Saturday, June 19, 2010

DETIK HATIKU...


Permaisuri Hatiku (Hijjaz)

Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi

Di antara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impian mu
Oh sayang ikhlaskanlah hati mu

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi

Benarlah! cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

( korus )
Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini kau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku cuba akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari

Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadanya
Di syurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemani
Dalam menggapai cintamu


(^_^) Suke sangat dengar lagu ni.... Terima kasih kepada sesiapa yang pernah dedicate lagu ni kepada sesiapa... Hargailah wanita ...kerana wanita dipandang mulia oleh Nabi Muhammad... Wanita dipandang tinggi oleh baginda saw.... Hati wanita sangat lembut.... Walau lembut, hakikatnya wanita sangat tabah dalam mengharungi apa jua ujian dan dugaan dari Allah swt... Saya amat mengagumi dengan seorang wanita... Rabiatul Adawiyah... yang cintanya hanya untuk ILAHI...

Tapi Siapalah saya untuk sehebat Rabiatul Adawiyyah. Cintanya tiada hijab dengan Allah hingga ibadahnya memenuhi setiap saat dan detik. Sebenarnya, saya pun ada cita-cita nak melahirkan ummat Rasulullah. Saya redha jika suatu hari nanti saya perlu sandarkan cinta Allah pada seorang lelaki bernama suami. Cinta sesama manusia itu adalah fitrah kerana memang Hawa diciptakan daripada Adam dan keduanya saling memerlukan. Allah jadikan Adam dan Hawa cenderung antara satu sama lain kerana itulah fitrah cinta.Sucinya cinta kita kalau dijaga sedemikian rapi kerana tiada unsur kelalaian dari cinta Allah. Inilah sebenarnya cinta kerana Allah. Moga-moga Allah anugerahkan pula seorang lelaki yang turut dicintai-Nya. Apabila telah dikurniakanNYA, terimalah wahai hati dengan seadanya... Jika ada kekurangannya, bukan kekurangan sebenarnya...kerana kekurangan adalah amanah Allah buat kita.... Bersangka baik pada setiap perancangan Allah =)

Buat teman hati.... terima kasih atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan... Moga redha Allah bersinar selalu... Di dalam lindunganNYA... Syukur alhamdulillah....

No comments: