, ia akan kucapai. Pabila ia kucapai, pasti terimbau kenangan mengaji dengan Tok Mak. emm tersenyumku sendirian pabila teringatkan kisah itu. Ya Allah, panjangkanlah umur tok mak dan tok ayah. dapatkanlah mereka melihatku aku bergelar isteri. amin.Kerana itu yang mereka inginkan setelah mereka menyatakan hasrat padaku sewaktu kepulanganku dahulu. In faham tok mak, tok ayah. Doakan kite^^.

Segala ajaran dan didikan tok mak dan tok ayah, akan kite lakukan. kite takkan pernah lupa^^. Kerana kite sangat sayangkan tok mak dan tok ayah. Setiap hari pasti ada hadiah buat tok mak, tok ayah, mak dan juga ayah. Kite sentiasa ingat semua. Emmm... terasa rindu sangat di hati ni....
Kenapa tiba-tiba sedih ni.....?sebak pulak....

Terima kasih tok mak, tok ayah, sebab ajar kite mengaji. Mengenal huruf Alif, ba, ta....
Ia adalah ilmu akhirat yang membawa jalan ke syurga abadi. pabila teringatkan itu, hati kecilku ini tenang. Wajahku tersenyum sendirian.  Salam sayang buat tok mak dan tok ayah....
sayangnya In pada mereka....

Sambil tu dengar lagu CINTA ILAHI dari Snada...
Emmm sukarnya mendapat cinta dari-MU

MAAFKAN PADA YANG TERASA

Diri ini bukanlah insan sempurna. Andai ada sikap In yang menimbulkan kemarahan hamba Allah, In minta maaf. tak de siapa pun nak revealkan ape2. janganlah salah mentafsir segala yang In lakukan. tapi kenalilah dari hati... Berbisiklah pada ILAHI... Bertanyakanlah padaNYA. DIA ada jawapnnya. Jangan biarkan syaitan menguasai diri dan emosi. Kelak nanti kita yang rugi. kerana menyesal kemudian takkan ade faedahnya. Dan pada waktu itu, mungkin Allah telah memaksa kita....

in minta maaf. Dari segalanya. Kerana diri ini juga punya hati dan perasaan. Ukirkanlah senyuman di wajah. ukirlah kebahgiaan sementara kita masih hidup. Kerana kita tak tahu bila kita akan pergi. untuk selamanya. Buatlah keputusan yang sewajarnya. untuk kebaikan semua.... lagipun tiada paksaan dalam Islam. kan?

Biarlah tulus dari hati. Bukan dari emosi. Biarlah rasional. Mungkin dulu In pernah buat silap. Dan semua orang pernah buat silap. tetapi memaafkan itu adalah mulia. Dan segalanya telah dimaafkan. Mungkin kehadiran diri ini adalah suatu ujian atau bebanan? In minta maaf....

judge lah dengan sewajarnya... Hidupkan lebih bererti jika semuanya kerana Allah.

Aku ingin hidup secerah mentari pagi...
Walau kutahu, akan kekurangan diriku...


Aku ingin segalanya damai...
Walau ku tahu, bukan mudah utk menggapainya...


Aku ingin tawa riang...
Walau ku tahu, hatiku menangis...


Aku ingin berbicara sepuasnya...
Walau kutahu, aku tak mampu berbicara....


Aku ingin menangis sepuasnya....
Walau ku tahu tak siapa pun yang akan tahu....


Aku ingin menumpang, menangis di bahumu....
Walau ku tahu, aku tak mampu utk menahannya


Aku ingin meluahkan segalanya....
Walau kutahu hanya DIA sahaja yang akan memahami dan setia denganku....


Aku ingin dihargai....
Walau kutahu, aku tak sempurna mana utk kuraih itu....


Aku redha atas takdir jalan hidupku....
Kerana aku tahu, ENGKAU lebih mengetahui segalanya....