Monday, April 11, 2011

SATU MALAM

Malam itu gelap, jangan lebih digelapkan oleh dosa-dosamu, berilah ruang utk lebih menabur pahala.

Di kedinginan malam, aku terpaku tergigit ujian yang kulalui. Hatiku rimas diamuk gelombang krisis yang datangnya waktu demi waktu. Suasana malam yang tenang bagaikan satu sindiran buatku.

Jari-jemari ini terus menari-nari mengolah setiap detik hatiku. Detik hati yang takkan pernah berhenti di batasan waktu sampai ajal menjemput kembali. Mengapa aku tidak tenang ketika diusap rintik-rintik hujan ini? “hati resah kerana dosa!”, Ya dosa yang meruntuh kukuh hatiku, hingga ia bocor dan ternoda oleh kemungkaran dan maksiat.

Mengapa anggotaku tidak bermaya ya TUHAN. Aku ingin merintih dan mendengar segala pujukan-MU agar hati ini dekat dan ingat pada-MU ya ALLAH.

Pesan ulama, “dirikanlah sembahyang jika ingin bercakap-cakap dengan Allah”.
“Bukalah Al-Quran dan bacalah ayat-ayatNYA jika kau ingin dengar ‘suara-NYA’. Wahai diri, gelapnya hatiku. Dan betapa tinggi gunung dosa yang bertakhta di hati di dalamnya.

Di luar, hujan kian reda. Kilat dan guruh sudah hilang kekuatan yang dipinjamkan padanya. Dingin malam ini seolah-olah memujuk hatiku yang merajuk. Dingin air wudhuk yang mencecah wajah, bagai air hujan yang kian lembut membelai malam di pentas bumi yang masih basah.

Ya latif, aku dambakan kebaikan
Yang melahirkan kebaikan
Aku pohon ketenangan
Yang memberikan ketenangan
Pinggirkan segala sengketa
Hampirkan semua cinta
Tanpa dendam
Tanpa prasangka
Jika benar yang kau di Raudhah itu
Hanya ALLAH…

KATA-KATA LAHIR DARI HATI AKAN JATUH KE HATI

Ya ALLAH Pilihlah aku utk ikhlas

Kita memberi bukan utk menerima
Menabur budi bukan utk dianggap berjasa
Tulus, putih dan murni hati kita
Memberi adalah kerana-NYA jua

Tidak mengapa jika tidak dikenang
Asalkan segalanya memberi satu ketenangan
Menyebut kebaikan meragut keikhlasan
Bukan kerana kelebihan kita

Dalam samar mainan rasa
Kekadang datang jua serpihan bangga
Mengharap adanya balasan
Mendamba hadirnya kemasyhuran

Bukan itu yang diburu sejak mula
Ditagih kasih rasa di depan-MU
Bila terasa segalanya daripada-MU
Rebah segala daripadaku yang hina

TUHAN…
Dunia ini tidak panjang
Tahun terasa detik di putaran usia
Mengharap yang abadi
Kan lenyap segala ilusi
Bantulah aku
Dalam memahami rahsia itu…

Kerana IKHLAS itu rahsia

BILA BERSENDIRIAN

Bila bersendirian
Jangan rasa kesepian
Walau tanpa teman
Kita tetap diperhatikan

Dalam gelap atau terang
Ada mata yang sentiasa jaga
Melihat perlakuan dan rasa
Mencatat dosa @ pahala

Bila bersendirian
Jangan katakan ‘sunyi’
Sebaliknya selalu bisikkan di dalam hati
Pada diriku sentiasa
Ada Pemerhati

Bila bersendirian
Teruji keikhlasan
Tanpa kejian atau pujian
Apakah terus ada kesetiaan
Berfikir dan berzikir
Dengan tulus kesunyian!

Sunday, April 10, 2011

SETENANG AIR PANTAI

CAHAYA HATI

Bila hati payah mengingati ALLAH
bila hati tak syukur dgn kesenangan
bila hati tak sabar dgn kesusahan
bila kurang terkesan oleh peringatan
bila cintakan diri lupakan kawan
bila cenderung pd yg haram & dosa
suka menzalim & menganiaya
itulah petanda hati telah buta...

