Monday, March 21, 2011

HATI TERUSIK


tahniah buat yang berjaya interview dan dapat keje.

Allah Maha Pemurah. Sentiasa mendengar doa hamba-hambaNYA. hari ni bertemu dengan junior... Rase tak sangka je.. jumpe CT^^. insya'Allah nt ade kelapangan kita jumpa lagi ya.

sewaktu kaki melangkah ingin ke office, terdengar lagu Embun Hidayah dari Hijjaz. sejuk je hati ni. ya Allah, tabahkan hati dalam setiap dugaanMU ini. Redhakan perjalanan hidupku agar sentiasa di dalam rahmatMU. Emmm sesungguhnya aku amat sedar akan diriku... KAU takdirkan hatiku derita kerana Engkau amat menyayangiku. Dalam sentuhanMU yang lembut, Engkau cuit hatiku akan kasihMU. AnugerahMU takkan ku persiakan...

Sabarlah wahai hati. Sesungguhnya aku telahpun berusaha setakat termampuku, dan aku serahkan segalanya padaMU ya Allah.

Buat teman, jagalah agama, hati, dan jagalah hubungan dengan Allah. Tanpa DIA segala yang kita nak, takkan kita perolehi. Panjatkan kesyukuran padaNYA. DIA pasti gembira andai setiap segala yang kau lakukan hanya keranaNYA.

Capailah setitis hidayah. Kerana di situ ada ketenangan hidup yang amat bernilai.

Wahai hati, jangan sekali hati mengeluh. Allah ada bersama kita k?senyumlah selalu. Hidup ni sangat singkat utk kita bersedih. Gembiralah walau mehnah datang menimpa. Kerana ALLAH SAYANG KITA^^.

buat teman, knp Allah lambatkan permintaan kita yang satu? krn Allah tahu, hati sebeginilah lebih lunak dalam meraih pertolonganNYA. DIA nak kita selalu denganNYA.

Pabila DIA telah menunaikan permintaan kita, maka berhati-hatilah dalam menyusun langkah. Kerana takut kite tergelincir. Sentiasalah mengingatiNYA yang satu. Ingatlah matlamat kita.

HARGAILAH SETITIS HIDAYAH^^

Hidayah takkan datang dengan sendiri. Tetapi kita yang perlu mencarinya. If ia datang, janganlah kita endahkannya, kerana kelak nt ia akan pergi dan takkan datang lagi...

Tenangkan, andai hidup dalam hidayah dan rahmat Allah? Tak semua orang boleh rasa. Allah ada perlbagai cara utk membuktikan kasih sayangNYA pada kita. Sometimes DIA turunkan musibah dan mehnah. Kita menangis, kita sedih. Sebenarnya DIA nak sangat dengar kita merayu padaNYA. Kerna DIA rindukan rayuan dan doa dari kita. Kadang-kadang DIA anugerahkan nikmat yang melimpah ruah. Dia nak kita berterima kasih pd DIA tanda kita bersyukur pada DIA. tapi hambaNYA sering lupa ketika nikmat yang melimpah ruah di beri. Sampai satu masa Allah paksa dia utk kembali padaNYA. Fahamkan?

Sebenarnya kasih sayang Allah mengatasi kemurkaanNYA. Kita je kadang-kala tak nampak tu semua. Yang kita nak, ape yang kita dapat, tapi kite lupa DIA. DIA je yang mengizinkan sesuatu itu. jadinya, pabila kita nak sesuatu yang kita impikan, kita perlukan pertolongan dariNYA. Jadinya kita perlu buat apa yang DIA inginkan dari kita.

In selalu ingat pesan mak...

"Sayang Allah".

terima kasih mak^^.

kajilah isi al-Quran. Teramat indah sentuhannya. Itulah kata-kata cinta dari ALLAH buat kita. Moga Allah lindungi kita dari sikap berputus asa... . Dah sangat banyak DIA beri petunjuk buat kita. ^^

Friday, March 18, 2011

BERMUHASABAHLAH

Waktu rehat yang cukup lame utk hari Jumaat. Teman officemate gi Mothercare... Banyaknye barang-barang baby...geram je nengok... Nak je beli...^^

Dalam menunggu waktu.... terfikir-fikir tentang bencana alam sekarang. Takutnya. Iman masih nipis lagi. Tak sekuat mane...Kalau Allah nak tarik nikmat, kejap je. Sekelip mata. Melihat kejadian tsunami kat Jepun, dah menggerunkan hati ni. Ya Allah, takutnya. Terimakah taubat dan amalanku ini? Wallahu'alam. Hanya Dia sahaja yang tahu.

