Tuesday, January 25, 2011

PASTI MENANGIS

Sayang sangat pada mak dan ayah. Bila tengok je muka mak dan ayah mesti nak menangis. Dan In tak boleh cerita tentang mak dan ayah, pasti nangis. Ntah lah, mungkin sayang sangat-sangat.
"Mak dan ayah, ape je untuk mak dan ayah, In akan buat".
Sayangnnya In pada mak dan ayah mengatasi sayangnya pada yang lain. Of course la terutamanya Allah. The next is, mak dan ayah, tok mak dan tok ayah. Emm selagi ibu dan ayah kita masih hidup, disitulah terletak redha kita sebagai anak.
Sayang sangat. Emm... jangan start suruh In  bercerita tentang mak dan ayah, airmata pun jatuh la. Emm hanya Allah dan kami sahaja yang tahu sejarah hidup dan suka duka kami bersama. ianya sukar diungkap dengan kata-kata. Pabila nak terluah, pasti menangis. pada waktu teman menanyakan kabar mak dan ayah pun, In dah nangis. Emmm sensitif nya hati ni... Die pun tahu yang In sayang sangat mak dan ayah. Die pun sayang mak dan ayah In. Die ada waktu kami memerlukan suatu masa dahulu. Terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Everything I will do for u mak, ayah.
Dan In rasa tak perlu In kabarkan apa yang In dan family alami. Biarlah hanya Allah sahaja yang tahu. Biarlah ia menjadi rahsia dalam hati kecil ni. Terima kasih kepada family di sini kerana menganggap In seperti anak sendiri dan menerima In seadanya. Terima kasih. Penerimaan semua, tak dapat In balas. Ya, sederhana itu indah. Mengejar kesempurnaan itu pahit. Tetapi bersyukur atas apa yang ada itu indah. Kalau Allah tak uji In dan family, kami takkan macam ni sekarang. Dan kemanisan sebuah kebahagiaan dan keimanan itu tidakkan kami rasai.
Dan In juga tahu juga mengerti kenapa In ditakdirkan bertemu dengan semua. Moga tanggungjawab yang diberi akan terlaksana ke dalam menuju redhaMU.amin.
Lagu ni untuk mak dan ayah...

BAIK-BAIK SAYANG

Aku tak ingin, kau menangis bersedih,
Sudahi airmata darimu,
Yang aku ingin erti hadir diriku,
kan menghapus dukamu sayang,
Kerna bagiku kau kehormatanku,
Dengarkan, dengarkan aku....

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku,
Baik-baik sayang ada aku untukmu,
Hanya satu pintaku disiang dan malammu,
Baik-baik sayang kerna aku untukmu...

semua keinginan akan aku lakukan,
Sekuat semampuku sayang,
Kerna bagiku kau kehormatanku,
Dengarkan, dengarkan aku...


No comments: