"Tok ayah, Ain gi dulu,"
"Belajar rajin-rajin. Dapatkan nombor 1 lagi", pesan tok ayah.
Pabila disetiap keputusan peperiksaan penggal keluar, Tok ayah dan tok mak pasti gembira. Termasuklah mak dan ayah.
"Ain dapat nombor 1 lagi !", jeritku pada tok ayah sewaktu Tok ayah menjemputku pulang dari sekolah.
"Alhamdulillah", jawab tok ayah. Dan Tok ayah menghulurkan not merah buatku. RM10.
"Terima kasih Tok Ayah". Aku tersenyum.
Di setiap hujung bulan, pasti mak ayah pulang ke kampung menjenguk kami adik beradik. Pada petang ahad, kami bertiga akan melambai sambil menjerit "BYE!". Ayah akan bunyikan hon sampai suara kami tidak mak dan ayah kedenganran. Begitu juga kami, kami tidak akan mnjerit BYE dah pabila tidak kedengaran bunyi hon ayah. Dan bermaksud mereka dah pun jauh. Sedih... tapi itulah pengorbanan mak dan ayah yang kami cuba faham.
Aku berbangga dengan mak dan ayah.
Ramai yang tidak sangka bahawa mak ku adalah seorang pejuang negara. Mak seorang askar. Ayahku pemandu trak Askar. Pabila hari Tentera, PULADA akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Tentera, dan kami bertiga; Along, aku dan adik akan ke Johor utk menghadiri sama. Melihat mak berkawat, terasa bangga di dalam diri.
"Ayah, tu mak!", jeritku.
"A'a, tu mak. Mak depan sekali," jawab ayah.
Kecik je mak. Comel.
"Anak-anak awak ke ni Aishah?" tanya salah seorang Kapten di situ.
"Ya Encik, anak saye",jawab mak.
"Semua perempuan?" Kapten bertanya lagi.
"Ya", jawab mak sambil tersenyum.
"Habislah awak, kena tinggal la nanti bila diorang dah kahwin", seloroh Kapten.
"Nak buat macamane Encik, nampaknya macam tu lah", sayu je suara mak.
*****
Sejak sekolah rendah lagi, aku tanamkan azam utk menunaikan segala impian mak dan ayah juga tok mak dan tok ayah. Rutin harianku disetiap petang pada umurku sekolah rendah dan tadika. Lepas masuk je waktu Asar, mandi dan solat. Selepas itu minum petang. Duduk-duduk sekejap di beranda. Masuk je azan Maghrib, kami solat berjemaah bersama Tok Ayah dan Tok Mak. membaca Al-Quran selepas solat Maghrib adalah satu kewajipan bagi kami. Dan kami menunaikan Isya berjemaah. Makan malam di sapa selepas selesai segala ibadah pada Allah swt.
*****
"Ain, tak nak masuk Maahad Johor, atau MRSM?" mak betanya padaku...
"Tak nak", jawabku.
"Nak masuk SMK(A) Sharifah Rodziah. Sebab dekat dengan laut, best," jawab Ain sambil tersenyum.
Mak tersenyum sahaja. Mak tahu, anaknya ini amat sukakan laut dan pantai.(same la tu).
******
Setelah mak pencen, ayah bersara, kami beradik di ambil oleh mak dan ayah utk tinggal bersama. Sedih sangat waktu meninggalkan Tok mak dan Tok Ayah. Kerana Tok Mak dan Tok Ayah lah yang menjagaku sejak aku dilahirkan.
'Tok mak, Ain tak nak ikut." aku merengek pada Tok Mak.
"Gi, jangan lawan cakap orang tua. Mak dah datang ambil, ikutlah. Atok takpe. Kalau nanti mak dan ayah tak beri kamu datang sini, jangan datang. Jangan lawan cakap mak ayah," pesan Tok Mak.
Aku menangis di sisi Tok Mak. Aku rasakan hilang sudah kebahagiaan bersama Tok Mak dan Tok Ayah yang aku kecapi.Pada ketika ini, airmataku bergenang, hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku amat rindukan mereka.
*****
Sewaktu result SPM keluar, hatiku berdegup kencang. Ye lah, masa sekolah aku amat aktif. Duniaku hanya bola. Bola Jaring. Setiap kali tahun peperiksaan, aku akan mewakili Negeri ke Peringkat Kebangsaan. Sebab tu masa form 3, result PMR ku tak lah berapa elok. Orang cakap elok, tapi tidak bagiku. Emm... berat je kaki melangkah utk ambil result SPM. Aku demam seminngu sebelum tu.
"Kak Long, Ain sampai demam-demam ke nak ambik result SPM? Hihi," makcu bertanya mak di dalam panggilan telefonnya.
