Tuesday, October 26, 2010

CINTA DAN PENGORBANAN...

Ain nak kongsi dengan semua apa yang Ain baca...
Enjoy!


Cinta dan pengorbanan
Kau kata kau cinta
Maka di mana tandanya?
Kau kata kau berkorban
Maka ke arah siapa kau berkorban?
Yang membayar pengorbanan insan atau kepada yang juga memerlukan pembayaran?
Asid termenung panjang di atas sofa. Selepas pulang dari subuh, dia tidak masuk terus ke bilik. Lama dia begitu. Hingga langit dari gelap menjadi kelabu dan kini mentari sudah mula hendak menyinari bumi Jordan ini.
Irfan yang sudah beberapa kali keluar masuk bilik, pergi tandas, pergi dapur, pergi sidai kain pada pagi itu, setiap kali melalui ruang tamu, hanya melihat sahaja sahabat karibnya itu. Dia tidak mahu menganggu. Asid nampaknya sedang berfikir sesuatu.
Sesuatu yang berat. Mungkin.
Irfan selesai menggoreng jemput-jemput. Kuih kegemarannya. Dia belajar daripada Puan Maimunah, ibu Asid. Ditambah dengan bawang yang dipotong nipis. Sangat sedap bila dicecah dengan sos cili buatan Malaysia. Namun di Jordan, tiada sos cili. Yang ada hanyalah sos tomato. Antara perkara menarik di Jordan.
Irfan meletakkan pinggan yang dipenuhi jemput-jemput di hadapan Asid. Sahabatnya masih tidak bereaksi.
“Fikir apa la tu” Irfan berbicara di dalam hati. Dia tidak terus menegur Asid. Dia bergerak ke bilik Saifuddin dan Shah, memanggil mereka berdua untuk sarapan bersama.
Bila semua sudah hadir di ruang tamu, tiada siapa yang bergerak menyentuh makanan. Semuanya melihat Asid. Asid masih seperti tadi. Termenung panjang.
“Kenapa?” Saifuddin berbisik kepada Shah.
Shah jungkit bahu. Mereka berdua memandang Irfan. Irfan menguntum senyum.
“Angau”
Saifuddin dan Shah tergelak.
Asid terkejut. Menoleh sahabat-sahabatnya dengan keadaan sedikit gelabah.
“Kenapa? Kenapa?”
“Makan encik Asid, apa menung-menung lepas Subuh?” Saifuddin menarik Asid tudun dari sofa, agar duduk di meja kecil mereka.

“Salah soalan tu Sifu. Sepatutnya menung-menung apa leas Subuh” Shah tambah menyakat.
“Teringat bidadari di kejauhan la tu” Irfan menambah.
Asid muka merah. “Mana ada!” Terus tangannya pantas menggapai jemput-jemput.

Mereka berempat makan dengan berselera sekali. Saifuddin dan Shah tak habis-habis memuji Irfan yang sudah seperti ibu di rumah. Kebelakangan ini, Irfan sangat rajin memasak walaupun bukan pada gilirannya, mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk, malah kadangkala Irfan membasuh pakaian sahabat-sahabatnya dan membantu mereka menyidai pakaian.

“Aku nak tanya la. Kalau aku jatuh cinta, nak buat macam mana?” Tiba-tiba terkeluar soalan itu dari mulut Asid.

Saifuddin, Shah dan Irfan berhenti menjamah. Jemput-jemput di tangan tidak terus dimasukkan ke mulut. Masa seakan terhenti. Ketiga-tiga orang itu memandang Asid.

“Kenapa? Aku salah bagi soalan ke?” Asid memandang kembali tiga sahabatnya dengan wajah yang pelik.
Irfan menguntum senyum bermakna. Saifuddin dan Shah tergelak-gelak sendiri.

“Hebat la kau Irfan, tepat tekaan kau” Shah menghirup teh yang ada.
“Sahabat atas keimanan ni, hubungan hati ke hati. Jadi kadangkala kita dapat rasa apa ada dalam hati sahabat” Irfan berbicara dengan nada berseloroh, tetapi kata-katanya itu ada benarnya.
“Kau jatuh cinta dengan siapa Asid? Israa’ yang selalu kejar kau tu ke?” Saifuddin bertanya. Dia selalu sahaja mendengar Dzulkarnain dan Halim bercerita berkenaan Asid yang dikejar perempuan bernama Israa’.
Asid menggeleng. Bukan sebab Israa’ tak baik. Cuma dia memang tiada minat pada perempuan arab. Itu alasan pertama. Alasan yang kedua, hati dah cinta. Mana ada masa nak pilih.

“Jadi siapa?” Shah menyambung tanya.
“Rahsia.”
“La…” Irfan menepuk meja. Keterujaannya terpotong.
“Kalau nak rahsia, baik tak payah menung panjang untuk bagitahu. Appa da” Saifuddin mengangkat jemput-jemput sekali bersama tangannya, menunjuk ke arah Asid.

“Aku bukan menung panjang sebab nak bagitahu siapa aku suka. Aku menung panjang, sebab aku fikir, betul ke aku ni bercinta. Cinta ni macam mana? Ada orang kata haram, ada orang kata tak boleh la. Semua orang baik-baik, kalau cerita fasal cinta, semua cerita cinta selepas kahwin. Lebih halal la, lebih bagus la.

Tapi kalau dah terjatuh cinta sebelum kahwin, nak buat macam mana?” Asid mengomel dengan soalan dan keserabutan dirinya.

“Oh, inilah yang selalu menganggu kau ni?” Irfan menghabiskan teh di dalam cawannya.
Asid mengangguk. Dia juga kemudian meneguk teh.

“Ha’ah ya, kalau dah tercinta macam mana? Cinta ni kadang-kadang bukan boleh rancang-rancang. Kalau dah jatuh cinta, jatuh cinta la jugak. Betul tak?” Saifuddin memandang Shah.
Shah mengangguk. “Betul-betul-betul” Meniru gaya Upin dan Ipin.
Semua memandang Irfan sekarang. Irfan memandang semula. “Ni apa cerita semua pandang aku?”
“Kau la Irfan, cerita la sikit. Ni kira kuliah subuh la” Shah bersemangat.
“Banyak la kau punya kuliah subuh” Irfan tergeletek mendengar perkataan kuliah subuh itu.
“Cerita la Irfan. Yang buat aku risau bukan apa. Kalau benda ni salah, aku kena rengkuh buang sepenuhnya. Aku tak mahu benda macam ni menganggu seharian aku, menganggu ibadah aku, menganggu studi aku” Asid meminta ihsan.

Irfan menghela nafas. Dia faham. Cinta, memang satu perkara yang akan panas hinggalah ke akhir kehidupan manusia.

“Mukadimahnya, cinta itu mestilah diiringi pengorbanan. Tanpa pengorbanan, itu bukan cinta yang sebenarnya”

Semua diam. Teruja nak mendengar. Kemudian Irfan diam, memerhati ketiga-tiga sahabatnya.
“Kita sambung pada rancangan yang seterusnya” Irfan bangun, mengutip semua pinggan dan cawan.
“Ha?” Saifuddin, Shah dan Asid serentak terkejut, hanya mampu memandang Irfan masuk ke dapur.
“Itu sahaja ke?” Asid separuh menjerit. Hendakkan suaranya sampai pada Irfan di dapur.
“Ada lagi. Tapi dah nak terang kat luar tu encik Asid oi. Aku nak pergi universiti awal hari ini. Kelas pukul 8.00 pagi”
“Nanti kau sambung tak kuliah subuh kau ni Irfan?” Shah pula bertanya. Dia baru sahaja bersemangat.
Irfan kemudian keluar dari dapur. Dia mengelap kedua belah tangannya dengan kain buruk di pintu dapur.
“Fahami dulu apa aku cakap tadi. Baru kita cerita panjang ya anak-anak” Kemudian dia terus bergerak memasuki biliknya. Dia hendak menukar baju, bersiap untuk ke kuliah hari ini.
“Nakal juga Irfan ni” Saifuddin menggeleng dengan senyuman. Shah turut sama tersenyum. Namun Asid, dia diam terus termenung. Kini bukan lagi fasal adakah cintanya itu benar. Tetapi dia memikirkan bicara Irfan tadi. Dia tahu, Irfan tidak mengeluarkan sesuatu dengan sia-sia.
“Tak, yang dia cakap tadi cukup buat masa ini” Asid tiba-tiba bangun. Seakan mendapat roh baru.
Shah dan Saifuddin memandang Asid yang kemudiannya pergi masuk ke dalam bilik. Mereka tidak faham.
“Shah, mungkin kita ni kena fikir jugak kut apa yang Irfan kata tadi”
“Mungkin”
Dan pagi itu merupakan pagi yang baik untuk mereka.
*****

“Tapi, tapi…” Ainul Ameena tergagap-gagap. Tangannya menggeletar. Bukan kerana cuaca sejuk, tetapi kerana hatinya seakan dihantuk-hantuk. Sedang retak. Hampir pecah. Air matanya kini bergenang.
Wafiq Wasim di hadapannya tersengih malas. “Tapi apa?”

“Tapi kita kan dah sehati sejiwa?”
“heh, kau sahaja yang rasa macam itu Ameena. Aku tak” Wafiq menggeleng.
“Kenapa? Kenapa pula? Dah hampir sebulan kita berkenalan?” Ameena tidak dapat menerima apa yang didengarinya.

Wafiq ingin memutuskan hubungan mereka. Sedangkan Ameena merasakan sebelum ini mereka amat bahagia. Dia mula jatuh cinta kepada Wafiq selepas pertama kali melihat lelaki kacak itu. Wafiq sangatlah popular, semenjak kemunculannya di malam penutup MHS. Sebelumya, Wafiq seakan terlindung di balik rakan-rakannya. Tetapi pada malam itu, Wafiq ibarat putera idaman yang turun dari langit.

Wafiq memang amat kacak. Selain pandai memasak, susuk tubuhnya amat menawan. Dia bertubuh sederhana tinggi. Kulitnya putih bersih, licin tanpa jerawat. Rambutnya kemas walaupun sedikit panjang. Pakaiannya sentiasa mempunyai gaya dan mengikut fesyen. Giginya putih tersusun rapi. Bila dia tersenyum, mampu membuatkan perempuan-perempuan yang melihat angau berminggu-minggu. Bonus untuk Wafiq, suaranya amat merdu.

Wafiq bukan sahaja popular di kalangan pelajar melayu sahaja. Malah pelajar-pelajar arab di universiti juga gilakan dia. Lebih-lebih lagi apabila Wafiq sering membuat persembahan terbuka bersama gitarnya di tengah taman JUST setiap kali ada masa lapang. Dia akan dikerumuni ramai ketika itu. Seakan seorang bintang.
Ameena sangat rasa bertuah apabila Wafiq menyatakan yang dia mencintai Ameena. Ameena antara salah seorang yang cuba mendekatkan diri kepada Wafiq. Berkali-kali cuba menghantar mesej, e-mail dan kadangkala cuba menelefon. Di Facebook, dia antara ratusan yang menghantar kata-kata kepada Wafiq. Dari ratusan orang itu, Wafiq memilihnya. Ameena rasa dunia adalah dia yang punya.

Tetapi kini…

“Aku tak suka perempuan murahan macam kau” Wafiq bergerak meninggalkan Ameena di tengah taman.
Gugur air mata Ameena ketika itu. Cintanya hancur. Selangkah lebih jauh Wafiq meninggalkannya, dia merasakan dunianya semakin gelap. Hatinya bergetar dengan kuat, jantungnya berdegup dengan amat kencang. Dia rasa sakit.

“Wafiq!” Tanpa segan silu dia mengejar, memeluk Wafiq dari belakang.
“Jangan. Aku sanggup bagi apa sahaja. Diri aku pun. Jangan tinggalkan aku Wafiq”
Wafiq diam. Entah berapa kali dalam hidupnya dia menghadapi situasi begini. Perlahan-lahan tangan Ameena dilepaskan. Kemudian dia terus berjalan.
“Aku dah kata, kau perempuan murahan. Dan baru ini, kau membuktikan” Wafiq terus berjalan.
Ameena terjelepuk. Kenapa? Dia sudah sanggup berkorban untuk cintanya. Kenapa Wafiq masih meninggalkan dirinya?

Ameena menjerit sekuat hati. Air matanya mengalir deras. Emosinya terganggu, psikologinya rosak.
Wafiq tidak menghiraukan, sedikit pun tidak kasihan. Ameena bukan perempuan pertama. Semenjak dahulu lagi, dia memang suka buat kerja begini. Bertukar teman wanita, dan menghancurkan harapan mereka. Aset yang ada pada dirinya menyebabkan tiada siapa yang kisah dengan apa yang dia lakukan pada perempuan lain. Perempuan-perempuan lain sentiasa menanti masa hubungannya terjejas, agar mereka pula mendapat peluang dengannya.

Ameena tidak akan dilayan. Malah ramai perempuan bergembira dengan nasib Ameena.
Wafiq kegilaan semua.
Yang tenggelam dalam cinta palsu dunia.

“Bravo, bravo” Badruddin menepuk tangan. Kagum dengan kehebatan Wafiq dalam bab mematahkan hati perempuan. Dia yang sedari tadi memerhati dari jauh bersama Yusuf, memeluk Wafiq.
“Harap bertudung je lebih Ameena tu. Tak ada pegangan langsung. Sanggup pula peluk kau?” Badruddin menggelakkan Ameena.

“Tudung apa semua tu, mereka berlakon sahaja. Aku benci dengan orang-orang macam itu. Kalau boleh, aku nak rosakkan lagi ramai lagi. Biar mereka sedar, yang mereka tu berlakon sahaja”

Yusuf memandang Ameena yang masih lagi tidak bangun. Kasihan. Tetapi apa yang dikatakan oleh Wafiq betul juga. Disaster Five, kehidupannya pernah dicalari dengan peribadi-peribadi yang berlakon mulia. Mereka amat benci dengan peribadi-peribadi ini.

“Jangan kata ‘aku’. Kita” Badruddin mendepangkan kedua belah tangannya, meletakkan di belakang bahu Wafiq dan Yusuf. Kemudian merapatkan tubuh dua rakannya pada dirinya.

“Ya, kita. Kita benci orang macam mereka” Wafiq mengiyakan, mereka bertiga berjalan meninggalkan taman JUST itu.

Ameena, mangsa pertama dalam kehidupan Wafiq di Universiti. Ada ramai lagi akan menjadi mangsa, andai tiada yang mengambil langkah untuk mendalami cinta. Hanya yang buta, akan terkena.
Apa yang dilakukan oleh Wafiq, semuanya diatur oleh Badruddin.
Ini perancangan mereka.
Untuk menterbalikkan PERMAI.
Yang dirasakan palsu dalam membawa kebaikan.
*****

Asid meletakkan dagu di atas meja. Kuliahnya baru sahaja berakhir. Dia senyap sahaja. Di hadapan matanya, terbayang-bayang wajah Sara Nasuha.

Kenapa walaupun dia cuba menyisihkan, dia masih teringat kepada perempuan bernama Sara Nasuha?
Sebelum dia meluahkan kerisauannya kepada ahli rumahnya tadi, dia sebenarnya telah berusaha untuk menjauhkan hatinya dari perkara sebegini. Dia bangun malam, solat tahajjud dan bermunajat kepada Allah agar menjaga hatinya.

Betapa sebenarnya dia terkesan dengan pesanan-pesanan serta didikan Irfan kepadanya selama ini, berkenaan hidup untuk mendapat redha Allah SWT.

“Kita ni Asid, kalau muhasabah balik, datangnya kita daripada Allah SWT. Balik pun nanti nak pulang kepada Allah SWT. Jadi, adakah masuk akal kalau kita katakan kehidupan kita yang berada di antara kedatangan dan kepulangan itu, untuk bukan selain Allah SWT? Akhirnya, kalau kita lihat dengan teliti, hidup ini adalah untuk menggapai redha Allah SWT. Tiada matlamat lain”

Di situlah Irfan menyentuh jiwanya dengan membaca:


“Apakah kamu berfikir Kami menciptakan kamu dengan sia-sia? Sedangkan kamu kepada Kami tidak akan dikembalikan?” Surah Al-Mu’minun ayat 115.


