Sunday, February 12, 2012

ANDAI INI HARI TERAKHIRKU

Alhamdulillah, malam ni aku masih bernafas di Bumi Allah swt ini.
Allah sangat mengetahui ape yang tersirat di hatiku. Sering aku diuji...sering airmataku gugur...sering hatiku tersentuh...Tetapi aku tahu, diKAU selalu bersamaku...
emm Ya Allah...
andai ini hari terakhirku...izinku aku menyentuh cinta dan kasih-Mu yang amat menenangkan hatiku.
Emm 
dan aku berharap setiap airmataku gugur di bumiMU ini membuahkan senyuman di syurga Firdaus MU.
Maafkan diri ini pada yang banyak tersakiti...
Aku amat bahagia...
Dan juga...
Tak ada apa-apa lah.
Cuma omongan kosong.
Emmm kalau kita banyak menangis di dunia, Allah akan berikan kebahagiaan buat kita di akhirat nt....
Itu kataku pada diriku...
Dalam hati...aku bahagia...Insya'allah dunia akhirat...
Maafkan diriku

Saturday, February 11, 2012

MALAM SUNYI PENUH DOA

"Sebut namaMU terukir merdu,
terlukis dalam sajadah cinta,
Tetapkan pilihan sebagai teman,
Kekal abadi hingga akhir zaman"


Emm sunyi nya pagi ni...Semua masih tidur lagi kah?Emm aku dah bersiap utk meneruskan ibadah (kerja) hari ni.Alhamdlillah, masih diberi nikmat bernafas di Bumi-Mu ya Allah. 
Masa utk fokus. Hati ini perlu sentiasa di isi. Terima kasih atas warkah dari-MU ya ILAHI. Terisi hariku dengan surat-surat sayang dai-MU.Tenang je hati ni.
Harap hari yang di lalui dan aan dilalui ini sentiasa di dalam redha Allah swt dan sentiasa dipelihara Allah.
Aku cuba ingin menjadi wanita yang dicemburui bidadari syurga. 
Namun aku juga sedar, aku hanyalah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.
Moga kesilapanku itu adalah cubitan dari Sang Pencipta utk menambah keimananku.Insya'Allah.
Kebahagiaan kita yang cipta.
Betul!
Kerana perancangan Allah itu amat halus.
Oleh itu, tiada ape yang tak boleh kita tak suka.
Kerana di situ Allah selitkan sesuatu yang baik di situ.
Salam sayang buat yang tersayang.
Wallahu'alam

Friday, February 10, 2012

WAHAI HATI

Wahai hatiku yang comel dan kecit...hihi^^
Cuit sikit...Hehe...Duk mengelamun je, meh sini teman coret something kat sini.Emm rasa bersyukur pada Allah swt kerana mengurniakan nikmat kebahagiaan dan anugerah yang sangat bernilai.Memang benar, jika tiada ujian, tiadalah kemanisan. Emmm tiba-tiba teringat something.
Emm keringnya hati ni dulu..ikiki^^
Semua tu perancangan Allah. Setiap kekurangan aadalah amanah Allah swt buat kita.
Alhamdulillah, segala anugerah datang tanpa disangka-sangka...Macam tak percaya atau bermimpi.
Hei Nurul Ain! 
Percayalah, ini adalah anugerah dari Allah buat kamu...
Asyik nak duk mengelamun je.hihi...
alhamdulillah segalanya.
Allah takdirkan sesuatu yang tak terduga. Kalau kita serius je, Allah takdirkan kita seorang teman yang suke buat kelakar...Macam tu ah lebih kurang..hihi
Pagi tadi dalam train, tengok  langit...ccanteknyeeeee...Hari Jumaat memang kecantikannya lain sikit.Sangat cantik dan indah.
Malam ni pun sunyi je.
Suka sangat baca buku Di Mana DIA di Hatiku.
Penemanku. Menjadi kan aku seorang yang positif. 
Hati ni perlu sentiasa dibelai dan disentuh. Kerana kadang-kala teralpa jua.
Iman bertambah dan berkurang.
Ya Allah, Kau ampunilah segala dosaku yang samada aku perasan atau pun tidak...
Aku bersyukur padaMU ya ILAHI...
Hati ini akan sentiasa berbunga...dan blink-blink...hihi
Insya'Allah.

Thursday, February 9, 2012

NANTI SIAPA NAK TOLONG UPDATE?