Jom same-same polish iman. Takutnya akan kemurkaan DIA. Mungkin satu dosa tu kecil bagi kita, tapi besar bagi DIA. Nauzubillahiminzalik...

Ya Allah, peliharalah hati insan yang kusayangi agar sentiasa bersama-MU. sesungguhnya hidup ini amat singkat utk kita....

ALL THE BEST FOR YOU^^

Assalamualaikum wbt ^^.
Hari ni segalanya berjalan dengan lancar. All the best utk yang menghadiri interview hari ni...
Semoga Allah permudahkan segala urusan^^
Hari jumaat yang tenang ni, harapnya tenang ke akhirnya...Hidup ni sangat singkat kalau kita nak hiasinya dengan kesedihan kan? maknanya janganlah kite ukir kesedihan, happy lah selalu...
Allah kan ada. Dia beri yang terbaik buat kita^^
buatlah suatu perkara kerana ibadah. Pasti kelak akan terasa kemanisannya. Percayalah...

semoga Allah mustajabkan doa kite^^ dalam menuju keredhaan dan kebahagiaanNYA.

Thursday, March 17, 2011

SABARLAH WAHAI MAK,AYAH

Maaf sebab takde waktu kejadian. Maaf sebab tak dapat nak tenangkan mak dan ayah pada waktu itu. Kite je yang tahu ape yang kite alami kan mak, ayah... Senyumlah mak, ayah.. jangan mengeluh. Pasti ada hikmah segala yang terjadi ni. Moga Allah memberi petunjuk pada kita semua segala hikmah.

Mungkin ada perkara yang menimbulkan kemurkaanNYA tanpa kita sedari. Tenanglah wahai ibunda dan ayahanda. Hari ni ayah gi hospital tak? Ain doakan ayah cepat sembuh. Kalau Ain dekat, Ain nak bawa ayah gi hospital macamane Ain bawa tok ayah dan tok mak. Walaupun Ain jauh, hati dekat pada mak dan ayah. nanti kite gi dengar syarahan agama same-same lagi ea. Rindu saat tu. Kita sama-sama melangkah ke rumah Allah. Insya'Allah, setelah segalanya nt, pasti akan damai dan tenanglah hati mak dan ayah.

Mak, jaga kesihatan ya. kalau mak sakit, macamane ayah nanti. Along, tolong tengokkan mak dan ayah. Ain jauh. Ape-ape, beritahu ya. Dan Ain sentiasa update dengan mak ayah juga.

nanti kite 1 family gi pantai nak^^. Kite spend time bersama, lihat matahari terbenam. Dulu pun kite pernah buat kan? Ingat tak? Tapi bukan pada waktu matahari terbenam... Cume masing-masing merenung pantai, muhasabah segala yang terjadi....

Salam rindu buat mak dan ayah. Ain akan sentiasa senyum dan ketawa walau mehnah datang menimpa kita... Allah sayang kita^^. Makin dekat kita padaNYA, makin banyak kite diuji. Semua tu adalah cara DIA nak tingkatkan iman mita^^...

Wednesday, March 16, 2011

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBACA BLOG NI ^^

Alhamdulillah, segalanya kembali sediakala. In tak mampu nak mengejar kesempurnaan. Tapi Allah tahu apa yang tersirat di hati kecit ni. Terima kasih Ya Allah. Beri peluang utk merasai dan menilai kasihMU. Ketenangan ini yang kuperlukan.

Terima kasih pada yang sudi membaca blog ni. Blog ni adalah khas buat diri In, sebagai pemujuk hati dan semangat buat In. Dan juga if boleh memberi manfaat kepada semua^^. Insya'Allah.

Memori kehidupan yang amat bernilai bagi In. Walaupun ada pahitnya, itulah ragam kehidupan. Jika kita tak laluinya, kita takkan tahu hikmah dan perjalanan hidup. Dari situ kita pasti akan tahu segalanya.

Hidup dalam kegembiraan, tangis, tawa, sedih... adalah fitrah manusia. Menyayangi dan disayangi. Itulah kelengkapan hidup kita. Jika tiada kasih sayang, kita pun takkan rasa ape2. sebab tu kene sayang Allah, kita akan rasa sayangnya DIA pada kita.

Janganlah sedih selalu/... Allah tak suke kite bersedih dan berduka selalu. In pun bukanlah baik sangat. In mengaku. Masih banyak kekurangan dan kelemahan In... Bila kita ambil masa, bermuhasabah, membuang segala yang keruh, mengambil segala yang baik, hidup pasti tenang kan?^^

Mungkin dulu In jahil, In ada terleka.... seglanya tersedar pabila hati disentuh olehNYA... Sungguh lembut sentuhanNYA. Bak kesayuan pandangan mata...Terima kasih Allah. Maafkan pada yang menyakiti...Marilah buang segala yang keruh, ambil segala yang jernih. Pandanglah pada kebaikan sahaja. Bukan keburukan...^^

Setiap hari adalah hari baru^^.. cahaya matahari melambai pada kita utk kite senyum selalu...

Senyum seindah suria,
Yang membawa cahaya,
senyumlah hari-hari,
Ceriamu bersemi...
Senyum umpama impian,
Dalam kehidupan...
kau tersenyum, ku tersenyum,
kemesraan terjalin...

Hargai sebuah kemesraan kerana itu nikmat dan anugerah dari Allah....^^

Tuesday, March 15, 2011

SEDAMAI PANTAI

Nak gi laut... Nak tengok matahari terbenam... Tak pernah tertunai lagi impian nak ke  pantai ni...Bile lah akan dapat ke sana kan? Nak hati sedamai pantai. Nak hidup setenang pantai. Kita ni macam lautan, nampak tenang sahaja, tapi dalamnya hanya Allah sahaja yang tahu. sama ada ok atau tidak.

tapi ku sedar, pabila segalanya kite serahkan pada Allah, pasti damailah hati ni. Jiwa makin tenang. Allah akan dahulukan kehendak kita jika kita dahulukan kehendakNYA. Agar kita tak mengharap pada perkara yang tak pasti. Segalanya telah dijanjikan Allah.

apa yang terjadi ni pun segalanya dari DIA. Ianya takkan terjadi jika tiada keizinan dariNYA. Redhalah wahai hati. Jangan sedih2. Allah tahu apa yang terbaik buatku... Kerana DIA sayang aku...

senyumlah wahai wajah. Walau beribu kepahitan yang dilalui... DIA sentiasa menemani...
Hati ini menyesali atas segala dosa-dosa...
Terimalah taubat hambaMU ini...

TIME KASYI BAJU^^

"Time kasyi baju ni. Alif suke^^"
Comel kan? Sorry tak dapat nak mms. By the way, Alif Sangat sukekannya.
Cuma makngah nye ni usik-usik Alif, sampai nak nangis die... Hi^^ Cian Alif.
Kite gi jalan-jalan kan Alif waktu ni?
Walaupun waktu tu hati kecit ni terguris dan terluka...tapi cube hepikan diri tengok dan layan Alif.
Time kasyi Alif teman Cik In jalan2..^^



Suke Alif duduk dengan Aunty Lela... First time jumpe, sengeh2 je Alif... Macam dah lame kenal. Kan/
Time kasyi Alif sebab tak meragam. Senang Cik In bawa Alif.


Ni utk Saidatul...
Khas buat Saidatul...


Ala...tido ye...
Alif nakal sangat...
Tak boleh tengok orang duk sebelah Saidatul, die pun nak sekali. Baring same...
Ade telatah yang sangat mencuit hati...
Alif ajukkan Saidatul nangis. Sabar je lah... Lepas tu Alif gelak-gelak...
Geram betul.
Saidatul..... jadi anak yang Solehah ya... Cik In puas dapat jumpe and dapat pangku Saidatul....^^

MENCARI NUR ILAHI-MU

Tatkala airmata jatuh...
Aku redha andai ini takdirku...
Hatiku pedih menerima segalanya...
Adakah aku yang terlalu.......

Tatkala hati dirundung kesedihan yang amat sangat...
Aku kaku di atas langkahku...
Di bawah jatuhan air hujan...
Aku duduk merenung nasibku...

Tatkala aku memerlukan teman di sisi...
Aku ditinggalkan sendirian...
Aku cuba berdikari sendiri...
Aku mencari ketenanganku sendiri...