Ketika itu, ayat itu hampir sahaja meluluhkan jantungnya. Bergetar hatinya kerana seakan tersedar dari lena yang panjang. Irfan memang lama bersahabat dengannya, dan berkongsi kefahaman Islam dengannya. Namun, bila dia berada di tengah kehidupan Islam, apabila dia mendapat peringatan, ternyata peringatan itu terasa lebih menusuk dan mendalam.

Jadi, apabila dia telah sedar bahawa kehidupannya ini hanya untuk mendapat redha Allah SWT, maka dia amat risau. Dia risau, cinta yang bermain-main dalam jiwanya kini adalah sesuatu yang menyebabkan dia terkeluar dari matlamat hendakkan redha Allah SWT itu.

Bagaimana?
“Weh,” Tubuhnya ditampar deras dari belakang. Pecah semua lamunan Asid.
“Sakit la Halim!” Asid cuba memegang belakangnya. Reaksi spontan walaupun tidak sakit. Baju yang dipakainya agak tebal kerana musim sejuk.

“Fikir apa? Peperiksaan ke?” Halim bertanya, kebetulan peperiksaan mereka semakin dekat.
Asid meletakkan dagunya semula. “Peperiksaan akhirat” Lemah dia menjawab.
“Kenapa dia ni?” Halim memandang Dzulkarnain. Dzulkarnain hanya tersenyum, sambil mengangkat bahu.
“Angau dengan Israa’ kut” Halim mencekak pinggang.

Asid tiada reaksi.
“Ha, panjang umur. Baru sebut, dah datang” Halim bersuara lagi.

Asid tahu, bila Halim sebut begitu, pastinya Israa’ yang menghampiri. Dia bingkas bangun, mengemas beg dan menggesa Halim bersama Dzulkarnain untuk bergerak.

Israa’ tidak sempat menghampiri mereka. Hanya mampu memandang Asid, lelaki yang meragut hatinya pergi. Israa’ terasa ingin memanggil, tetapi suaranya tidak keluar.
Ketika di muka pintu Dewan Al-Farabi, Asid menoleh ke belakang, memandang sebentar Israa’.
“Maaf” Asid berbisik perlahan.
Israa’ bukannya tidak tahu yang Asid tidak mencintainya. Tetapi entah kenapa, dia amat mencintai Asid.
Israa’ tidak mahu berputus asa.
*****

“Irfan, bagitahu la” Asid menepuk belakang Irfan yang sedang khusyuk menghadap lap top. Sempat Asid memandang apa yang ada di skrin Irfan.

Ceramah oleh pendakwah Amerika yang terkenal – Khalid Yasin. Orang kulit hitam yang suaranya penuh semangat dalam menyampaikan kebenaran. Kata-katanya pula menusuk jiwa. Orangnya pula sederhana.

“Fasal cinta?”

Asid mengangguk, segera duduk di katil Irfan. Irfan menghentikan durasi video Khalid Yasin.
“Kau cinta pada siapa ni sebenarnya?” Irfan membuka soalan dengan pertanyaan yang ingin diketahuinya.
“Soalan itu dilarang wahai Ustaz Irfan” Asid menggerakkan jari telunjuknya.
Irfan ketawa kecil.

“Kau bercinta juga kan?” Asid pula bertanyakan soalan.
Irfan mengangguk. “Kau dah tahu kan?”

Asid pula mengangguk. Dia dan Irfan pernah berkongsi hal ini tahun lepas. Irfan yang ketika itu menyatakan bahawa dia mencintai seseorang. Namun, dia tidak melihat Irfan mempunyai masalah sepertinya kini. Irfan tidak pernah termenung panjang. Dia tidak tahu sama ada Irfan terbayang-bayang atau teringat-ingat kepada perempuan yang dicintainya. Tetapi dia yakin, Irfan selamat mengharungi alam percintaan ini.
“Sekarang bulan berapa?” Irfan bertanya.

“Bulan 11.” Asid memandang jam di tangan. “Apa kena mengena soalan aku dengan bulan?”
“Aku nak bagitahu, aku nak bertunang bulan satu ni”

“What?” Asid terkejut besar. Irfan tersenyum.
“Aku nak bertunang bulan satu ni” Irfan mengulang.
“Jahat, lambat betul kau bagitahu!”

“Dah yang perempuannya baru bagi jawapan bulan lepas”
“Bila kau masuk melamar ni? Aku tak nampak kau terhegeh-hegeh pun?”
“Siapa ajar cinta kena terhegeh-hegeh?”
“Jadi kau cinta sebelum kahwin?”
Irfan mengangguk.

But no couple, no chit-chat, no facebooking, no calling, no sms, not a thing. Except, letters from my in laws” Irfan meleret senyum.

Mata Asid terbuka. Ya Allah… Hebatnya sahabat aku ni.
“Habis macam mana kau dekati dia?”

“Aku nak cakap pun susah. Tapi, kau percayakan Allah itu membolak balikkan hati?”
Asid mengangguk. Ya, dia beriman dengan yang itu.
“Maka Allahlah yang mendekatkan dia kepada aku, bukan aku yang mendekati dia”

Sekali lagi Asid rasa terpukul. Ini satu keimanan, keyakinan, dan kepercayaan kepada kekuasaan Allah.
“Aku dekati keluarga dia. Itu cara aku. Sekurang-kurangnya, kalau aku tak dapat dia, aku ada hubungan dengan keluarganya. Di situ dakwah berjalan juga. Tapi Allah izin, dia juga rupadanya ada hati pada aku. Jadi, mudahlah kerja. Aku pun rasa syukur sangat.”

“Berapa ramai Asid, dalam dunia ini yang bercinta, atas dasar keimanan-Nya kepada Allah?” Irfan menyoal.
Asid diam. Di dalam hati dia menjawab – sikit.
“Jadi tak boleh la bercinta? Aku tak faham la. Kau kata kau bercinta. Macam mana ni?”
“Aku kata ke tak boleh bercinta?”

Bilik itu senyap sebentar. Benar juga, Irfan tak cakap tak boleh.
“Cinta, siapa boleh kawal bila nak jatuh cinta? Kalau dah jatuh cinta tu, jatuh la juga. Kadang-kadang sebab terjumpa, ternampak, dengar cerita, begitu la peliknya cinta. Kenapa boleh jadi begini? Sebab cinta tu fitrah manusia. Manusia memang ada fitrah untuk mencinta dan dicintai. Tetapi…”

“Tetapi?” Asid mengangkat kening.

“Cinta tu kena la dibina atas dasar keimanan. Jangan cinta mengawal keimanan kita. Tetapi keimanan kita yang mengawal cinta”
Mata Asid membesar. Hatinya lagi tercucuk. Kenapa dia tidak nampak benda ni?

“Sebab itu aku kata, cinta itu diiringi pengorbanan. Bukan korbankan maruah, harta, masa untuk pasangan kita. Tetapi kita korbankan masa, harta, diri kita untuk tarbiyah diri, proses diri, agar kita bersedia membina keluarga yang Allah redha”

Irfan terus bercerita. Asid pendengar setia. Walaupun dia sering sahaja mendengar Irfan memberikan ceramah dan sebagainya, tetapi entah mengapa, bila hati terisi, berjam-jam pun tidak mengapa, beratus kali pun bosan menyapa.

Irfan menerangkan, betapa membina keluarga itu juga satu wasilah untuk menyampaikan dan menguatkan Islam. Keluarga dibina dari dua individu, kemudian membiak. Di sini perlu diperhatikan betapa pentingnya individu yang hendak memulakan keluarga itu, perlu memahami Islam dengan sebenar-benarnya. Individu itu akan membentuk satu keluarga yang menjadi sebahagian dari komuniti. Keluarganya secara tidak langsung akan menjadi duta Islam di tengah masyarakat nanti.

“Maka bagaimana agaknya kalau kita bina keluarga kita, dalam keadaan tidak bersedia, keimanan rapuh, kefahaman Islam tidak jelas?”
“Kita tidak akan mampu tarbiyah anak-anak kita?”

“Anak-anak dan isteri sekali Encik Asid. Dengan isteri sekali.”
“Isteri? Kita kena la cari isteri yang solehah”
“Betul, tetapi adakah isteri kita sesolehah Khadijah isteri Rasulullah SAW? Sehebat Aisyah RH? Setaat
Fatimah RH? Setabah Asiah isteri Firaun? Seteguh Masyitah yang diterjunkan ke dalam api? Sesuci Maryam ibu Isa? Secekal Yukabid ibu Musa?”

“Semestinya tidak”

“Maka adalah penting kita mempersiapkan diri. Bina kefahaman. Bina ketahanan. Bina rasionaliti. Bina mentaliti. Bina disiplin. Bina hati. Semuanya untuk mentarbiyah keluarga kita nanti. Kita bukan masa nak kahwin sahaja hendak Islamik. Kita nak seluruh kehidupan kita selepas berkeluarga nanti Islamik. Berada dalam lingkungan keredhaan Allah SWT”
Asid terangguk-angguk.

“Dan kena ingat, jatuh cinta ni kadang-kadang, kita jatuh cinta pada perempuan yang tak solehah juga. Ada sahaja orang boleh tabah mencabut cintanya. Ada yang tak boleh. Macam mana kalau kita tergolong dalam kalangan yang tak boleh itu? Bukankah nak tak nak, kita kena persiapkan diri untuk mentarbiyah isteri kita, yang nantinya menjadi guru pertama kepada anak-anak?”

MasyaAllah… Asid beristighfar di dalam hati. Pandangan Irfan luas sekali. Luas dan jauh. Bukan sahaja membuka mata, tetapi membuka minda dan jiwa.

“Jadi, macam mana dengan aku sekarang?” Asid bertanya. Itu soalan yang paling penting buatnya.
“Kau sekarang sahabatku Asid yang kucintai sepenuh hati ini….” Irfan memandang mata Asid dalam-dalam.
“InsyaAllah, kau berada atas kebenaran. Jangan sisihkan cinta itu. Kawal cinta itu. Kau kata kau runsing sebab kau risau cinta itu akan membawa kau terkeluar dari redha Allah. Itu tandanya kau mempunyai satu sensitiviti yang tinggi. Cinta tidak salah Asid. Siapa mengharamkan cinta, dia sebenarnya mengharamkan fitrah manusia. Islam tidak turun untuk mengharamkan fitrah, Islam turun untuk mengajar manusia mengawalnya”

Asid terpana. MasyaAllah… indahnya Islam. Dan hikmahnya kata-kata Irfan.
“Kawal cinta itu Asid. Kalau betul cinta, cinta biar ke syurga. Maka apa persediaan kau untuk bawa keluarga kau ke syurga? Adakah dinamakan cinta kalau kita sekadar melemparkan pasangan kita ke neraka?” Irfan menumbuk lembut dada Asid. Asid rasa macam ada sesuatu yang hangat meresap ke dalam hatinya. Soalan Irfan seakan terus berulang-ulang di dalam jiwa.

Apa aku telah lakukan untuk bawa keluarga aku nanti ke syurga?

Asid memandang Irfan. Teringat dia betapa kebelakangan ini Irfan sangat-sangat rajin memasak, mengemas rumah, mencuci tandas, basuh pakaian sampai baju kawan-kawan pun dibasunya, dan segala kerja dilakukan dengan penuh teratur dan efisyen. Kalau sebelum ini Irfan memang kemas dan teratur, kebelakangan ini dia lebih lagi dari itu.

Akhirnya Asid faham.

Semuanya kerana Irfan sedang mempersiapkan diri untuk menjadi ketua kepada keluarga. Ketua kepada keluarga yang hendak membawa keluarganya menembusi syurga. Itulah dia pengorbanan yang dimaksudkan Irfan. Mengorbankan kepentingan diri untuk membawa keluarga menggapai redha Allah SWT.
Segera Asid mendakap Irfan. Irfan membalas dakapan Asid.
Tiada kata. Namun rasa terharu yang menghurungi dada.

Pesanan dari sahabat, yang terikat di dalam pesanan itu tali-tali keimanan.
Meresap terus ke dalam hati yang memang memerlukan pesanan.
Asid berazam memurnikan cintanya. Dia perlu kawal cintanya. Dia perlu bina cintanya atas keredhaan Allah SWT. Bukannya mencari keredhaan Allah SWT atas cintanya.
Dia ingin, dia dan Sara Nasuha boleh bersama hingga ke syurga, serta keluarganya boleh menjadi antara medan penyebaran Islam kepada manusia.

Monday, October 25, 2010

SALJU SAKINAH

Ketenangan yang kucari...kenapa setiap kali hati ini sering terasa serba tak kena dengan hidup sekarang?Apakah yang telah aku lakukan? Adakah Dia masih bersamaku? Setiap waktu kurasakan sedih dan hiba. Aku rasakan hidup seperti tiada apa-apa. Masihkah DIA mengizinkan aku utk merasai cinta dan kasihNYA? Kadang-kala aku inginkan teman utkku meluahkan rasa hatiku ini, tetapi aku tahu, di KAU lah yang layak utk ku berkongsi rasa hatiku.

Aku insan yang lemah, yang masih memerlukan sokongan dan dorongan utk bermujahadah di jalan-MU. Ya Allah, terimakah aku dimataMU? Walau kutahu ENGKAU tidak pernah menolak hamba-MU yang datang kepada-MU walau dengan segunung dosa. Lindungilah hati ini dan diri ini dari jalan-MU yang terkutuk. Tunjukilah jalan ke Salju Sakinah-MU..

Setiap langkahku, aku takut utk berhadapan dengan-MU...Yang kupinta pada-MU, lindungilah hamba-MU yang hina ini dari jalan yang penuh noda...Sesungguhnya aku amat memerlukanMU....amat-amat memerlukanMU pada ketika ini... Kuatkan hatiku dan imanku ya Robbi...

Thursday, October 21, 2010

KENANGAN SEMALAM

Pada ketika ini, hati ini terdetik utk entry kali ni. Masih kuingati lagi...tatkala insan lain seronok gi sekolah di hantar oleh mak dan ayah, tetapi tidak diri ini. Orang lain mencium tangan dan pipi ibu bapa, tapi tidak bagi diriku.

"Tok ayah, Ain gi dulu,"

"Belajar rajin-rajin. Dapatkan nombor 1 lagi", pesan tok ayah.

Pabila disetiap keputusan peperiksaan penggal keluar, Tok ayah dan tok mak pasti gembira. Termasuklah mak dan ayah.

"Ain dapat nombor 1 lagi !", jeritku pada tok ayah sewaktu Tok ayah menjemputku pulang dari sekolah.

"Alhamdulillah", jawab tok ayah. Dan Tok ayah menghulurkan not merah buatku. RM10.

"Terima kasih Tok Ayah". Aku tersenyum.

Di setiap hujung bulan, pasti mak ayah pulang ke kampung menjenguk kami adik beradik. Pada petang ahad, kami bertiga akan melambai sambil menjerit "BYE!". Ayah akan bunyikan hon sampai suara kami tidak mak dan ayah kedenganran. Begitu juga kami, kami tidak akan mnjerit BYE dah pabila tidak kedengaran bunyi hon ayah. Dan bermaksud mereka dah pun jauh. Sedih... tapi itulah pengorbanan mak dan ayah yang kami cuba faham.

Aku berbangga dengan mak dan ayah.
Ramai yang tidak sangka bahawa mak ku adalah seorang pejuang negara. Mak seorang askar. Ayahku pemandu trak Askar. Pabila hari Tentera, PULADA akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Tentera, dan kami bertiga; Along, aku dan adik akan ke Johor utk menghadiri sama. Melihat mak berkawat, terasa bangga di dalam diri.

"Ayah, tu mak!", jeritku.

"A'a, tu mak. Mak depan sekali," jawab ayah.

Kecik je mak. Comel.

"Anak-anak awak ke ni Aishah?" tanya salah seorang Kapten di situ.

"Ya Encik, anak saye",jawab mak.

"Semua perempuan?" Kapten bertanya lagi.

"Ya", jawab mak sambil tersenyum.

"Habislah awak, kena tinggal la nanti bila diorang dah kahwin", seloroh Kapten.

"Nak buat macamane Encik, nampaknya macam tu lah", sayu je suara mak.

*****


Sejak sekolah rendah lagi, aku tanamkan azam utk menunaikan segala impian mak dan ayah juga tok mak dan tok ayah. Rutin harianku disetiap petang pada umurku sekolah rendah dan tadika. Lepas masuk je waktu Asar, mandi dan solat. Selepas itu minum petang. Duduk-duduk sekejap di beranda. Masuk je azan Maghrib, kami solat berjemaah bersama Tok Ayah dan Tok Mak. membaca Al-Quran selepas solat Maghrib adalah satu kewajipan bagi kami. Dan kami menunaikan Isya berjemaah. Makan malam di sapa selepas selesai segala ibadah pada Allah swt.

