Friday, January 7, 2011

TERIMA KASIH KAK FARA =)

Malam tadi balik-balik je di rumah, Kak Fara terus panggil... duk borak-borak dengan kak Fara. Kak Fara, moga kita same-same kuat. hihi... Cite kami same. Segalanya kami serahkan pada Allah. Kak Fara faham apa yang In rasa, dan In faham apa yang Kak Fara rasa.

Allah beri kekuatan malam tadi, dengan membongkarkan 1 perkara pada Kak Fara. Dan Kak Fara juga merasai perkara yang sama. Dan kekuatan utk berterus terang. Moga hamba Allah itu tidak bermasam muka dan kami baik seperti sediakala. Kami berterus terang kerana kami sayangkan kamu... Trust us.Hehe...

Kak Fara dan In berborak sampaii tak sedar dah lewat malam. Seronok sangat berborak dengan Kak Fara sampai  hilang rasa sakit. Tapi bila nak tido, terasa balik. Sometimes, apa yang kita nak, kita tak dapat.Dan apa yang kita tak nak, kita dapat.

"Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."-Al-Baqarah:216

Itu lah yang kami pujuk hati kami. Tak apa lah Kak Fara kan?kita teruskan je hidup kite and just follow the flow. Moga Allah memberi petunjuk pada kita sekarang ni. Jangan lambat. Kerana kita takut kita tak mampu nak hadapinya akan datang. Yang penting redha. Hati si comel ni pun redha je. Hanya mendiamkan diri dan berserah pada Allah. Jaga hati elok-elok.

Hujung minggu ni apa ya nak buat. Ingat nak gi joging me"release"kan minda.Hehe... Wallahu'alam. Seronok juga if dapat picnic ni. Tapi sekarang musim hujan. Jangan berangan la In. hadapi hari-hari dengan penuh kesempurnaan dan ceria k. Tinggalkan kepahitan dan kesedihan dulu. Ia dah pergi dah. Kita pun dah tinggalkan ia. Jangan datang balik tau.hehe

Semalam mak called, putera kesayangan In dah pandai merangkak. Alaaaa rindunya pada Alif sayang. Sayang mesti tak kenal Cik In Comel sayang ni kan? Rindu sangat dengan sayang. Nanti balik, siaplah die. tak kira, sayang nak cubit Cik In ni, cubitlah, Cik In tetap nak cium puas-puas. Nak pegang je, tak nak lepas-lepas. I miss you so much Alif. 

Kenapalah bergenang je bile Cik In luahkan ni...Rindu yang teramat sangat. Sabarlah wahai hati.... Alif sayang... Cik In sayang Alif sangat-sangat. Kalau Alif anak Cik In kan bagus.hehe...marah ibumu...Shorry dik...pinjam anakmu....


No comments: