Seorang insan ditabir malam
Tersenyum di balik kepayahan
Tidakkan layu mencurah ilmu
Luas lautan baktimu guru
Kau membentuk akhlak diri
Agar menjadi insan berbudi
Menyuluh gelita malam
Terangi kehidupan
Sayup dihatimu
Walau pedih jalanmu
Kau mendidik tanpa jemu
Hanya mengharapkan
Sinar kejayaan
Doa restu dikau iringkan
Terima kasih cahaya hatiku
Tulus suci kasihmu
Oh Tuhan
Rahmati guru
Wahai guruku yang tercinta
Kan ku ingat segala jasamu
Harapanmu pasti ku kotakan
Agar menjadi insan gemilang
Tersenyum di balik kepayahan
Tidakkan layu mencurah ilmu
Luas lautan baktimu guru
Kau membentuk akhlak diri
Agar menjadi insan berbudi
Menyuluh gelita malam
Terangi kehidupan
Sayup dihatimu
Walau pedih jalanmu
Kau mendidik tanpa jemu
Hanya mengharapkan
Sinar kejayaan
Doa restu dikau iringkan
Terima kasih cahaya hatiku
Tulus suci kasihmu
Oh Tuhan
Rahmati guru
Wahai guruku yang tercinta
Kan ku ingat segala jasamu
Harapanmu pasti ku kotakan
Agar menjadi insan gemilang
Selamat Hari Guru buat insan yang bergelar cikgu, pensyarah.
Tanpa cikgu, In takkan sampai macam ni dengan ilmu yang dicurahkan. Terima kasih kasih buat guru-guruku. Rindu sangat zaman sekolah. Lirik di atas selalu dinyanyikan sewaktu hari guru di sekolah suatu ketika dahulu. kami akan berkumpul ramai-ramai, diriku dan Majlis Tertinggi Pengawas yang lain akan mengiringi guru-guru masuk ke dalam dewan. Macam pengantin.
Pada masa tuh, terasa macam cikgu pulak, duk iring cikgu, terasa macam cikgu.hikhik.
Buat bekas anak-anak muridku yang pernah ku ajar suatu ketika dahulu, Sekolah rendah Agama Taman Maju, Jasin.... ustazah doakan kamu semua berjaya semuanya....
Salam hari guru buat teman-teman yang menjadi guru, dan semua yang bergelar pendidik.
ikhlaskan hati mendidik kerana Allah swt...^^
Terima kasih cikgu semua^^

No comments:
Post a Comment