Thursday, August 19, 2010

LIKU-LIKU KEHIDUPAN

Alhamdulillah, hari ni dapat lagi diri ni bernafas di bumi-MU ya Allah. Bersyukurku selalu pada-MU kerana memakbulkan permintaanku. Sejak akhr-akhir ni, kesihatan terganggu. Tak tahulah kenapa. Dah gi bertemu doctor, katanya tekanan darah rendah. Ape-ape pun senyum selalu >",<... Syafakillah buat diriku...hihi...
Semalam semasa balik keje, LRT delay... sangat-sangat menguji diri. Sedangkan masa tu rasa tak larat nak angkat kepala ni.Pening kepala. Tapi alhamdulillah, tak lah lama seperti hari isnin. Ya Allah, hari isnin tempoh hari adalah hari yang amat menguji kesabaran. Mujur staff2 semua faham. Hi (",) Kak Sha pun sampai lambat. Tapi tak lah selambat tintahati ni...
Semalam adik2 bilik semasa kat U dlu datang berbuka di rumah.Seronok sangat. Walaupun badan lemah tak bermaya, terasa gembira dan mampu lagi melayan kerenah mereka. Terima kasih, Siti,Salwa dan Rozi... =)... Ade waktu terluang nanti datang la lagi. Nak tido rumah akak pun tak pe...(hi, macam la diorang dengar suara hatiku ini kan?)
Hari ni hari ke 9 puasa... Rasa sekejap je. Tapi tu lah, bila bulan penuh nikmat ni, rasa sekejap je. Nanti dah nak raya dah. suka juga hati ni...Baju raya tahun ni mak yang belikan dan pilih. Tak tahu warna apa... "Kite ikut je mak =)" Macam teringin nak buat cheese kek. Sedap. Tak sabar nak buat. Raya tahun ni tak dapat buat kek kukus. Kalau tak tiap-tiap tahun, jari-jemari ini lah yang membuatnya. Kesian mak nanti masak sorang2. Eh! taklah, raya tahun ni semua berkumpul di kampung. Masak kat kampung. Hi, dah rancang dah, nak buat barbeque ngan makde n makteh. Mesti best dan meriah. Maklumlah, bersama orang baru... =)... alongku...
Eh, masa dah mencemburui, waktu rehat dah habis.Hampir tak sedar aku. Tapi jap, ada nak kongsi sesuatu. ada terbaca buku Untukmu Wanita, ditulis oleh Pensyarahku sendiri, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Best isi kandungan buku tu... nanti nak baca lagi lah =)... wallahua'alam

No comments: