Di screen handphone seorang hamba Allah, tak pernah berubah. Sejak dahulu hingga kini. Rasanya dah 3 tahun. Wallpaper handphone nya tak pernah berubah. Bila In tanye, kenapa tak pernah tukar, jawabnya sebab die sangat sayangkannya.
Pabila In duduk diam, In terfikir, kata-kata ni bermain-main di fikiran In. "Setianya dia". Ya, itu bukti kesetiaan dia terhadap sesuatu yang dia sayang. Dan In pun tak sangka. Tak pernah In jumpa hamba Allah sebegitu. Memang benar, dari segi sikapnya pun In tahu, dia adalah seorang yang sangat setia dan sangat menyayangi sesuatu perkara yang dia sayang. Emm... bertuah sesiapa yang dapat memiliki hatinya dan hatinya dimiliki.
In suka mengkaji sikap seseorang. Kadang kala dari segi perwatakan, kita boleh tahu dia itu macamane. Sebab tu jangan kita mengadili orang yang hanya dari luaran sahaja. Tanpa kita kenal, berbual mesra dengannya dan berkawan dengannya, kita takkan tahu siapa dia sebenarnya.
Terimalah insan yang hadir dalam hidup kita seadanya. Kekurangannya adalah amanah buat kita. Allah ada caraNYA untuk tunjuk kasih sayang dan cintaNYA pada kita. Tiba-tiba terfikir hamba Allah itu. Sangat setianya dia. Harapnya kasih sayangnya akan kekal hingga khirat. Dan Allah memudahkan segala perjalanannya dan apa yang diinginkan.AMIN


No comments:
Post a Comment