*****

"Ain, tak nak masuk Maahad Johor, atau MRSM?" mak betanya padaku...

"Tak nak", jawabku.

"Nak masuk SMK(A) Sharifah Rodziah. Sebab dekat dengan laut, best," jawab Ain sambil tersenyum.

Mak tersenyum sahaja. Mak tahu, anaknya ini amat sukakan laut dan pantai.(same la tu).

******

Setelah mak pencen, ayah bersara, kami beradik di ambil oleh mak dan ayah utk tinggal bersama. Sedih sangat waktu meninggalkan Tok mak dan Tok Ayah. Kerana Tok Mak dan Tok Ayah lah yang menjagaku sejak aku dilahirkan.

'Tok mak, Ain tak nak ikut." aku merengek pada Tok Mak.

"Gi, jangan lawan cakap orang tua. Mak dah datang ambil, ikutlah. Atok takpe. Kalau nanti mak dan ayah tak beri kamu datang sini, jangan datang. Jangan lawan cakap mak ayah," pesan Tok Mak.

Aku menangis di sisi Tok Mak. Aku rasakan hilang sudah kebahagiaan bersama Tok Mak dan Tok Ayah yang aku kecapi.Pada ketika ini, airmataku bergenang, hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku amat rindukan mereka.

*****

Sewaktu result SPM keluar, hatiku berdegup kencang. Ye lah, masa sekolah aku amat aktif. Duniaku hanya bola. Bola Jaring. Setiap kali tahun peperiksaan, aku akan mewakili Negeri ke Peringkat Kebangsaan. Sebab tu masa form 3, result PMR ku tak lah berapa elok. Orang cakap elok, tapi tidak bagiku. Emm... berat je kaki melangkah utk ambil result SPM. Aku demam seminngu sebelum tu.

"Kak Long, Ain sampai demam-demam ke nak ambik result SPM? Hihi," makcu bertanya mak di dalam panggilan telefonnya.

"Takut sangat le tu", seloroh mak.

Sebenarnya tak pun. Aku memang jarang sakit atau demam. Tapi jika sekali aku demam dan sakit, seminggu dan lebih dari tu. Tak bangun. Kesian mak.

Aku memint ayah yang pergi ke meja Ustazah Wan Nor utk ambik result SPM ku. Kerana aku takut. Akhirnya, aku tengok juga. Aku tersenyum gembira dan kata alhamdulillah tak putus-putus dari bibirku. Betul kata mak selama ni. Terima kasih mak. Ain bersyukur ape pun yang Ain dapat.Hadiah buat semua juga.

Dalam tempoh beberapa hari, (lupa) aku mendapat...

Alhamdulillah.
"Alhamdulillah.. Mak, Ain dapat Matrik Kedah, Changlun," aku memberitahu emak dengan gembira.


Seawal pagi, aku telah mendaftar di Matrikulasi Changlun, Kedah. Aku ditempatkan di aliran Sains Fizik. Aku suka belajar di sana. Pada ketika itu, kami batch ke-2. Suasana Islamik yang kurasai amat menenangkan. Even rakan baikku Cina, tapi die memahami agamaku.

"Adik buat ape tak tido lagi ni, ni kenapa nangis ni?" ayah menanya adikku pada malam selepas menghantarku di matrik Kedah.

Pada waktu itu, ayah melihat adik memegang gambarku.

"Adik rindu angah?" Tanya ayah.

Adik menganggukkan kepala sambil teresak-esak.

"Esok kite telefon angah ya. Sekarang tak boleh, Angah dah tido," pujuk ayah.

Adik sangat rapat denganku. Setiap malam, sebelum tido, sambil lampu bilik telahpun ditutup, kami akan borak-borak dan bergelak ketawa. Kadang-kadang, sampai membuat mak dan ayah terbangun. Bila buka pintu bilik kami, kami tak tido lagi sambil bergelak-gelak. Ayah pun menggelengkan kepala.Apalagi, kami pun sambunglah borak-borak. Bukan borak ape sangat pun, menasihati, dan mendengar cerita sekolah adik. Adiklah kawanku.Pada waktu tu, Along kat Kolej. Jadinya kami berdua je lah.

Tit! Tit!
Handphone ku berbunyi.

"Ain, dapat tawaran UIA" mesej dari mak.

Dengan pantas, aku menelefon mak. Mak memintaku membuat keputusan sendiri. Aku menarik nafas dalam2. Dalam hatiku mengatakan, itulah tempat impianku. Sejak aku berumur 10 tahun lagi, aku menanam azam untuk ke UIA. Alhamdulillah Allah memakbulkan doaku. Dia mendengar doaku.
Aku nekad, esoknya aku perlu berjumpe Pengetua Matrik.

Insan yang amat gembira pada waktu aku mendapat tawaran di UIA adalah Tok Ayah dan Tok Mak. Mak dan ayah pastilah gembira. Tapi....betulkah kos yang akan aku ambil di UIA ini? hatiku berkata ketika itu. Kupejam mataku rapat-rapat, aku katakan dalam hati, pada diriku,

 "ya Allah, jika ini yang terbaik buatku, aku redha pada ketentuan-MU".

Alhamdulillah, aku dapat meneruskan segalanya dengan lancar walaupun ujian datang tanpa henti. Mak banyak memberiku dorongan dan sokongan. Mak adalah sahabat terbaikku. Mak selalu dengar waktu aku nangis, ketawa, sedih, dan gembira. Mak juga selalu ada waktu aku sakit.

"Rindunya pada mak".

Dan sekarang, cita-cita dan impiam Tok mak, Tok Ayah, Mak dan Ayah telah aku tunaikan. Alhamdulillah aku tamat ijazahku tahun ni. Dan sijil itu adalah hadiah buat semua. Bagiku, takde ape yang bernilai melainkan menunaikan impian dan cita insan yang aku sayangi.

Pabila kuamati, Allah sering mendengar doaku. Menunaikan segala permintaanku.Mak ada cakap, Ain ni kalau die nak sesuatu, pasti die akan dapatkan sampai die dapat. Bagiku, kerana insan-insan yang aku sayangi, aku sanggup buat walaupun payah utk mencapainya. Terima kasih kerana memberi kepercayaan pada Ain.

Tatkala ini, airmataku mengalir di pipiku. Terima kasih ya Allah kerana Engkau tidak pernah memalingkan wajahMU walaupun aku hanyalah hamba-MU yang hina, yang penuh dengan dosa...hukhuk T.T

Monday, October 18, 2010

ALHAMDULILLAH

Kelmarin Ain borak2 dengan rakan Ain... Rasa tersentuh, termenung sejenak, terkesima....Ain rindu Ain yang dulu. Yang penuh dengan ketenangan, kedamaian, tawa even dalam kegelisahan. Bile Ain termenung sejenak, salah Ain. Terus mengucap panjang.

Ya Allah, aku bersyukur kerana masih Kau sentuh hatiku utk memuhasabah diriku. Kau tidak membiarku hanyut dengan dunia yang sementara ini. Rasa nak mengalir airmata pabila terkenangkan segalanya.
Alhamdulillah, bersyukur sangat.

Ain tahu, ketenangan itu kita yang cari dan hidayah pun kite yang cari. Hidayah tak datang dengan sendiri. Tapi pabila ia datang, kite membiarkannya, boleh jadi ia takkan datang lagi.Wahai hati... moga kau terpelihara. Selagi iman masih di dada, Allah masih disisi, dikau akan tenang di sini.

Malam tadi, borak2 dengan echa, sahabat Ain sejak sekolah lagi. Tak sangka bertemu setelah 7 tahun terpisah. Terpisah kerana masing2 masuk U lain2. Alhamdulillah, kami masih same. Rindu tak terhingga. Allah masih izinkan kami bertemu. Terasa manis je pertemuan itu. Tapi hati Ain hiba sebab tak dapat layan echa dengan baik kerana hari ni Ain keje. Maaf ya echa. Ade rezeki, kite bertemu lagi. Pintu rumah Ain sentiasa terbuka buat echa dan tetamu.

