Salam'alaik....
sangat menghargai akan sebuah penghargaan kepadaku.. Allah lebih tahu...Terima kasih kerana memilihku...terima kasih kerana menghargaiku...terima kasih kepada sebuah pertemuan dan terima kasih pada sebuah penerimaan...
Tiada kata utk kulafazkan, hanya untaian kata yang lahir dari hati kecilku ini utkmu yang kuabadikan dalam tintahati ini...Walau ku tahu diriku tak seindah bidadari syurga, tapi akan kutetap menjadi bidadari hatimu disepanjang hayatku. Menjadi peneman utkmu berkorban demi agama, berjuang demi agama dan menjadi Muslim yang sejati.
Bimbinglah juga daku ke jalan-NYA, jalan yang diredhai... Sentuhan suami yang mithali menghayunkan langkah seorang isteri menuju ke syurga firdausi.
Dan aku senantiasa berdoa agar aku mati sebagai seorang isteri. Kerana aku mengerti bahawa isteri yang mithali dan solehah adalah tempatnya dan ganjarannya di syurga abadi..
Terima kasih pada sebuah penghargaan... Walau bertahun menempuh onak dan duri, dikau tidak pernah jemu memberi semangat dan sokongan buat hatiku yang lemah ini Dikau meniupkan kata-kata semangat bahawa DIA sentiasa mendengar doa kita. Airmata ini selalu gugur bukan kerana tidak bahgia atau sedih, tetapi aku gusar tidak mampu memberi yang terbaik mahupun sebagai hamba-NYA dan sebagai temanmu... Jangan salah anggap pabila aku menitiskan airmata...bukan bermaksud aku lemah, tapi aku luahkan padaNYA...
Terima kasih segalanya... Hari menjelang tiba...Sama-sama kita jadikan diri kita terbaik antara satu sama lain...
mathurat sentiasa bersamaku bersama doa rabitah yang menjadi peneman ku dan juga kamu...
Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini
(orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul
kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi
(perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat
dan menyokong syari'at Mu, maka eratkanlah Ya Allah
akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati
ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan-Nya (yang
sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya
Rabbani Mu yangtidak kunjung rnalap. Lapangkan hati-hati
ini dengan limpahan iman/keyakinan.
Dan keindahan tawakkal kepadaMU. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMU.Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMU.Engkaulah sebaik-baik sandaran & sebaik-baik penolong.
salam sayang pada yang menghargai....