Tatkala diri tak mampu lagi melangkah sendirian...
Aku berjalan mencari apa yang perlu...
Aku tak mampu teruskan langkah...
Aku kehilangan....
Kehilangan tempat utk ku perlukan teman menemani...
Bukan kerana aku nak dimanjakan...
Tetapi aku tahu, aku sudah tidak mampu...
Kerana aku sendirian di sini tanpa ibu dan bapa....

Tatkala diri terasa hina....
Hanya Kalimah Allah penguat hidupku...
Hanya Warkah dariNYA yang selalu menemaniku...
Kata nasihat ibunda penguat nadiku...
Kadang-kala aku kalah...

Namun aku perlu sedar...
Semua ini hanya pinjaman...
Siapalah aku utk berharap..
Pabila diri terasa hina, satu beban utknya...
Aku redha andai ini takdirku...

Kumenyusuri, denai kehidupan ini...
Dalam tekad utkku Mencari Nur Ilahi-MU...
Kerana aku tahu...
Itu yang KAU mahu setelah aku dipaling....

Monday, March 14, 2011

TERIMA KASIH SAHABAT

Syukran lela dan Azi... syukran lela teman balik kampung, syukran pada Azi dan lela sebab datang rumah dan tido... Seronok dapat jumpe semua...tapi sab je takde. Insya'Allah, ade kelapangan lagi, kite jumpe semua lagi k.

In, Azi, Lela dan Sab
Emm terima kashiey sangat2 pada mak yang banyak mendengar luahan hati ni. Emm tak pernah nangis mase cakap dengan mak, nangis pulak hari jumaat hari tu.

"Ain kene kuat"
Tu la pesan mak. "Sayang Allah, sayang diri..."

Drive dari KL ke kampung tidaklah menjadi satu beban hanya kerana bertemu orang yang kita sayangi. Berbaloi sangat bila hidup di dunia ni dapat berbakti dan membuktikan kasih sayang kita pada insan-insan yang kita sayangai. Terima kasih ya Allah kerana menyentuh hati ini. Akhirnya ia tercuit. Segalanya punya hikmah tersendiri. Betul cakap mak.

Bila balik rumah, lihat muka baby Saidatul Mardhiyah, rase tenang je. Walaupun sampai lewat 12 tengah malam jumaat hari tu, tak rase penat pun sebab gembira bertemu Saidatul Mardhiyah. Kebahagiaan yang membawa redha ILAHI. Comel je... Cik In doakan saidatul membesar ya.

Hari Sabtu, bersama Lela, Alif dan adik gi rumah Azi. Di Muar. Dapat juga bawa Alif jalan-jalan... Alif suka sangat naik kete dan jalan-jalan. Melompat-lompat ats pangkuan lela. Sibuk kacau makngah nya ni nak drive. Emm... sayang sangat Alif... Bawa Alif gi Tanjung Mas. Alif suke tengok layang-layang.

Nanti dalam 3 minggu lagi, cik In balik, kite gi jalan-jalan lagi k sweetheart.

Hari ni hari baru buat In, nak tutup segalanya... hidup baru, tambah keimanan... Semua ni pasti ada hikmah. Allah Maha Adil...Terima kasih Allah kerana membuat hati ini tenang ketika menerima segala yang terjadi.

Thursday, March 10, 2011

HARI YANG MEMERLUKAN KETENANGAN

Hari ni segalanya memerlukan ketenangan... banyak yang In fikirkan. Masa depan, agama, iman, dan macam-macam lagi. Kene be positif je sebenarnya kan?emmm... maafkan andai ade yang terluka kerana In dah tetapkan syarat dan ketegasan. Ada sebab kenapa In buat macam tu. segalanya In serahkan pada Allah.

Tenang je dengar-dengar lagu Raihan ni. Tadi album UNIC, sekarang raihan pulak. Tengah2 keje dengar lagu2 yang mendidik jiwa, rase tenang je ^^. TQ Allah.

Dun worry, be happy k my heart.
oh, my sweet..... my heart... sabarlah pada ujian Allah k. Allah baru je cuit hati ni. Belum lagi DIA pegang hati ni utk DIA nak buat sesuatu. jadinya bila dah ade kesedaran tu, petunjuk dah di beri, kene ikut ya. Allah tahu apa yang terbaik buat kita.

mak,mak.....
ain ikut cakap mak ^^
kenapa dah lame tak dengar kabar dari mak ni.............
Risau la....
Along pun tak mesej2.
Kenapa ea?Sekarang juga nak call... J108 pun In capai....