Terima kasih sahabat-sahabat kerana saling bersama bermujahadah. Ingatilah diriku selalu. Kerana diri ini insan kerdil yang mengharap tunjuk ajar darimu jua....

Wednesday, October 13, 2010

CEMBURU...

Pagi tadi bangun je tido masih teringat kejadian dan ape yang dirasai semalam... Cemburu... Bila ambil masa mendiamkan diri, terfikir balik, buat ape lah nak cemburu pada perkara yang remeh temeh. Lebih baik cemburu pada hamba-hamba Allah yang beribadah. Mak selalu berpesan,

"jangan perasaan menguasai diri. Ape-ape pun kita perlu sayang Allah melebihi segalanya."

Bila teringat ayat mak tu, tersenyum sendiri. Ape lah Ain ni. Tapi bila kite mendiamkan diri, orang beranggapan kite marah. Tapi hakikatnya kite nak ambil masa untuk bersendirian dan berfikirkan. Ape-ape je lah...

Perlu kah cemburu...Jawapannya ikutlah pada tempat dan keadaan. kan? Kan dah tenang dah hati ni... Sebab tu kena berfikiran rasional. Jangan suka-suka hati je nak terasa. Tapi... Ain mengaku juga, insan yang serba kekurangan yang punya banyak kelemahan, sebab tu ada rasa cemburu dan sebagainya.
Ingat pesan mak selalu... time kacih mak...Emmm rindunye pada mak dan ayah...Cemburu Along angn adik dekat sangat dengan mak dan ayah. Ain jauh. Cemburu lagi...hehe...

Angah akan balik...tunggu ea....this week cannot, insya'Allah next week. Emmm rindu sangat dengan tok mak dan tok ayah....Nak dekat dengan mereka.....hukhuk

Tuesday, October 12, 2010

SAHABAT

Alhamdulillah hari ni masih diberi kesempatan berada di Bumi Allah ini. Best pulak dengar bait2 lirik  nasyid Devotees ni... Teringat kenangan manis sewaktu di Matrik dulu. Rasa seronok bersama teman-teman di Matrik. Bila teringat gelak tawa ex-roomate matrik dulu, rase terhibur dan tersenyum sendiri. Pada masa tu, semuanya indah. Even tengah sedih pun indah. Ntahlah... tak tahu nak ungkapkan macamane...tapi rasa seronok sangat ada sahabat2 sebegitu...


Semasa ambil jubah convo hari tu, terjumpe Mar... rasa seronok sangat... maklumlah dah lame tak jumpe.Masing-masing cakap dah lain... Tapi still masing2 tak rasa kekok and etc. Emmm Dulu-dulu mase kat matrik bersama, kitorang suka dengar lagu Devotees. So, bile dengar je lagu Devotees, pasti tersenyum2 sendiri...

Masa kami kat matrik, Ain ada terdapat mesej, "Persahabatan lebih bernilai dari segunung kasih sayang seorang kekasih"... Betul! Ain sokong 100%...=)..Kami semua berpegang pada tu. Sebab tu terasa manis je dalam persahabatan kami... Bila berjalan beriringan... terasa indahnya kurniaan ILAHI...

Malam tadi tido lewat sangat kot, berbual-bual dengan roomate. Emm... moral of the story, bukan mudah nak mengubati bila hati dah terluka. Kata maaf mungkin boleh terucap, tetapi untuk kembali seperti dahulu tidak mungkin sama sekali... Itulah moral of the story yang Ain dapat pada malam tadi pabila mendengar luahannya. Tapi...
Banyak kali kami masing-masing saling mengingatkan, bersangka baik pada Allah. Bila sahabat dah dilukai oleh sahabatnya, pasti akan terasa kesedihan yang teramat sangat. Tapi.... semua tu takkan menghalang rasa suka dan kebahagiaan kita di sini kan? Allah pun tak nak kite sedih.... Emm Ukhwah kerana Allah takkan ada dendam di hati. Percayalah wahai teman.
Siapa pun ada sejarah masing-masing. Tapi bagi Ain, Ain happy bile melihat kebahagiaan rakan-rakan, teman dan sahabat yang mereka kecapi. Seronok je tengok. Kite pun tumpanglah gembira sekali kan. Buat ape lah nak nak letihkan hati utk berduka dengan kenangan silam.... Penat nanti...
Roomate Ain meluahkan rasa kesalnya...Tapi siapalah kita nak judge orang kan? Apa-apa pun Ain gembira ada sahabat-sahabat yang baik di sisi Ain.... Ramai... tak tertulis di sini. Wahai semua sahabat Ain, sesungguhnya diri ini bertuah dipertemukan dengan kalian semua....

Thursday, October 7, 2010

SWEET MEMORY ON 26th IIUM CONVOCATION...

Alhamdulillah, dapat juga Ain realisasikan impian insan-insan yang menyayangi dan Ain sayangi. Hari penuh bermakna ini, Ain pahatkan di tintahatiku302 ni. Buat Lela, Sab, & Azi, memori ini telah disemadikan di sini =)... Hope we will together forever & ever. Moga ilmu yang diperolehi di Bumi UIA diberkati dan mendapat rahmat dariNYA...Rasa sweet sangat persahabatan kita kan?Syukur Alhamdulillah. Kite dah bersama 6 years. Ukhwah fillah abadan abada....

Seawal pagi lagi dah called Tok Ayah... Emm...hukhuk, Tok Ayah nangis...Nangis gembira...Tok Ayah dan Tok Mak, Ijazah ini adalah hadiah buat Tok Ayah dan Tok Mak... Terima kasih kerana menjaga Ain sejak kecil hingga sekarang. Emm... Ain dah tunaikan impian Tok Ayah dan Tok Mak...Allah izinkan...
Di awal pagi 4th Oct 2010... 

Jap ya cik Azi... nak belek-belek jap... Nanti tak lah jatuh topi tu depan orang ramai ^_^
Selesai sudah...tapi Lela ni mane lah.....kami ambik gambar dulu...hihi
Sempat lagi semua berlakon...Terpancar kegembiraan di wajah semua...
Mak ayah.... terima kasih kerana menjaga Ain sampai di tahap ini...Pengorbanan mak dan ayah takkan Ain persiakan...Kalau Tok Ayah dan Tok Mak ada di majlis ni, pasti mereka menangis kegembiraan...
Sab, meh kite ambil gambar same2. Lela ngan Azi lambatlah...hehe
Akhirnya dapat juga kite b'empat bergambar...Azi, Ain,Lela,Sab..
Pertemuan ibu-ibu kami...Kamilah sahabat-sahabat anak2 makcik semua...
from left, my mak, umi(lela), nenek(lela),mak(sab), mak(Azi)
Paksaan dari kami berempat untuk semua parents bergambar bersama-sama..sume suka
Bersama rakan-rakan rapat yang masih meneruskan perjuangan..
Walaupun kami dah tak bersama, ukhwah antara kami tetap utuh...tersimpul padu
Bura-Thanz bear
Aina-Thanz coklat
Ina-Thanz bunga
Syana-Thanz bunga
Fara-Thanz bunga
rindu bura.... all the best mydear
tq semua


bersama ibu-ibu kami....sweet sangat
di sini kita melakar sejarah....
TQ Allah...kerana mendengar doaku...
Amboi! Sab dan lela... suda-sudahlah ambik gambar kite...hihi
Suka dan duka bersama
Jom ambil gambar Sab yang tengah nak snap kite lela...hehe
Azi and Aziah yang 'comel'
"Jeling-menjeling, pandang-memandang"....
Sempat lagi berlakon...
Ain & Lela
Kak Sha yang sedang sarat... Tak pe kak, thanz coz sudi posing dengan kami...
Baby jangan marah ya... buli umi baby ni...hehe
Sweet memory with Kak Sha...
Baju akak nak same dah ngan jubah kami la...hehe
Tired already
Terima kasih mak dan ayah...
Semua ini adalah untuk mak dan ayah...

Buat sahabat-sahabat semua... sesungguhnya diri ini bertuah dan sangat bersyukur dipertemukan dengan kalian,,,, Abadikan kenangan bersama selamanya... Moga ukhwah berkekalan... Buat syana, Bura, Aina, Fara dan Ina... next convocation Insya'Allah kami b'empat akan datang... Terima kasih pada semua presents
yang diberi. Sangat-sangat menghargainya... Sesungguhnya diri ini bertuah dipertemukan dengan kalian...
Sayang semua...

