Emmm bestnye dengar album opick yang terbaru ni... Menyentuh hati dan kalbu. Rasa tenang je. Nampaknya mp3 in car akan sentiasalah memainkan lagu2 ni. Lirik-liriknya yang indah, sangat menyentuh. Bila hati terasa kosong, kembalilah dengan mengingatiNYA, pasti akan tersenyum sendirian dan sedar akan kebesaran keagungan cinta dan kasihNYA. Sejak dahulu, In sangat suka album opick. Penyampaiannya sangat menarik pendengar-pendengar. Setiap orang pernah buat silap... Dan kitalah yang perlu memberi ruang utk mereka yang membuat kesilapan itu berubah kepada yang lebih baik. Selitkan dalam hati keikhlasan hanya kerana Allah.
Bagi In, berkawanlah dengan siapa pun yang kita nak kawan. Asalkan ikhlas kita berkawan kerana Allah ta'ala.... Pabila ukhwah yang ikhlas kerana Allah, ianya akan tetap segar dan harum walau bertahun kita berkenalan dan tidak bersua muka. Itulah kemanisan sebuah ukhwah. Tiada paksaan di dalam menjalinkan suatu ukhwah, yang penting adalah keikhlasan di hati. Itulah yang si hati kecil ini rasakan sekarang. Terasa indah je... Segala ketentuan hati ini sandarkan padaNYA yang SATU. Kerana hanya Dia yang mengetahui setiap yang terbaik buat In.
Ya Allah, lindungi hati ini dari tersasar dari jalan redhaMU. Andai diam dan sepi adalah yang terbaik buatku, akan ku lakukan utk ketenangan hatiku...hati takkan berdusta. Walau sedalam mana ianya kusimpan, tetapi KAU adalah satunya yang tahu apa yang tersirat di hati ini.
Andai waktu memanggilku, rahsia hati ini tetap berada dalam hati ini. Dan inilah jihadku utk meraih kasihMU....Walau pedih utk kusimpan tnpa kuluahkan, tapi yang sakit dan pedih inilah yang manis buatku...

No comments:
Post a Comment