Paksalah hati mengingati TUHAN
belajarlah syukur dgn yg ada
hasil bersabar dgn apa yg tiada
dekati sumur ilmu cedoklah titisan peringatan
jauhilah yg haram dan syubhat
carilah bimbingan solihin terdekat
bersahabatlah dgn org yg baik
pemurah, pemaaf dan bersedekah...
nescaya hati kan bercahaya semula

Ingin kumelihat yang indah dan cantik
sayangnya ketika segalanya sudah nyata
akan jadi buta utk melihatnya
mata berselubung keindahan ilusi
hati terlindung keindahan hakiki
cahaya atas cahaya....
itulah cahaya yang di hati
cahaya lindung cahaya...
itu cahaya yang di mata
aku terkesima!

Rasa tenang je pabila terlihatkan keindahan pantai di waktu senja. Dan tak siapa tahu apakah yang dilakukan oleh hidupan pantai.... Mereka seronok berenang-renang, menari-nari bersama, berkejar-kejaran bersama... ^^

Alhamdulillah, bertambah lagi koleksi buku In^^. Sukenya tak terperi. Buku yang bertambah adalah

"Di mana DIA dihatiku?"
"Bercinta sampai ke syurga-aku terima nikahnya 2"

Friday, April 8, 2011

PEMBERIANKU PADA YANG LAYAK

Andai Cinta ingin diberi…berilah kepada seseorang yang benar-benar layak,yang boleh digelar
suami …

1.Kuat agamanya.Walau sibuk macam mana pun,dia tetap memelihara solat fardhu.Mampu menjadi imam untukku dan untuk anak-anakku.Mampu untuk membimbingku ke jalan yang diredhai Allah.

2.Mempunyai akhlak yang baik.Percakapannya yang lembut mampu menyejukkan hati aku yang sedang marah.Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak ansur.Sopan tutur kata dan mempunyai hati yang mulia.Mempunyai rasa hormat kepada warga tua.
3.Menghormati ibu bapaku.Dia harus faham biarpun ketaatan seorang isteri selepas berkahwin hanyalah hak mutlak suami tetapi aku mohon untuk membalas jasa budi ibu bapaku yang telah mendidikku sejak dari kecil.Izinkan aku menjaga ibu bapaku walau dalam apa jua keadaan pun.Maafkan aku bila aku meletakkan kepentingan Ibu bapaku di tangga yang teratas.Tetapi itu bukan bermakna aku akan mengabaikanmu,tidak sama sekali.

4.Tegas mempertahankan maruah.Dia tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang menjatuhkan maruahnya sebagai seorang Islam.

5. Amanah dan tidak boros.Dia tidak pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja.Dia bukanlah seorang yang kedekut tetapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6.Menundukkan pandangan mata ketika melihat perempuan.Sekiranya matanya liar memandang perempuan lain dia bukanlah calon yang sesuai untuk aku.Sebab aku adalah pencemburu berat.
7.Mempunyai pergaulan yang terbatas dengan perempuan.Aku tidak kisah dia mempunyai kawan lelaki dan kawan perempuan tetapi aku tidak mahu dia menjadi fitnah orang.

8.Bertanggungjawab.Dia hendaklah seorang yang mementingkan ibu bapanya.Yang sentiasa menjenguk ibu bapanya.Yang sentiasa mengambil berat akan ibu bapanya.Jika ibu bapanya sedang hidup melarat dan dia hidup hebat…say good bye laaa

9.Mempunyai wajah yang tenang.Wajahnya tenang setenang waktu dia bercakap dan bertindak.
10.Jujur & berterus terang.Aku menerima apa adanya,tetapi tolong berterus-terang dengan aku.Sebab aku tidak mahu kepercayaan yang aku beri 100% hanya tipu semata-mata.

Aku sendiri kurang pasti dengan masa depan ini,Cuma aku menetapkan criteria-kriteria ini bukan bermakna aku terlalu memilih tetapi aku harus memikirkan masa depanku,untuk ibu bapaku dan untuk anak-anakku…

SAYA SEDAR HADIRNYA DIA PADA SAYA

Tiada siapa mampu mengubah takdir. segalanya telah tersurat di sana.. Hanya kita sahaja yang mampu atau tidak menerima takdir itu. Qada' dan qadar Allah itu. Sejauh mana kita usaha, kalau tidak diizinkan Allah, tidakkan jadi juga. dan sejauh mana kita bertelagah, if ada keizinan Allah, akan tetap terjadi.

Dulu sewaktu In nampak hamba Allah ni, In mengelak utk dikenali olehnya. Sebabnya in malu dan segan. Sangat segan. Dan secara tak sengaja, terberbicara juga. Bila dah mula berbicara jadi makin rapat dan makin rapat. Dan semakin alhamdulillah.  Kami sangat baik. Adakalanya balik keje bersama, dan gi jalan-jalan juga bersama. hidupku terisi.

Berterima kasih dan bersyukur sangat pada Allah swt kerana hadirkan dia.... Dia banyak memberi bimbingan dan membetulkan segala kesilapan....  Dan menguatkan diri ini. Terima kasih kerana kita bersama menyulami cinta pada ILAHI... Hadirnya dia pada In, membawa banyak hikmah. terasa bahagia di hati.
Emm... banyak yang dah dilalui. dan terasa indah hidup ini. Hidupkan indah jika segalanya kerana Allah.

Ya Allah, tenangkan hati hamba-MU ini. Walaupun hati ini pernah terasa kecewa, namun kupasti cinta dan kasih-MU yang kusulami akan membahagiakan ku. Aku yakin itu. Dan aku pasti. Segalanya kuserahkan padaMU ILAHI...
Dialah Kak Siti yang Allah hadirkan dalam diri ini diketika ini. Terima kasih kakak :)...
dan In tahu, ape hikmah dan sebab Allah takdirkan kita bertemu. Allah sayang kita ^^...
Rahmatilah kami ya Allah...

Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku
Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku
Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu
Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untukMu

MENANGISLAH DI BAHUKU


Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Kutahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah …
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah … (dibahuku ku disini untukmu)
Menangislah … (dibahuku kerna ku sahabatmu
)

Thursday, April 7, 2011

HIDUP PERLU REDHA

salam wbt...^^
Tenang je dengar nasyid ni. CINTA ILAHI lagi. Dah selalu dah mainkan lagu ni dalam pc sambil2 buat keje. Dalam kete pun. sebabnya bila In suka satu lagu tu, pasti In akan dengar je selalu. As long as tak melalaikan^^. Bukan mudah nak buat keputusan terbesar dalam hidup kan?^^ hati perlu redha. Serahkan segalanya pada ILAHI. Emm insya'Allah, hati takkan berdendam pada sesiapa pun.
Innallahama'ana. Redha dan redha... itu menenangkan.


Emm....
Ya Allah, leraikanlah segala beban di dunia ini....
Semalam makan durian atas suggestion tempat oleh Kak Siti. Sedap kak^^. Manis... Suke2. insya'Allah minggu ni nak tengok jubah cotton. nanti kite cari same-same ea kak?...hikhik... Dan malam ni juga housemate kepingin nak makan pulut bersama durian. Shedapnye.....^^ hikhik. Kite makan je. nanti kite buat kastad berkuah lagi k.

Dah lame tak rasa semua tu.
Emmm walaupun kerja banyak sangat, tak boleh merungut. Hidup perlu redha dan sabar. Insya'Allah hati pasti tenang^^. Allah tahu yang termampu oleh kita... rasa macam sekejap sahaja masa berlalu. Dah nak hari Jumaat. Macam baru semalam Isnin. Astagfirullahal'azim, jangan membilang hari. sebaliknya hadapi hari ini dengan penuh mujahadah dan ketakwaan padaNYA^^.

ya Allah, izinkan aku menyentuh cintaMU dan menggapai cintaMU. Bila dengar lagu CINTA ILAHI ni, terasa kuat. Emm kesian hati ni. Hati pun nak sajian kan, utk jadi kuat.^^.

Maafkan pada segalanya. Maafkan pada segala kekurangan^^

Wednesday, April 6, 2011

KEWAJIPAN SEORANG MUSLIM

* MEMBACA AL-QURAN
 "al-Quran adalah sajian Allah, oleh itu terimalah sajiannya sekadar yang kamu boleh,"
(Riwayat al-Hakim drpd Ibn Mas'ud)

*MEMPERELOK BACAAN AL-QURAN
Maka tidaklah mereka menghayati (bertadabbur) al-Quran
(surah al-Nisa, 4:82)

*MEMPELAJARI SIRAH DAN SEJARAH SALAFUSSOLEH.
Di dalam kitab & sunnah t'dapat petunjuk. Didalam sirah terdapat qudwah.

*MENJAGA KESIHATAN
"dan seorang mukmin yg kuat adalah lebih baik dan lebih disayangi oleh Allah drpd seorang yg lemah. Dan pd setiap mereka ada kebaikan," (Riwayat Muslim)

*MENEPATI JANJI
"sesungguhnya dia seorang yg menepati janji" (surah Maryam 19:54)

*BERSEDIA, BERANI MEMIKUL TANGGUNGJAWAB. SEMULIA-MULIA KEBERANIAN: BERTERANG-TERANGAN DGN AL-HAQ. SIMPAN RAHSIA, MENGAKUI KEASILAPAN DIRI, INSAFI DIRI DAN MENGAWAL MARAH.
"sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku," (
Surah Yusuf 12:86)
"Bukanlah kuat itu org yang dapat mengalahkan musush, tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat mengawal diri ketika marah," (muttafaqun alaih)

*BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM SUATU PERKARA YANG TIDAK SAMPAI SAMPAI MENGHALANG UTK BERGURAU YG BENAR DAN TERSENYUM
Dasar kehidupan Muslim serius, gurauan rasulullah hanya ibarat garam pd makanan sedikit sekali.

*PEMALU, HALUS PERASAAN, MUDAH PEKA PD YANG BAIK DAN BURUK. MERENDAH DIRI KERANA HINA ATAU LEMAH
"Malu itu satu cabang iman" (Muttaqun alaih)

*BERSIFAT BELAS KASIHAN

*BERUSAHA MEMBACA DAN MENULIS DGN BAIK

RAHSIA HATI INI...KENANGAN IA... CINTA ILAHI

Kutahu pasti
Cintamu dalam dan murni
Namun mengapa sulit untukku
Mendapatkan cinta darimu

Hidupku ini
Terasa hampa dan sepi
Tanpa belaian kasih sayang-Mu
Cintailah hamba-Mu ini
Ya Allah

Allah
Leraikanlah segala beban di dunia ini
Hanya padamu
Yang kuharap hanya cinta ikhlas-Mu
Merasuk ke dalam kalbu
Allah dengarkanlah hamba-Mu

Allah
Dengarkanlah
Bisikan suara hatiku
Hapuskan noda dan dosa di kalbu
Hanya padamu
Agar aku dapat menggapai cinta-Mu
Cintaku pada-Mu ya Allah
Ya Allah

Ku bersujud kepada-Mu
Mengharapkan cinta suci-Mu

Emm rahsia hati ini, tak siapa yang tahu... Hanya Allah swt sahaja yang tahu. terima kasih tok mak dan tok ayah, mak & ayah kerana mendidik In. mengangkat agama yang tertinggi dan segala budi perkerti yang mulia diterapkan dalam diri ini. Insya'Allah. In akan ingat segala pesanan semua. In nak jadi kebanggaan semua. Insya'Allah