Alhamdulillah, maasih dpt meneruskan perjalanan di Bumi Allah swt ini.
Risau sangat demam yang teruk. Kalau org yang susah nak sakit, kalau dah sekali sakit memang sangat teruk. Terfikir-fikir di malam jumaat ini. Siapakah yang akan sambungkan blog ku ini pabila aku sudah tiada lagi?
Ada yang sudi, tapi buat masa ini password blog ni tiada siapa pun yang tahu lagi...
But, there is someone yang aku sangat percayai. Dan dia juga menyatakan yang dia akan sambung menulis utk ku.
Terima kasih ea...^^. 
Dan die juga suka sangat baca blog ni. Kalau dah lame tak update, akan ditanye, 
"kenapa tak update blog?"
Sometimes tak sempat, tapi bila diberi kesempatan, memang akan kutulis.
Tulisan dengan diriku takkan boleh dipisahkan.
Even ade blog ni, dairi comel pun ade sebagai kawan baik, peneman luahan hati.
Ade juga dairiku disimpan oleh org lain...Suka baca katanya...Ye ke tidak?hihi
jangan marah.
Nanti tolong update kan blog ni ea. Pasti ada cerita menarik nanti dari mu.
Terima kasyi^^...
Jari jemari dah letih, demam tak baik-baik.
Dah berapa hari dah.
Syafakillah buat diriku.
Salam sayang buat yang tersayang.
Selamat malam.
Beta nak beradu dulu.
Hening je malam ni...
Salam'alaik

Tuesday, February 7, 2012

HUJAN RAHMAT DI HARI BERSEJARAH

Alhamdulillah...
Sangat bersyukur dengan cubitan Allah swt...
Teringat di hari pertunanganku, hujan rahmat turun ketika doa diaminkan dan pada saat cincin disarung.
Dan aku sedar, segala yang terjadi ada hikmahnya.
Terima kasih semua.
Memori ini akan kekal buat selamanya...
Terima kasih pada 2 Rejab 1432H


Moga ikatan ini akan kekal selamanya....
Moga kita menjadi pasangan yang soleh dan solehah...
Isteri dan suami yang mitahli...
Allah sentiasa bersama kita...
Maafkan pada yang terluka...

Salam sayang...Moga redha Allah sentiasa buat kita...amin^^



SEMAKIN INDAH

Kebahagiaan itu bukan hanya di hujung jalan
tapi di sepanjang jalan
berbahagialah  ketika memulakan langkah pertama

Semoga Allah menilai tulisan ini sebagai satu sumbangan kecil ke arah menguatkan jiwamu utk menghadapi tempoh ujian-NYA.Dengan menulis, aku berasa lebih dekat dan tepat, kerana ada kalanya kata-kata tidak membayangkan rasa hati yang sebenar. Biarlah aku menulis sependek mungkin agar masa dapat ditumpukan kepada jalan-jalan lain utk meguatkan jiwa. Lagipun kata-kata yang tepat itu selalunya singkat.

Wahai jiwa, setiap musibah mestilah dirasakan sebagai didikan ALLAH. Tetapi jika kita keluh kesah, ia bertukar menjadi bala. Jika sabar, ia menjadi pahala. Katakan, saat diuji beginilah kita mendapat peluang utk mengamalkan apa yang selalu kita dengar dalam tarbiah dan kuliah. Cuma amalan ini tidak nampak kerana ia lebih menusuk rasa hati. Dalam menghadapi ujian yang ada kaitannya dengan manusia, ALLAH mestilah dirasakan sebagai pengarah kpd semua perbuatan manusia. Kita selamanya tidak akan berpuas hati, rasa hina, rasa tertekan dan marah selagi merasai manusia sebagai punca  segala-galanya.

Bila kita rasa ALLAH yang menentukan, mencatur perbuatan manusia, menentukan rasa hati manusia dan DIA di belakang setiap peristiwa, maka ketika itulah hati kita kan tenang kerana yakin; Cubitan daripada Kekasih Yang Maha Penyayang selamanya akan lebih baik daripada belaian seorang musuh.

Memang segala yang berlaku peribadimu agak 'jatuh' di sisi manusia. Tapi belum tentu jatuh di sisi ALLAH. Jatuh peribadimu disisi manusia dapat 'menaikkan' khambaanmu di sisi ALLAH. Rasa kurang, rasa hina, dan rasa lemah bukan mudah utk dicapai.