Friday, October 1, 2010

^_^....^_^

Hari ni Ain rase gembira dan tersenyum je sejurus selepas bos cakap "VERY GOOD!". Terima kasih Bos. Emm siapa tak gembira apabila somebody appreciate kerja yang kita buat. Emm walau amat sukar utk Ain perolehi data dan graph tu, Ain cuba juga. Ye lah, as part of my task, I have to do it well. Macam tu jugalah, apa task kita sebagai hamba Allah, perlulah lakukan dengan baik. Semalam alhamdulillah, dapat juga bertemu dengan makde dan pakde sebelum flight mereka awal pagi ni. Emm tapi makde tak dapat hadir ke convo Ain. Baru nak ambil gambar same-same dengan makde. Emm... tak mengapalah, Kita merancang, tetapi Allah yang menentukan. Walau ape pun, Ain gembira dapat bertemu makde dan pakde.

Ingatlah wahai hati Ain yang lembut dan kadang-kala keras ni ^_^... Senyum selalu, kerana senyuman mampu menjernihkan sebuah yang keruh. Mampu menggembirakan yang berduka, mampu menyembuhkan penyakit, dan sebagainya...

Hari ni alhamdulillah siap task for
  • Ringgit movement against USD
  • KLCI from Jan 2010
  • GDP forecast
Moga Allah permudahkan segala urusan Ain yang berikutnya... Amin...

Thursday, September 30, 2010

HOW TO BECOME A GOOD WIFE???

Hari ni saye nak share tentang ilmu yang sahabat saye telah berikan pada saye berserta hadiah sekali.Amat menarik bagi saye...Iya, Ain akan share info yang Iya beri pada Ain ni ya...^_^

  • Treat your husband with respect
  • Communicate with him
  • Give him his space
  • Express your love and appreciation oftenly
  • Honesty, loyalty, and dedication
  • Plan surprises
  • Prepare yourself
Ain nak tambah sikit ya Iya...
  • Always pray for him and in the Blessing of Allah swt...
  • Take care of his deeds. If he forget or else, always guide and remind him...
  • Give and take each other...
  • Last but not least, LOVE each other... ^_^
Terima kasih Iya... Ain doakan Iya juga menjadi isteri yang solehah buat suami tercinta...

Wednesday, September 29, 2010

AKU SEDAR SEGALANYA

Walau seribu airmataku mengalir, ia takkan kembali semula yang dahulu... Selama ini mungkin aku yang tidak perasan akan kehadirannya....

"Ain, buat apa kat sini?" tanya salah seorang rakanku padaku.
"Takde ape, merenung masa depan", jawabku tanpa memalingkan wajahku padanya.

Airmata yang bergenang di mataku tidak dapat aku lindungi. Terasa besarnya keagungan ILAHI. Why everything happened to me? Itu yang pernah dipersoalkan. Astagfirullahal'azim... tak sepatutnya hati terdetik begitu. Setelah itu, aku sedar segalanya...
Ia cuma akan datang sekali sahaja. Aku banyak menghabiskan masaku dengan mendiamkan diri, menikmati segala yang dianugerahkan. Walau kadang-kala hati ini terguris dan terusik. Namun aku tahu, ia adalah untuk menguji tahap keimananku. Emm orang lain tidakkan tahu siapa diri kita melainkan diri kita sendiri dan juga Allah swr.

Biarlah segala tohmahan terlontar, cukup bagiku Dia mengetahui segalanya. Begitu kuat aku mempertahankan prinsip dan pendirianku....

Aku terasa nikmatnya pabila yakin dengan-MU...Alhamdulillah, walau perit untuk kuharungi segala apa yang aku idamkan, Dia mengurniakan segala yang aku impikan. Seakan tidak percaya. Tetapi, itulah hakikatnya. Tetapi.. setelah pelbagai kesulitan yang dihadapi.....

Cinta dan kasih-MU dapat aku rasai. Menitis airmataku pabila terkenang betapa kasihNYA Dikau pada hamba-Mu ini. Aku cuma insan yang sederhana... Aku juga sedar akan kekurangan yang ada padaku. Kerana kekurangan itu, aku cuba mengejar kesempurnaan yang Kau inginkan. Janganlah Kau palingkan wajah-MU dari hamba-Mu ini. Sesungguhnya aku tidak berdaya mengharungi segalanya sendirian. Lagi pulak dengan dunia sekarang yang penuh dengan kelalaian dan kepalsuan. Sesungguhnya aku mengtahui, jalan bahagia penuh dengan onak dan cabaran.

"HIDAYAH TAKKAN DATANG DENGAN SENDIRI"

Ayat itu sering bermain difikiranku. Cukup bagiku ketenangan dan kebahagiaan di dunia ini dengan limpahan rahmat kasih sayang dan keredhaan-MU.

Ya Allah, lindungi hamba-MU ini.... lindungi kami dari kesesatan dan kelalaian... amin....

Friday, September 24, 2010

BUAT INSAN YANG TERISTIMEWA....

Alhamdulillah... hari ni terbuka pintu hati untuk mecoretkan di tintahati ini...Khas buat Muhammad Daniel Alif. Cik In rindu sangat dengan Alif.Alif sihat? Hari tu balik dapat peluk Alif sekejap je. Bila menatap wajah Alif, hati ni rasa tenang je. Alif sangat suci... Allah sayang Alif. Cik In sangat suka bila riba Alif, Alif pasti senyap dan senyum je... Kadang-kadang Alif pandai memberi respon. Alif, Cik In doakan Alif jadi anak yang soleh. Menjadi mujahid cinta Allah. alif pasti nak tengok wajah Alif sewaktu kecil kan?
 Alif selepas beberapa hari dilahirkan.....

Alif pasti nak lihat gambar ibu di hari yang penuh bersejarah.... Cik In sempat upload yang ini buat Alif... waktu tu Cik In tak nak ambil gambar banyak-banyak sebab mak( tok mak alif) baru je lepas menitiskan airmata selepas meredhakan ibu menjadi isteri ayah Alif. Dan cik In tak sempat nak ambil gambar ayah Alif waktu tu. Maaf ya Alif...

Ni ibu Alif selepas akad nikah...yang memakai selendang blink2

Cantikkan ibu Alif? Cik In suka tengok ibu main-main dengan Alif... Sebab ye lah, ibu Alif anak last, macam keanak-anakan... Bila ibu bergurau dengan Alif, terhibur je... Ibu pandai jaga Alif... Sanagt sayang dengan Alif. Ibu sanggup bersusah payah kerana Alif. Alif jadi anak yang baik ya... Di sebelah kiri gambar sekali tu adalah Mak Long Alif, diikuti tok mak Alif, Ibu, dan cik In...

Alif pasti nak lihat gambar Alif lagi kan? Yang mencuit hati Cik In... Mase tu semua tergelak masa Cik In cakap, Alif tengah fikirkan ape lah tu=)

comel je Alif tido..
Alif dalam pangkuan

Semua sayang sangat dengan Alif. Kerana Alif sangat istimewa... Sangat-sangat istimewa..

Wednesday, September 22, 2010

SANDARAN CINTA....

Menelusuri denai kerinduan ini
Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi
Perjalanannya tak seindah bicara
Penuh onak berduri harus ku tempuhi


Di tengah rimba kehidupan
Menjalar akar perasaan
Malar kecintaan atau kebencian


Segar cinta bertunjang keimanan
Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa


Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula melata di jiwa


Ku mengimpikan kuntum cinta
Harum mewangi penuh warna
Kembangnya dibaja taqwa kepadaNya


Kan ku sunting ia jadi hiasan
Serikan kesuraman taman hatiku selamanya...ooo...


Namun cinta sejati, suci dan abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi
Raih cintaNya syarat menuju firdausi
Sandaran cinta pada Tuhan Yang Esa


Tenang dirimbun kasihnya mengubat lara
Tak ketemu kecewa hanyalah bahagia

Tuesday, September 21, 2010

ALLAH SAYANG KITA....

 فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا...
kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). (Annisa:19)


Ayat di atas membuat hatiku terpaut... Setiap apa yang dikurniakan Allah adalah yang terbaik buat kita. Mungkin kita sendiri yang tidak perasan... Pernah satu ketika dahulu, diri ini pernah ditimpa musibah yang tak terjangka oleh hati... Berkat kesabaran dan kekuatan kasih Allah, hati ini redha walaupun kadang-kala hati ini menangis.

Dan pernah satu ketika seorang sahabat bertanya Ain, meminta pandangan Ain tentang rakannya yang ingin ditinggalkan dek kerana mungkin ada kekurangan yang dia sendiri tidak mampu menerimanya... Emmm lame Ain termenung...Terus Ain mengungkapkan....

"Jangan tinggalkan dia, dia perlukan seseorang di sisi utk menemani dia ke jalan Allah.Kadang-kadang manusia ni nak berubah, tapi mungkin dia malu, dan memerlukan kekuatan tempat utk bergantung. Kekurangan dia adalah amanah Allah buat awak. "

Ain pun menceritakan tentang apa yang telah Ain alami pada sahabat Ain ni.

"Ain ada juga hamba Allah yang serba kekurangan... Kita perlu ada cara utk rapat dan membawanya ke jalan Allah. Ain tak menyesal dan sedih dikurniakan dia dalam hidup Ain. Malah Ain sayang dia. Kerana kasih sayang kita akan membuat dia terpaut pada jalan yang sedang kita tuju. Pimpin tangannya utk bersama kita..."

Pada waktu itu, airmata bergenang di kelopak mata Ain dan sahabat Ain...

"emmm... Ain tahu, bukan mudah nak terima insan yang bukan sejalan dengan kita... Tetapi cuba kita renungkan sejenak, jika dia sanggup terima kita seadanya, why not kita? Mungkin ada kelebihan dia melengkapkan kekurangan kita, dan kelebihan kita melengkapkan kekurangan dia... Allah Maha Mengetahui... Mungkin itu cara Allah nak lengkapkan iman kita dan juga dia"

Emmm masing-masing terdiam...

"Allah jadikan semua yang terbaik buat kita... Allah sayang kita...."

Ain belajar terima semua ni pun setelah pelbagai musibah dan ujian Ain lalui... Dari situ Ain dapat rasa kasih sayang Allah dan kasih Allah pada hamba-NYA...

Jangan pernah menyesal pabila Allah takdirkan kita menerima seseorang yang kekurangannya kita ternampak... Ia adalah amanah buat kita... Bersangka baiklah pada Allah, pasti akan terasa kemanisannya...Ustaz Ain pernah berpesan, senantiasalah menucap Astagfirillahal'azim, memohon keampunan pada Allah...

Ain bersyukur atas segala kurniaan ILAHI... everything happened for the good reasons....

Monday, September 20, 2010

JANGAN MENANGIS LAGI

Rasa tersentuh pabila terbaca coretan ini....

Saat hati benar-benar di landa gelisah... gundah.. ada sesuatu yang mengganggu fikiran... atau sakitkah hatimu..?? atau peritkah hatimu..?? atau mungkin hatimu derita di kala ini...

kenapa aduhai hati..??

apakah yang menyebabkan sakit hatimu..? atau derita hatimu..? ataupun fikiran keliru..

wahai hati.. bila engkau memandang segalanya dari Allah.. yang mempercepatkan segalanya.. yang menimpakan ujian.. yang menyebabkan sakitnya hatimu, membuatkan keinginanmu terhalang.. pastinya damailah hatimu jika engkau mengetahui.. kerana masakan Allah sengaja mentadbirkan segala2nya dengan sia-sia...
bukan Allah tidak tahu betapa deritanya hidupmu.. pecahnya hatimu..
mungkin itulah yang Dia mahukan..
Kerana Dia tahu, hati yang sebegini lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat denganNya..

wahai hati..
berjalanlah dengan penuh harapan kepada Allah semata-mata..
walaupun hidup ini tak selalu bahagia..
sedekahkanlah satu senyuman walau d hatimu tak mampu lagi bertahan..
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..
hiduplah dalam iman walau hidup d penuhi godaan..
dan berpeganglah kepada Allah walau dia tidak kelihatan..
Bukti kasihNya, kita wujud d dunia pinjaman..

wahai hati..
ingatlah..bahawa orang yang soleh tidak gembira apabila mendapat sesuatu kesenangan..
Juga hatinya tidak berduka andai tidak mendapat apa yang di impikan..
Kerana dunia tiada di hatinya..
Yang ada hanyalah pengharapan kepada Allah semata-mata..

syukran kepada salah seorang ustazah saya.. yang mengingatkan saya..
"Jangan biarkan wujudnya pengharapan di hati kita kepada manusia.. Mengaharaplah kepada Allah semata-mata.."

aduhai hati..contohilah para sahabat Nabi saw..
Apabila di beri kesenangan, ahati pasti gelisah..
Di pohon kepada Allah agar mendatangkan kesempitan..
kerana hati mereka bimbang andai terleka dengan kesenangan..

Bertahun-tahun cuba ku pujuk hati sendiri..
aduhai hati..ketahuilah bahawa hidup bukan hanya di sini..
Di sana kekal abadi..
Aduhai hati..yakinlah Allah sentiasa bersama hambaNya yang inginkan cintaNya..
Bukankah keperitan itu juga dari Allah..?
Bukankah kesakitan itu juga dari Allah..?
Bukankah kesempitan otu juga dari Allah..?
Aduhai hati..yakinlah kasih Allah itu kasih sejati..
Aduhai hati..ingatlah, janji Allah janji yang pasti..

Wahai hati..manangislah penuh pengharapan kepada Ilahi..
Pasti kan kau temui jalannya nanti..
Wahai hati..usahlah bersedih lagi..
carilah redhaNya, sematkan di setiap sudut hati..
Moga kasihNya, menyinari hari-hari y menanti..

Friday, September 17, 2010

DARI HATI KE HATI

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih di kurniakan hidup ini padaku... Emmm... kenapa kadang-kadang hidup ni rasa serba tak kene. Wahai hati, cuba kenangkan semula apa yang telah dilakukan sebelum-sebelum ni? Ha! ntah-ntah ada dosa yang kita tak perasan yang telah kita buat... Sedar tak? Emmm lumrah, kadang-kadang hati ni rasa sedih, gembira, sunyi, rindu dan macam-macam lagi... Tapi semua tu adalah fitrah kita sebagai insan dan sebagai hamba-NYA...

Emmm... minggu ni rasa macam nak balik rumah... Tapi drive sorang2.... emm tu yang menyebabkan my bonda tak izinkan.... Emmm nak tak nak, kenalah ikut cakap mak... Nanti mak marah baru tau =)...

Emmm... berbalik kepada hati ya... Kesian hati ni... kadang-kadang, hanya kerana hati, kita menzalimi badan kita. Ha! jahat kan hati ni... Eh! tak2, hati tak jahat.... maaf ya wahai hati... Ain ni, bila sedih2 tu, cepat2lah ingat Allah. Allah kan ada... Ni tak, kadang-kadang tu, duk layan lah sedih die tu sampai terlupa yang Haq...

Mengada sungguh =)... Ei, readers2, jangan gelakkan Ain...Tak baik... Emm..

Ain tu memang, kadang-kadang hati pun tak faham die =)... Ape-ape pun hati sentiasa bersama Ain...Sebab hati ada dalam diri Ain.... hehe... Mesti pening kepala readers ni... Maaf2. Ain ni memang suka cakap sorang-sorang.... Bukan gile atau ape ya, tetapi sekadar utk menghiburkan hati... Ye la, sape lagi yang nak pujuk hati sendiri kalau tak diri sendiri kan? Kepada readers2, kalau nak rasa terpujuk, try la... Muhasabah balik segala apa yang telah kita buat. Mungkin dosa-dosa kecil yang kita lakukan itu yang mengganggu hati dan perasaan kita... Percayalah! Wah! macam tajuk lagu Siti pulak, Percayalahhhhh... =)

Ooooo suasana kat luar ofis ni gelap je... hujan rupanya...Lebat sangat... hujan rahmat di pagi Jumaat... Ok lah, Ain nak melengkapkan apa yang belum terlengkap lagi... Moga Allah pelihara segala apa yang Ain lakukan... Dan segala apa yang hati rasai....

Senyum selalu wahai wajah dan hati.....=)