Pabila setiap kali habis helaian WARKAH DARI-NYA di baca, In pasti akan mengalunkan doa yang di ajar oleh Tok Mak setelah habis baca Quran. ianya tetap In amalkan dan buat sampai sekarang. Doa yang dialunkan Tok Mak, In masih ingatinya lagi. ya Allah, terasa akan kasih-Mu kepada kami. Pabila terlihat naskah al-Quran, pasti teringat Tok Mak dan Tok Ayah. sebabnya mereka yang menjaga In dari kecik. Mereka yang ajar In mengaji. sampailah pandai. terima kasih tok mak dan tok ayah. mase tu tak dapat duduk dengan mak& ayah. Mak dan ayah duk jauh. Tapi tak pe ^^ In faham. Walau ape pun, In sayang mak ayah juga.

Emmm pastinya usai solat Maghrib, ia akan kucapai. Pabila ia kucapai, pasti terimbau kenangan mengaji dengan Tok Mak. emm tersenyumku sendirian pabila teringatkan kisah itu. Ya Allah, panjangkanlah umur tok mak dan tok ayah. dapatkanlah mereka melihatku aku bergelar isteri. amin.Kerana itu yang mereka inginkan setelah mereka menyatakan hasrat padaku sewaktu kepulanganku dahulu. In faham tok mak, tok ayah. Doakan kite^^.

Segala ajaran dan didikan tok mak dan tok ayah, akan kite lakukan. kite takkan pernah lupa^^. Kerana kite sangat sayangkan tok mak dan tok ayah. Setiap hari pasti ada hadiah buat tok mak, tok ayah, mak dan juga ayah. Kite sentiasa ingat semua. Emmm... terasa rindu sangat di hati ni....
Kenapa tiba-tiba sedih ni.....?sebak pulak....

Terima kasih tok mak, tok ayah, sebab ajar kite mengaji. Mengenal huruf Alif, ba, ta....
Ia adalah ilmu akhirat yang membawa jalan ke syurga abadi. pabila teringatkan itu, hati kecilku ini tenang. Wajahku tersenyum sendirian.  Salam sayang buat tok mak dan tok ayah....
sayangnya In pada mereka....

Sambil tu dengar lagu CINTA ILAHI dari Snada...
Emmm sukarnya mendapat cinta dari-MU

MAAFKAN PADA YANG TERASA

Diri ini bukanlah insan sempurna. Andai ada sikap In yang menimbulkan kemarahan hamba Allah, In minta maaf. tak de siapa pun nak revealkan ape2. janganlah salah mentafsir segala yang In lakukan. tapi kenalilah dari hati... Berbisiklah pada ILAHI... Bertanyakanlah padaNYA. DIA ada jawapnnya. Jangan biarkan syaitan menguasai diri dan emosi. Kelak nanti kita yang rugi. kerana menyesal kemudian takkan ade faedahnya. Dan pada waktu itu, mungkin Allah telah memaksa kita....

in minta maaf. Dari segalanya. Kerana diri ini juga punya hati dan perasaan. Ukirkanlah senyuman di wajah. ukirlah kebahgiaan sementara kita masih hidup. Kerana kita tak tahu bila kita akan pergi. untuk selamanya. Buatlah keputusan yang sewajarnya. untuk kebaikan semua.... lagipun tiada paksaan dalam Islam. kan?

Biarlah tulus dari hati. Bukan dari emosi. Biarlah rasional. Mungkin dulu In pernah buat silap. Dan semua orang pernah buat silap. tetapi memaafkan itu adalah mulia. Dan segalanya telah dimaafkan. Mungkin kehadiran diri ini adalah suatu ujian atau bebanan? In minta maaf....

judge lah dengan sewajarnya... Hidupkan lebih bererti jika semuanya kerana Allah.

Aku ingin hidup secerah mentari pagi...
Walau kutahu, akan kekurangan diriku...


Aku ingin segalanya damai...
Walau ku tahu, bukan mudah utk menggapainya...


Aku ingin tawa riang...
Walau ku tahu, hatiku menangis...


