Alhamdulillah... hari ni sedih sikit... Tapi masih mampu berpijak di bumi nyata... Kenapa ya orang cakap orang Perempuan emosi... Tapi tahu tak sebenarnya Perempuan lah paling kuat berbanding Lelaki. Emmm... maaf andai ada yang tersakiti...
Tak tahu kenapa sedih sangat rasa... Kalau lah ada pantai di sini, nak sahaja aku meluangkan masaku di tepi pantai, melihat ketenangan lautan, memujuk hatiku sendiri... Melihat keagungan Ilahi, hati ini pasti terpujuk. Tapi aku yakin, semua yang terjadi ini ada hikmahnya. Sabarlah wahai hati....
Emm... kadang-kala setitis airmata juga mampu menenangkan jiwa. Hari ni ikut langkah kaki je selepas office hour nanti. Nak tenangkan jiwa dulu, nanti baru pulang. Tarawikh di tempat lain. Hari ni tak nak scenery yang sama seperti semalam. Ia akan membuatku teringatkan kisah semalam. Maafkan diri ini andai diri ini yang bersalah. Walau apa pun, kenangan hari-hari yang dilalui adalah yang indah buatku. Walau terselit duka, ia adalah yang terbaik buatku dari-MU dan terindah buatku.
Terasa hendak pulang ke rumah minggu ni. Biarlah tidak mention pada sesiapa pun, bagiku yang penting Allah ada di sisi. Allah menjagaku. Walau di mana ku berada, aku yakin Dia disisiku. Memang kadang-kala Allah takdirkan duka seketika. Segalanya itu ada hikmahnya. Emmm... Siapalah aku untuk mempertikaikan hak sesiapa. Dan lebih baik mendiamkan diri. Tapi kenapa mesti sedih kan?...
Wahai wajah, senyum, senyum. Jangan muram.... Tapi aku kalah juga T_T.... Emmm sedih. Mak, Ayah, I miss you... emm..... wahai hati, terpujuklah..... Diam lebih elok dari berbicara... =(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
Sedihnya hati ni =(...emmm
Post a Comment