"Takut sangat le tu", seloroh mak.
Sebenarnya tak pun. Aku memang jarang sakit atau demam. Tapi jika sekali aku demam dan sakit, seminggu dan lebih dari tu. Tak bangun. Kesian mak.
Aku memint ayah yang pergi ke meja Ustazah Wan Nor utk ambik result SPM ku. Kerana aku takut. Akhirnya, aku tengok juga. Aku tersenyum gembira dan kata alhamdulillah tak putus-putus dari bibirku. Betul kata mak selama ni. Terima kasih mak. Ain bersyukur ape pun yang Ain dapat.Hadiah buat semua juga.
Dalam tempoh beberapa hari, (lupa) aku mendapat...
Alhamdulillah.
"Alhamdulillah.. Mak, Ain dapat Matrik Kedah, Changlun," aku memberitahu emak dengan gembira.
Seawal pagi, aku telah mendaftar di Matrikulasi Changlun, Kedah. Aku ditempatkan di aliran Sains Fizik. Aku suka belajar di sana. Pada ketika itu, kami batch ke-2. Suasana Islamik yang kurasai amat menenangkan. Even rakan baikku Cina, tapi die memahami agamaku.
"Adik buat ape tak tido lagi ni, ni kenapa nangis ni?" ayah menanya adikku pada malam selepas menghantarku di matrik Kedah.
Pada waktu itu, ayah melihat adik memegang gambarku.
"Adik rindu angah?" Tanya ayah.
Adik menganggukkan kepala sambil teresak-esak.
"Esok kite telefon angah ya. Sekarang tak boleh, Angah dah tido," pujuk ayah.
Adik sangat rapat denganku. Setiap malam, sebelum tido, sambil lampu bilik telahpun ditutup, kami akan borak-borak dan bergelak ketawa. Kadang-kadang, sampai membuat mak dan ayah terbangun. Bila buka pintu bilik kami, kami tak tido lagi sambil bergelak-gelak. Ayah pun menggelengkan kepala.Apalagi, kami pun sambunglah borak-borak. Bukan borak ape sangat pun, menasihati, dan mendengar cerita sekolah adik. Adiklah kawanku.Pada waktu tu, Along kat Kolej. Jadinya kami berdua je lah.
Tit! Tit!
Handphone ku berbunyi.
"Ain, dapat tawaran UIA" mesej dari mak.
Dengan pantas, aku menelefon mak. Mak memintaku membuat keputusan sendiri. Aku menarik nafas dalam2. Dalam hatiku mengatakan, itulah tempat impianku. Sejak aku berumur 10 tahun lagi, aku menanam azam untuk ke UIA. Alhamdulillah Allah memakbulkan doaku. Dia mendengar doaku.
Aku nekad, esoknya aku perlu berjumpe Pengetua Matrik.
Insan yang amat gembira pada waktu aku mendapat tawaran di UIA adalah Tok Ayah dan Tok Mak. Mak dan ayah pastilah gembira. Tapi....betulkah kos yang akan aku ambil di UIA ini? hatiku berkata ketika itu. Kupejam mataku rapat-rapat, aku katakan dalam hati, pada diriku,
"ya Allah, jika ini yang terbaik buatku, aku redha pada ketentuan-MU".
Alhamdulillah, aku dapat meneruskan segalanya dengan lancar walaupun ujian datang tanpa henti. Mak banyak memberiku dorongan dan sokongan. Mak adalah sahabat terbaikku. Mak selalu dengar waktu aku nangis, ketawa, sedih, dan gembira. Mak juga selalu ada waktu aku sakit.
"Rindunya pada mak".
Dan sekarang, cita-cita dan impiam Tok mak, Tok Ayah, Mak dan Ayah telah aku tunaikan. Alhamdulillah aku tamat ijazahku tahun ni. Dan sijil itu adalah hadiah buat semua. Bagiku, takde ape yang bernilai melainkan menunaikan impian dan cita insan yang aku sayangi.
Pabila kuamati, Allah sering mendengar doaku. Menunaikan segala permintaanku.Mak ada cakap, Ain ni kalau die nak sesuatu, pasti die akan dapatkan sampai die dapat. Bagiku, kerana insan-insan yang aku sayangi, aku sanggup buat walaupun payah utk mencapainya. Terima kasih kerana memberi kepercayaan pada Ain.
Tatkala ini, airmataku mengalir di pipiku. Terima kasih ya Allah kerana Engkau tidak pernah memalingkan wajahMU walaupun aku hanyalah hamba-MU yang hina, yang penuh dengan dosa...hukhuk T.T

No comments:
Post a Comment