Aku ingin berbicara sepuasnya...
Walau kutahu, aku tak mampu berbicara....


Aku ingin menangis sepuasnya....
Walau ku tahu tak siapa pun yang akan tahu....


Aku ingin menumpang, menangis di bahumu....
Walau ku tahu, aku tak mampu utk menahannya


Aku ingin meluahkan segalanya....
Walau kutahu hanya DIA sahaja yang akan memahami dan setia denganku....


Aku ingin dihargai....
Walau kutahu, aku tak sempurna mana utk kuraih itu....


Aku redha atas takdir jalan hidupku....
Kerana aku tahu, ENGKAU lebih mengetahui segalanya....

Tuesday, April 5, 2011

TERIMA KASYI SEMUA ^^

azi & lela

Berjumpe dengan semua terasa indah dan sangat seronok. Kita share 1 katil bersama. Bergelak ketawa dan gembira bersama. terhilang sekejap segala kedukaan hati....Sayang semua... Bile lah kita kan bertemu semula ya. persahabatan yang terjalin selama hampir 7 tahun insya'Allah akan kekal selamanya. We will be together forever and ever. suatu masa dahulu kita pernah susah dan senang bersama kan? sape tahu?hanya Allah dan kita sahaja yang tahu. dari zaman-zaman U lagi kita bersama. Insya'allah ada kelapangan kita travel lagi ya. Bersyukur pada Allah kerana memberi kesempatan pada kami utk bertemu semula....
izan & fara
Izan dan fara, kenelah join kami. Tq for Izan dan fara. jangan serik dengan kami k... Wateva pun hepi bersama semua. Hilang sebentar kedukaan masa silam....
sesungguhnya hati ni berduka kerna segala ujian yang telah dilalui. pabila teringat seketika. Dan bersyukur atas segala kesabaran yang telah dikurniakan Allah swt. Dan in juga masih mampu tersenyum. Cuma hati ni sangat lembut. Nobody knows.... ^^

NANGIS LAGI KEMUDIAN KETAWA^^

Nangis je kan? sudahlah In...janganlah nangis. Semua tu kisah silam... Kisah yang mungkin boleh dibicarakan selamanya, tapi takkan berlaku lagi akan datang kan?

Ujian yang Allah beri itu adalah berpadanan dengan hamba-NYA. Allah sayangkan In. terima kasih ya Allah. Tapi bila teringat, mesti sedih. Terluah pada Kak siti, die nangis, In pun nangis... Apelah kita ni kan kak^^
Sudah lah kan? jangan ambil pusing semua tu. Setiap orang ada ujiannya yang tersendiri. Pandang hadapan. DIA sentiasa menanti kita dengan tangan yang terbuka.

Insya'Allah, akan bahagia nanti. Setiap kebahagiaan adalah akan melalui fasa kesedihan dan ujian kan? Barulah kita terasa erti sebuah kebahagiaan. pabila kita dah berukhuwah dengan seseorang, terimalah dia seadanya. Kerana tak semuanya perfect. Kadang-kala kite tak perasan akan kecilnya hati die, tapi dia mampu tersenyum lagi. Dan setiap kekurangan adalah amanah Allah buat kita.

Dah2..... senyum balik ^^

pagi tadi sempat goreng jemput pisang. Semalam membeli pisang di pasar malam. hihi...
dapatlah bawa ke office. Sedap ke Kak Sha and Kak Lia ?^^... In buat je... Lagipun bukan selalu...
makan jemput pisang bersama air susu. Sedap sangat. nikmat. Mak telefon, mak pun ketawa je In beritahu In bawa jemput pisang.

"nape mak? mak tak sangka ea"...hikhik
anak mak ni rajin...hihi
anak mak dan ayah...
sayang mak dan ayah...^^

Monday, April 4, 2011

KAGUM

Salam wbt^^

Hidup ni sangat singkat utk kite bersedih... Kenapa suka guna ayat ni ea? Wallahu'alam. Hari ni lalui hari-hari macam biase. setiap hari pasti ada kelainan sikit. Hidup mestilah ade kelainan dari semalam dan makin elok. insya'Allah... Biarlah orang nak buat kite sedih, jangan ambil pusing semua tu. allah kan ada. kan?