Berzikir berpuluh-puluh ribu kali sekalipun kadangkala tidak mampu membentuk sifat kehambaan. Nah! sekarang ia datang dengan peristiwa. Memanglah agak pahit tapi rasakanlah, kerana itu adalah ubat. Lebih baik dosa yang menimbulkan rasa sedih drpd taat yang menimbulkan rasa takbur.

Musibah itu bukanlah pengakhiran kpd jalan mujahadah. Jalan mjahadah masih panjang, peluang utk menebuskan kesilapan terbuka luas. Malah aku yakin, kau akan lebih gigih lagi selepas ini. Jangan risau kerana masih ada org yang sayang. mereka yang suka mendidik bukan menghukummu.

Jalan mujahadah memang payah. Ini jalan warisan para Rasul dan para sahabat. Penawar jatuh bangun di jalan mujahadah ini ialah pesanan Rasulullah: "orang yang bertaubat dosanya seolah-olah tidak berdosa." Dan mereka yang menjadikan ALLAH sebagai TUHAN-nya, selagi itulah mereka menghayati firman ALLAH ini.

"ALLAH cinta kepada org2 yang bertaubat"

Resapkanlah surat ini dalam hatimu. Ketika menulisnya aku bukan hanya berpandukan kepada akal atau ilmu semata-mata tetapi ia juga berdasarkan pengalaman. Bila ada ujian berat, di situ ada kemenangan yang indah. Percayalah...kerana susah payah memburu kebahgiaan itulah yang akan membesarkan dan memeriahkan lagi kebahagiaan yang akan dicapai nanti. Semakin payah, semakin indah. 

Akhirnya semua isi surat ini kutulis atas anggapan engkau bersalah. Aku paparkan betapa cerahnya masa depan dan maghfirah ALLAH kepada org yang bersalah. Aku tidak dapat bayangkan, betapa pula jika kau tidak bersalah...tentu leih cerah lagi.

Sukar utk menggambarkan simpatiku padamu tetapi cukuplah kukatakan begini," Masih ada manusia yang yakin bahawa kau tidak bersalah dan salah seorang daripadanya ialah aku."

Sahabat, percayalahkebenaran itu sangat tinggi nilainya. Dan sangat mahal pula maharnya.

~Terima kasih uztaz Pahrol....
Surat ini menjadi penguat hidupku... Salam sayang buat tunangku...
Sayang kerana ALLAH swt...wallahu'alam

Terima kasih atas hadiah ini di hari lahirku...
Moga kamu beroleh pahala setiap kali bait patah kubaca...insya'allah...

SAAT LAFAZ SAKINAH

Sedih dengar lagu ni...
Emmm bila dengar, mesti termenangis...


SAAT LAFAZ SAKINAH

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Monday, February 6, 2012

TUHAN SENTUH AKU

TUHAN
dalam letih aku merintih
kelemahan dan kelalaianku
alpa dan dosaku
aku lemah tak berdaya

TUHAN
dalam suka dan duka 
tangis dan tawa
melimpah rahmat dan nikmat-MU
aku syukur dan akur
lupa aku mengenang-MU
dalam sibuk dunia yang gawat
KAU lupa kuingat

TUHAN
ampunilah hatiku yang pilu
tak endah bila menadah
akan kebesaran-MU
ingatkan daku
agar mengngat-MU

TUHAN
bicara-MU tanpa suara
belaian-MU hanya rasa
KAU terlalu dekat 
tanpa suara
namun cinta-MU ketara jua

Sunday, February 5, 2012

MANA PEN NI :'( HAPUSLAH WAHAI AIRMATA

Sedihnye... mane pen ni...
Penat cari...Tak dapat nak tulis diari. Aku nak pakai ape kalau takde pen..Emm Dairilah kawan baikku. Dah banyak dah dairi. Pasni setiap hari nak tulis dairi...
Minta maaf segalanya...Sedih sebab cari pen tak jumpe...Nak nangis je rasa.
I miss you mak, ayah...Rasa keseorangan..hukhuk
Terima kasih mak ayah kerana membuat anakmu ini bahagia dan disayangi. Terima kasih mak sebab melahirkan ku ke dunia ini. 
Saban waktu aku selalu berdoa agar Allah panjangkan umurku. Kalaupun nyawaku di ambil, ambillah nyawaku ketika aku seorang isteri. 
Terima kasih juga pada sebuah hadiah...
Al-Quran dan tasbih. 
Terima kasih kerana memberiku hadiah itu, buat penemanku, ketenanganku. 
Ya Allah, 
kuatkan hati hamba-MU ini. Tuntun langkahku ke jalanMU yang Kau redhai. 
Terima kasih kerana Kau mencubit imanku, kesabaranku atas sandaran hamba-MU. Tabahkan aku dalam menghadapi liku-liku kehidupan ini. 
Moga kebahagiaan menjadi milikku...
Tiada kata yang mampu kulafazkan. Hanya untaian doa buatMU utkku harungi hidupku di BumiMU ini.
Redhakan hatiku, tabahkan hatiku.
Dan aku tahu, Engkau kan sentiasa bersamaku selamanya...
Hapuslah airmata ini...:'(