Wednesday, March 9, 2011

MENGHARGAI

Hargailah sementara ia masih di sisi...
Hargailah selagi dia masih memerlukan kita...
Hargailah selagi ia masih ada di depan mata kita...

Kita tak tahu kenapa allah jadikan sesuatu pada kita kadang-kadang tu kan?
maknanya kita lah yang kene bawa cangkul, gali sendiri hikmah segalanya.
selagi kita masih bernafas, berjalan sendiri, janganlah mengharap pada yang lain. Buatlah segalanya sendiri. Allah kan ada...
Usai siap sume keje, barulah In dapat luangkan mase menari-nari atas keyboard ni. Terasa kosong sangat kepala ni. Termenung sejenak... why everything happened in my life?

Pastinya Allah menjanjikan yang terbaik buat In. entry bawah ni, membuat In tersedar, Allah nak In jahit balik sejadah iman yang dah terkoyak. Walaupun kecit, tapi amat dalam. Cuba kita lihat, kain yang terkoyak cikit pun, if kita tak jahit balik, ia akan mudah menjadi lubang yang besar. tak sayang?
Macam tu jugalah kita perlu sayang iman kita. Polish setiap hari . Banyakkan membaca al-Quran setiap hari.
Lewat malam semalam kawan baik In mesej, kecewa....
Nangis je banyak.
Sweet, jangan sedih lagi.
hatimu sangat lembut....
Tak salah kita menangis, dan in tahu kenapa na mudah menangis....
sebab Allah sentuh hati na...
Kerana hati na di cuci dengan kalimah Allah yang na baca setiap hari....
Yakinlah bahawa kebahagiaan pasti menjadi milik kita.
Yakin pada-NYA. Ya sweetheart^^
Teruskan adanya kalimah Allah di setiap hari dalam hidupmu...
hargai apa yang ada... Redha atas segala yang terjadi k...

JANGAN SEDIH...^^

Dalam kita melangkah, kekadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis..

Peritnya terasa, tetapi ketahuilah dan renungkan kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata yang hadir tika itu kerana Dia mahu kita menjahit semula sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar daripada keikhlasan..

Alihkan mata ke laut..
Airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..
Tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya..

Begitulah dengan kehidupan manusia..
Riang ketawa..
Tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya..

Jika kita rasa kecewa..
Pandanglah ke sungai..
Airnya tetap mengalir..
Biarpun berjuta batu menghalang..

Jika kita rasa sedih..
Pandanglah ke langit..
Kita akan sedar bahawa..
Allah sentiasa bersama kita..

Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi..
Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai..
Biarkan kegelisahan lenyap, agar kita kuat semangat..
Biarkan penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula..
Biarkan diri derita, agar ku tahu kepahitan derita ini,
agar ku sedar kesengsaraan ini, tak semua bahkan secebis daripada penderitaan Rasulullah..
Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya..
Tapi, manusia sendirilah yang menzalimi diri mereka sendiri..



Jangan berasa terlalu sedih di atas sesuatu kesedihan yang melanda..
Kerana mungkin, Allah merindui rintihan suara hamba-Nya..



Bahagia itu anugerah..
Derita itu tarbiyah..

Tuesday, March 8, 2011

BABY, SELAMAT DATANG KE DALAM AHLI KELUARGA

Terima kasih ya Allah kerana menambahkan zuriat keturunan kami sekeluarga.
Tahniah Along....
Macam nak nangis je rase bile dapat panggilan telefon dari along mengatakan Along dah bersalin.
Tak sangka...
Semalam petang masuk wad, pukul 11:30 pagi tadi bersalin. Selamat datang baby...
Pasni Alif dah ada kawan baru. Seronoknya tengok Along dan adik dah ade anak...
weekend ni pasti In balik, nak jumpe baby. Nak cium alif puas-puas lagi...
Gembira tak terhingga. Petang ni pas balik kerja nak singgah JJ jap, nak beli barang baby and utk Alif sekali. Present utk Along dan Alif...
Biru utk Alif
Pink utk baby
Maknanya mak dan ayah dapat cucu sepasang dah. Tok Mak, Tok Ayah dapat sepasang cicit...

ANTARA BIDADARI DAN PENGHUNI SYURGA


Junior dari campuc medic di Mesir , tag me a year ago...
so,I wanna share with all
...
I wanna be somebody :'(