Dan setiap hari mesti ade kejutan. alhamdulillah. Kagum pada perancangan Allah swt. Kita tak tahu, Allah lebih tahu segalanya. Teringat surah al-baqorah ayat 216. Bila bace je potongan ayat tu, hati rasa terpujuk, tenang. alhamdulillah. Segalanya atas keizinan Allah. DIA lebih tahu segalanya. Emm berterima kasihlah atas nikmat dari Allah swt kepada kita. Dan jagalah hubungan kita denganNYA. 

Banyak perkara yang banyak mengejutkan In. Ya Allah, tak sangka. Subhanallah. Apakah sign di sebalik tu? Hanya DIA yang tahu segalanya... Bila teringat segala kejutan itu, In tersenyum sendirian, dan kadang-kala tersenyum ketika berpandangan dengan housemate. Sangat tak sangka....^^

Ya Allah, titipkan cintaku pada-MU. kukuhkan tautan dahanku pada-MU, lindungi daku dari kesedihan. amin...

Suatu masa dahulu, dah terlalu banyak In menangis. Bermacam-macam tangisan. hanya Allah sahaja yang tahu. Terima kasih ya Allah kerana sering mendengar doa hamba-MU yang hina ini. Walau banyak larangan-Mu yang mungkin tidak kusedar aku melakukannya, diKAu tetap menunaikan segala permintaanku walaupun lambat. Terasa gugur airmata ini ketika mengingati akan kasih-MU padaku. Ya Allah.... cinta dan kasihMU padaku tak terbalas olehku. kelopak mataku ini lagi sekali dilinangi airmata. Airmata di atas kekaguman cinta-MU pada ku... 

Sebaknya hati ini...
mampukah aku membalas cinta-MU yang tulus dan suci ini... Ya Allah, janganlah KAU palingkan wajah-MU dari hamba-MU ini...Sesungguhnya aku amat memerlukan-MU disetiap masaku selagi aku masih bernyawa dan hinggga ke akhirnya...

Menangis lagi wajah ini... wallahu'alam...
senyumlah wahai wajah^^

Saturday, April 2, 2011

HATI....

"Emmm hati ini masih terluka.... wallahu'alam...
Maafkan In...
Kadang-kala kita tak perasan apa salah kita. bermuhasabahlah wahai hati.
hati ni sangat terluka"

Emmm sedih je mood tulisan ni kan? Apa yang perlu disedihkan? Biarlah, hanya Allah sahaja yang tahu. Hidup ni sangat singkat. Emm sabarlah wahai hatiku^^. Senyumlah selalu ya. Senyum dalam keperitan atau dalam musibah, itu manis. Dapat borak-borak dengan mak dan ayah dalam telefon, rase tenang dan seronok je. hilang segala yang difikirkan. Terima kasih mak, ayah.

Suke sangat berborak dengan mak, mak selalu positif. Tak pernah negatif. Mak selalu meneutralkan In. Sebab tu suke sangat berkongsi dengan mak. Tapi tak lah semua. Yang mana In boleh handle, In buat sendiri dan diam.

Hati ni kecit je. Tapi berkecil hati lagi parah kan?^^ Hish In, jangan lah difikirkan sangat. Allah kan ada. Serahkan aja segalanya pada Allah. Jangan ambil pusing tentang keadaan. Segalanya punya hikmah tersendiri^^.

semalam terasa kurang sihat sangat. Hari ni cuba gagahkan diri. Insya'Allah, everything wil be ok. Dun think to much. nanti muka tak cantek...^^ Biarlah cantek luar dan hati^^...

Tenang je dengar selawat ni.... terima kasih Allah, sebab hati ni kembali tenang. Tautkan cintaku padaMU. Kuatkan dahan pautanku padaMU...^^