Tuesday, January 31, 2012

MACAM-MACAM JADI

Salam'alaik... Baru sempat nak update blog...Ni mamar shaye...cumel kan?Dah pandai duduk dah...sangat lincah...Tak larat...hehe...Emm banyak perkara yang dilalui sepanjang tak update. Sebab sibuk dengan hal-hal yang lebih penting. Dan memori yang kupahatkan pada tintahati ini pun penting jugak...hihi..
Ni bunga... ku hias cantek-cantek di work station ku...agar segar pandangan mata lihat bunga yang tersenyum ni. So ni lah flora ku. Sejuk mata memandang mawar...ade peneman sebelahnya...bunga matahari dan juga bear cumel...Dan ade juga yang membuatkan sangat busy...iaitu pindah rumah....penat sangat tapi sangat seronok. Sangat gembira dan sangat bahagia hati ni...Nak kata barang banyak tu tak, tapi entahlah...hehe...

takde lah banyak kan...mujur ade insan yang sudi menolong. Terima kasih sangat-sangat...Tak terkata...Kecian Onie ku, terlepak atas tudung saji...hihi....Dan hati ni sampai tak terkata sekarang ni...ade rasa gembira dan bahagia...Tak nak fikir perkara yang akan menggugat perasaan, jadinya kite kene ceria...Kerana hidup ini sangat singkat utk kite nak berduka....
Emmm penatnya....
Dan yang sangat seronok lagi...Sok balik kampung, jemput mak ayah datang sini...Tak sabarnye. Lepas keje jemput mak ayah...Nantikan kepulangan anakmu ini, doakan kami selamat sampai mak ayah...
Emmm tak sabar nak jumpe Alif...Yang suke dengan bunga juga...nengok ni, alif main dengan bungaku...Tak mahu lepas,.Semua ie belek...Habis kosong kotak keronsangku....Alif2...Windu pada Mamar juga...



Monday, January 23, 2012

TAHNIAH WANIE^^

21 Jan 2012...
Seronok dapat jumpe kawan-kawan sekolah yang rapat di majlis wani...Tahniah wani...hihi...Selamat Pengantin baru...Ni hadiah buat wani...hehe...cantek tak?

Emm akhirnya kite semua bertemu kan?Dah lame sangat tak bertemu. Yang dari Mesir pun dah balik Malaysia, baru dapat jumpe. hihi...kakak angkat saye lah..

Emm tak sangka dapat jumpe ramai-ramai. Emm masa zaman sekolah dulu ni la member yang paling saye rapat...Seronok ade kawan seperti mereka. Dan tak sangka masing-masing (mostly) akan mendirikan rumahtangga tahun ni. Hihi...Kite semua take turn kan? ^^ Hihi...
Hope ukhwah kite kekal selamanya dunia akhirat...
Sangat sayang kamu semua...
Thanz semua...



Monday, January 16, 2012

ALHAMDULILLAH...SAYA BERSYUKUR APA YANG SAYA ADA SEKARANG


Alhamdulillah...
Aku sangat bersyukur apa yang aku perolehi sekarang. Hidupku semakin lengkap. Insya'Allah .
Rasa bersyukur ke hadrat ILAHI kerana di berikan peluang utk masih bernafas di Bumi Allah swt ini dan dapat merasai kebahagiaan di dunia ini selagi saki baki umurku masih ada.
Emm aku ingin menjadi wanita yang dituntut oleh Allah swt.

Sabda: 
"Sebaik-baik wanita adalah serendah-rendah maharnya"

Emm maksudnya sangat mendalam. Aku tidak mahu membebankan dia. Kerana pabila mahar itu mudah, akan terbit keikhlasan dihatinya. Kerana keikhlasan hati itulah membuat mahalnya mahar itu. Kerana keikhlasan tidak dapat di beli dengan wang ringgit ataupun harta. Dan harga sebuah keikhlasan itu sangat mahal.
Itulah impianku. Ingin menjadi sebaik-baik wanita. 
Dari ustaz Dr. Zaharudin :
Isteri yang 'mahal' lagi 'bernilai' pada pandangan Islam ialah isteri yang tidak meletakkan darjat & kemuliaannya kepada wang & harta, tetapi kepada iman & kasih dalam jiwa dan hatinya. Kalau diletakkan nilai dirinya kepada wang, wang akan hilang serta habis. Kalau diletakkan kepada iman & kasih suci dlm hatinya ia akan berkekalan sehingga hari kiamat dan seterusnya membawanya ke syurga.
 Jadinya, hanya dengan iman yang akan membahagiakan kita. Dan isteri dan juga suami yang beriman yang akan membahagiakan rumahtangga. Aku tidak menginginkan kemewahan, cukup sekadar dia ikhlas denganku, menerimaku, kasihkan aku,sudi berjalan beriringan bersama menuju jalan ke syurga abadi dan sama-sama berjalan beriringan denganku menunaikan impianku ke Makkatul Muqarramah sana. 
Nanti kt ke Makkah bersama ya...
Moga Allah mengizinkan impianku ini. Amin 

Sunday, January 15, 2012

SYUKRAN SAHABAT-SAHABATKU

I miss you all so much... Emm sangat rindu pada zaman sekolah kita...Kita same2 makan, tido, belajar, gi surau dan macam-macam lagi. Tak sangka sangat ukhwah kita kekal hingga ke hari ini. Terima kasih sangat-sangat atas kehadiran kamu semua. Buat Hana, Meci, Echa,dan Fana dan juga Elina dan Rahmatul... I love you all so much.
Emm waktu mak ayah tak dapat datang asrama sebab jauh, mak ayah fana  dah macam mak ayah kami dah...
Paling seronok, mak ayah fana bawa asam pedas. Suke sangat makan asam pedas mak fana. Memang tak dapat nak dilupakan. Sangat indah zaman persekolahan dahulu dengan adanya kawan-kawan seperi kamu semua.
Emm sangat seronok belajar bersama... Dulu in ni memang aktif netball, asyik tertinggal pelajaran je. Mujur ade kawan-kawan yang sebaik mereka ni membantu. Alhamdulillah. Dan result juga alhamdulillah, dapat masuk UIA. Universiti idaman in...^^
Memang sejak sekolah rendah berangan-angan nak masuk dan belajar di UIA. Akhirnya dapat juga kerana Allah memakbulkan doaku.Terima kasih ya Allah. Atas restuMU juga banyak kenangan di UIA hingga kini. 
Kerana di bumi UIA juga aku bertemu dengan hamba-MU...
Buat sahabat-sahabat...
In sangat sayang kamu semua. Dunia akhirat. Kamulah sahabat saye dunia dan akhirat.



Saturday, January 14, 2012

HATIKU...IMANKU ...HIDUP AMAT BAHAGIA DENGAN IMAN DI HATI

Manusia ni sering berubah-ubah, begitu juga dengan iman.emm kadang-kadang takut bila memikirkan iman. Memang aku pasti diri ini masih mempunyai kekurangan iman. Aku pilih jalan bersendiri malam ini untuk aku renungkan diriku selama aku masih bernafas ini. Telah banyak mungkin dosa yang aku lakukan, sedangkan mungkin taubatku hanya sekelumit.
Ya Allah,
terimalah daku... Aku masih mencari dan terus mencari nur Ilahi-MU. Emm janganlah KAU palingkan wajahMU dari hamba-MU ini. Kadang-kala aku kalah atas ujian dan dugaan-MU. Jangan Kau uji aku pada yang aku rasa aku tak mampu mengharunginya. Peliharalah hatiku, jiwaku dan juga imanku
Sesungguhnya aku mengerti hidup amat lebih membahagiakan dengan adanya iman di hati...
Masa sekolah dan sekarang ni berbeza sangat. Aku sendiri dapat menilai diriku...
Dimanakah cintaku padaNYA...

Aku rindukan yang dulu...rindukan iman di hatiku...
Hanya dengan iman aku kuat melangkah di bumi Allah swt ini sehingga hari ini...
Terima kasih buat mak dan ayah yang banyak menagajarku tentang agama, iman dan menjadi Muslim yang sejati.
Kerana ujian dan dugaan mengajarku juga bahawa hanya dengan iman yang mampu membahagiakan hati dan hidupku....
Wahai iman, bertandanglah di hatiku lagi :'(

TERIMALAH TAUBAT HAMBAMU INI

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah .....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...